Hotel Butik Terbaik di Langkawi

9 Hotel Butik Terbaik di Langkawi Yang Boleh Anda Cuba

  • Post comments:1 Comment
  • Reading time:12 mins read
  • Post last modified:June 10, 2022
  • Post author:
*Di laman ini mungkin mengandungi pautan ‘affiliate’, yang bermaksud bahawa kami akan menerima komisen kecil jika anda mengklik salah satu pautan produk. Tidak dikenakan bayaran lebih jika membeli produk melalui link kami. Terima kasih atas sokongan anda*

 

Langkawi, juga dikenali sebagai Permata Kedah, adalah destinasi percutian yang popular di Malaysia, sesuai untuk percutian keluarga atau rakan!

Langkawi mempunyai pantai yang cantik, pulau sekitarnya untuk diterokai dan juga pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan. Jadi tidak hairan, Pulau Langkawi menjadi antara destinasi menarik untuk bercuti.

Bagi yang tidak tahu apa itu hotel butik, ia dikategorikan hotel yang mempunyai reka bentuk yang unik dan bergaya. Di sini kami akan senaraikan hotel butik terbaik di Langkawi bagi anda yang ingin bercuti di sini.

Bon Ton Antique Wooden Villas

Bon Ton Resort

Bon Ton Resort – Booking.com

Bon Ton Resort sangat sesuai untuk penginapan yang santai di pulau yang indah ini, kerana ia adalah tempat yang tenang dan terpencil.Tidak ketinggalan, tempat ini terletak berhampiran beberapa mercu tanda dan tarikan paling terkenal di Langkawi.

Pantai Cenang hanya berjarak lima minit perjalanan dan tidak jauh untuk pergi ke kereta Kabel Gunung Mat Chinchang.

Vila dihubungkan dengan kolam yang menarik dan dikelilingi oleh tanaman dan pohon kelapa. Sesuai untuk anda yang ingin keluar dari bandar yang sibuk untuk sementara waktu untuk mencari ketenangan.

 

La Pari-Pari

La Pari Pari

La Pari Pari – Booking.com

La Pari-Pari, terletak hanya beberapa minit berjalan kaki dari Pantai Cenang, salah satu pantai terbaik di Langkawi, tempat sangat sesuai untuk percutian santai di pulau yang indah ini. Tempat ini terletak dalam 20 minit pemanduan dari lapangan terbang terbang Antarabangsa Langkawi.

Dikelilingi kawasan yang menghijau, sesuai untuk yang mencari ketenangan dari kesesakan sibuk di bandar. Tidak dilupa juga kolam renang disediakan untuk pengunjung.

Disini hanya terdapat 12 bilik yang boleh ditempah. Kerana bilik yang terhad, tempah la awal supaya anda dapat bilik pada tarikh yang anda inginkan.

 

The Smith House

The Smith House – Booking.com

Hotel yang terletak di bandar Padang Maksirat dan berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Terdapat kolam renang di atas bumbung, tempat berjemur dengan kerusi berjemur. Secara umumnya, kolam renang disini mempunyai waktu operasinya. Jadi anda diminta untuk bertanya dari pihak hotel mengenai waktu operasinya sebelum menggunakannya.

Sambil mandi kolam atau berjemur dapat melihat permandangan yang cantik dari atas bumbung hotel.

 

The Datai Langkawi

The Datai Langkawi

The Datai Langkawi – Booking.com

Mencari penginapan yang mewah dan dikelilingi kehijauan hutan? The Datai Langkawi adalah jawapannya. Penginapan yang bertaraf 5 bintang ini pasti akan memberi anda kepuasan ketika bercuti di Langkawi.

Jangan risau jika anda ingin bermain di pantai, anda boleh ke Pantai Teluk Datai yang tidak jauh dari tempat penginapan untuk anda. Lebih kurang dalam 15 minit jika berjalan kaki.

The Datai menawarkan penginapan mewah. Ia menawarkan padang golf, spa dan kolam renang yang lengkap.

Tempat yang amat sesuai untuk pasangan yang mahu honeymoon atau menyambut anniversary.

 

The Danna Langkawi

The Danna Langkawi

The Danna Langkawi – Booking.com

The Danna Langkawi, penginapan hotel mewah bertaraf 5 bintang yang berada di tepi laut. Tidak perlu untuk berjalan jauh kerana dari bilik anda sudah dapat melihat laut yang indah.

Bilik yang anggun, bergaya dan kelihatan mewah serta dilengkapi tempat tidur yang premium. Setiap bilik juga terdapat balkoni peribadi. Balkoni peribadi menawarkan permandangan bukit, marina atau laut. Pastikan pilih permadangan yang anda inginkan.

Selain itu, anda hanya perlu berjalan 4 minit dari hotel untuk ke Pantai Kok dan juga 5 minit pemanduan untuk ke Kereta Kabel Langkawi. Penginapan ini juga berdekatan dengan Skytrex Adventure Park yang berada dalam jarak 300 Meter sahaja.

 


Bacaan Lain:

Cara Tempah Tiket Kapal Terbang Murah


Ambong-Ambong Langkawi Rainforest Retreat

Ambong-Ambong Langkawi Rainforest Retreat

Ambong-Ambong Langkawi Rainforest Retreat – Booking.com

Ambong-Ambong menawarkan percutian untuk mereka yang mahu menginap di tengah kawasan tropika. Jarak 15 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Langkawi dan 30 minit pemanduan dari Bandar Kuah.

Setiap bilik yang moden disediakan balkoni yang menawarkan permandangan hutan. Penginapan ini juga menyediakan kolam renang dan ‘on-site’ spa dan urutan disediakan atas permintaan pengunjung.

Disediakan cafe kepada pengunjung yang menawarkan pemandangan hutan kehijauan.

 

Pelangi Beach Resort & Spa

Pelangi Beach Resort & Spa

Pelangi Beach Resort & Spa – Booking.com

Resort ini yang berada di tepi pantai seharusnya menjadi salah satu tempat penginapan pilihan anda jika bercuti ke Langkawi.

Resort ini jugak tidak jauh dari pantai Cenang. Penginapan yang berkonsepkan tradisional melayu, setiap chalet diperbuat daripada kayu dan dikeliling pokok, terasa seperti anda berada di kampung di tepi pantai.

Menawarkan beberapa aktiviti sukan air seperti berkayak dan memancing.

 

Casa del Mar Langkawi

Casa del Mar Langkawi

The Datai Langkawi – Agoda

Casa del Mar Langkawi merupakan resort butik yang terletak di Pantai Cenang, merupakan pantai terkenal di Langkawi. Hanya 5 KM atau 10 minit perjalanan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Mempunyai 34 bilik yang dilengkapi dengan perabot mewah untuk keselesaan pengunjung disini. Menawarkan penginapan dengan pemandangan laut tetapi tidak semua bilik menawarkan pemandangan laut. Sesuai untuk pasangan yang mencari tempat percutian peribadi dan damai.

Mereka yang ingin menikmati keindahan semula jadi kawasan ini dapat menjelajahi Pantai Cenang dan Pantai Tengah. Underwater world dan Laman Padi Langkawi adalah salah satu tarikan terkenal yang terletak berhampiran penginapan ini.

 

The Ritz-Carlton, Langkawi

The Ritz-Carlton

The Datai Langkawi – Booking.com

The Ritz-Carlton yang terletak di Patai Kok akan menjanjikan pengalaman menarik anda ketika berada di Langkawi. Antara tempat lawatan menarik yang dekat dengan tempat penginapan adalah Kereta Kabel Langkawi berjarak 2.9 km dan Telaga Tujuh terletak sejauh 3.6 km.

Disediakan kolam renang untuk para tetamu. Kemudahan rekreasi di hotel ini, yang meliputi gelanggang tenis, snorkeling, dan berbasikal.

Tidak kira apapun alasan anda ke Langkawi, The Ritz-Carlton adalah tempat yang sempurna untuk percutian yang menarik dan menyeronokkan.

 

Memilih tempat penginapan yang terbaik adalah penting bagi menambah keseronokkan ketika bercuti.

Cubalah salah satu hotel butik di atas ketika anda bercuti di Langkawi. Selamat Bercuti!

Kongsi:
Save on your hotel - hotelscombined.com

This Post Has One Comment

  1. Diana Kamal

    Terima kasih atas info yang berguna ni. Info yang dikongsikan sangat menarik dan bermanfaat untuk digunakan dalam perbandingan setiap hotel di langkawi.

Leave a Reply