Destinasi Menarik Untuk Honeymoon di Luar Negara

13 Destinasi Menarik Untuk Honeymoon di Luar Negara

*Di laman ini mungkin mengandungi pautan ‘affiliate’, yang bermaksud bahawa kami akan menerima komisen kecil jika anda mengklik salah satu pautan produk. Tidak dikenakan bayaran lebih jika membeli produk melalui link kami. Terima kasih atas sokongan anda*

 

Berbulan madu merupakan percutian yang dinantikan oleh kebanyakkan pasangan yang baru melangsungkan perkahwinan. Ia sebuah percutian romantik dan masa yang terbaik untuk anda dan pasangan meluangkan masa bersama dalam permulaan fasa baru dalam kehidupan.

Bila memilih bercuti di luar negara ini tidak hanya menawarkan pengalaman percutian romantik semata-mata, tetapi juga mengetahui sedikit sebanyak mengenai budaya tempat yang anda lawati. Ia pasti memberikan sebuah pengalaman yang tidak dilupakan.

Walaupun banyak tempat menarik di malaysia untuk honeymoon, tetapi tidak salah untuk memilih destinasi luar negara jika anda mampu. 

Kami akan menulis tempat menarik untuk honeymoon di luar negara untuk dijadikan rujukan. 

Krabi

Krabi

Kalau mencari destinasi bulan madu yang tidak terlalu jauh untuk ke luar negara, anda boleh pertimbangkan ke Krabi. Tempat ini merupakan syurga segala keindahan alam semula jadi.

Krabi terkenal dengan pantai dan pulau yang indah. Keindahan panorama alam disini tidak dapat disangkal lagi. Bayangkan anda menjelajah pulau yang indah, pantai yang cantik berpasir putih, air laut yang kebiru-biruan, dikelilingi pula dengan bukit-bukit batu kapur, memang mempersonakan.

Pasti dapat memberi pengalaman yang indah dan menyeronokkan ketika bercuti bersama pasangan di Krabi.

 

Phuket

Phuket

Selain Krabi, tempat Honeymoon di Thailand yang boleh anda pertimbangkan adalah Phuket. Phuket juga antara tempat berbulan madu yang popular.

Phuket merupakan pulau terbesar dan paling ikonik di negara ini yang memiliki keluasan sekitar 540 kilometer persegi. Dengan memegang status pulau terbesar di Thailand, pasti tempat ini menawarkan seribu satu tarikan kepada pelancong.

Malah, Phuket juga mempunyai pantai yang cantik untuk diterokai. 

 

Bali

Bali

Sebuah pulau dan pusat pelancongan yang sangat terkenal di Indonesia, Bali menjadi destinasi idaman para pelancong dari seluruh dunia.

Bali sangat terkenal dengan pantai-pantainya yang indah. Berpuluh pantai yang ditawarkan untuk anda pergi dan antara yang popular ialah Pantai Kuta, Jimbaran dan Pendawa. Bali hanya terkenal dengan pantainya? Tidak! Anda juga dapat melihat keindahan gunung yang ada di Bali.

Selain itu, satu tarikan yang memang sangat popular ialah teres padinya. Anda pasti tidak mahu terlepas untuk bergambar di kawasan teres padi sebagai kenangan yang indah. Dan jangan lupa untuk bermain Bali Swing bersama pasangan.

Malah, banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Bali bersama pasangan anda, dimana setiap duit yang anda keluarkan pasti berbaloi. 

 

Lombok

Lombok

Pulau Bali dengan Lombok ini bersebelahan saja antara satu sama lain. Kepada mereka yang mencari lebih ketenangan ketika bercuti, Lombok adalah pilihan yang lebih sesuai. Ini kerana di Lombok tidak terlalu sesak dengan pelancong jika nak dibandingkan dengan Bali.

Jadi sesuai untuk anda yang mahu santai luangkan masa dengan pasangan sambil menikmati keindahan yang Lombok tawarkan. Lombok juga mempunyai pantai yang cantik untuk anda pergi, sama seperti Bali.

Selain itu, ada beberapa pulau kecil yang menarik di sekitar Lombok. Antara yang popular adalah Pulau Gili Trawangan. Pulau kecil ini bebas kendaraan bermotor (hanya basikal, motor elektrik), sehingga suasananya sangat damai dan tenang. Banyak kafe dan restoran yang menyajikan makanan yang lazat.

 

Seoul

Seoul

Kalau bercakap mengenai bercuti ke Korea Selatan, Seoul adalah satu tempat yang anda wajib pergi. Tempat yang sangat terkenal dan anda mudah untuk terserempak dengan pelancong dari Malaysia.

Bercuti di Seoul banyak benda anda boleh buat kerana mempunyai banyak tempat yang menarik untuk anda lawati seperti Namsan Tower, Gyeongbokgung Palace, Everland dan banyak lagi.

Dan yang paling penting kemudahan pengangkutan awam yang efisien, ia memudahkan sesiapa saja yang mahu bercuti kesini walaupun baru pertama kali menjejaki ke ibu negara Korea Selatan ini.

Jangan ketinggalan untuk berbaju tradisional Korea Selatan (Hanbok) bersama pasangan dan ambil gambar serta video untuk dijadikan kenangan.

 

Pulau Jeju

Pulau Jeju

Ia adalah pulau terbesar di Korea Selatan dan merupakan destinasi pelancongan yang popular untuk pemandangan, pantai dan budayanya.

Panorama serta keindahan alam yang ditawarkan sudah cukup untuk anda memlih Pulau Jeju dijadikan sebagai tempat pilihan di Korea. Dapat bersantai sambil melayan pemandangan yang cantik.

Malah, Pulau Jeju menjadi lokasi pengembaraan beberapa drama Korea yang terkenal seperti ‘Crash Landing on You’, yang boleh dijadikan antara salah satu sebab yang kukuh untuk memilih tempat ini.

Menghabiskan bulan madu di Jeju pasti memberikan pengalaman yang tak dapat dilupakan, menciptakan momen-momen indah yang akan dikenang sepanjang hayat.

 

Tokyo

Tokyo

Kalau anda pertama kali mahu ke Jepun, bercuti ke Tokyo adalah antara pilihan terbaik.

Bandar metropolitan yang mengagumkan ini menawarkan kombinasi unik antara budaya tradisional dan inovasi moden, menjadikannya destinasi yang sesuai untuk pasangan yang ingin menerokai Jepun bersama.

Mempunyai banyak tempat menarik untuk anda pergi bersama pasangan anda. 

Di samping itu, sistem pengangkutan awam yang cekap memudahkan pelancong terutmanya yang mahu pergi secara DIY.

 

Osaka

Osaka

Selain Tokyo, Osaka juga tempat yang sangat popular kalau anda mahu bercuti ke Japan. Yang best berbulan madu di Osaka, anda boleh masukkan sekali dalam itinerary untuk pergi ke Kyoto.

Musim yang menarik bagi berbulan madu di Jepun adalah ketika musim bunga atau musim luruh. Pada musim bunga boleh melihat keindahan bunga sakura. Pada musim luruh boleh lihat daun

bertukar ke oren, kuning atau kemerahan.

Kalau anda ada duit lebih boleh untuk pertimbangkan untuk pergi kedua-dua tempat ini. Tapi kena ingat kos agak tinggi juga untuk bercuti ke negara matahari terbit ini. Jadi anda perlu merancang percutian dengan sebaiknya.

 

Maldives

Maldives

Maldives terletak di Lautan Hindi dan di selatan barat daya Sri Lanka dan India. Mempunyai kira-kira 1200 kepulauan kecil, namun hanya 200 yang berpenghuni.

Sebuah tempat yang terkenal dengan keindahan alam semulajadinya. Malah, ada yang melabel negara itu sebagai syurga dunia kerana keindahan, kecantikan alam di sana. Dengan keindahan yang ditawarkan, ia menjadi destinasi pilihan ramai orang untuk berbulan madu.

Memiliki air laut biru yang jernih, dengan pantai pasir putihnya yang menawan akan menambah lagi suasana romantik bersama pasangan. Ada duit lebih? Boleh menginap di resort atas air yang mewah dengan pemandangan yang menakjubkan. Pasti dapat memberi pengalaman yang indah seumur hidup.

 

Kashmir

Kashmir

Tahukah anda, Kashmir mempunyai nama gelaran sebagai ‘Mini Switzerland’ dek kerana keindahan seakan dengan pemandangan di Switzerland.

Kalau anda tiada bajet yang banyak tetapi mahu melihat pemandangan yang cantik, anda boleh pergi ke Kashmir. Ia lebih murah 2 kali ganda berbanding jika pergi ke Switzerland.

Pemandangan pergunungan yang menakjubkan di Kashmir menciptakan latar belakang yang sempurna untuk mencipta momen romantik. Dapat menikmati ketenangan dan keindahan alam bersama.

Aktiviti seperti menunggang kuda, menaiki gondola di Gulmarg dan melayari Sungai Dal dengan sampan atau dipanggil dengan nama Shikara Ride merupakan antara aktiviti wajib untuk anda lakukan.

Dengan segala keindahan alam yang ditawarkan, Kashmir adalah destinasi yang mempesona untuk berbulan madu.

 

Turki

Turki

Mempunyai empat musim, menjadikan ia salah satu destinasi popular untuk para pelancong dari Malaysia untuk bercuti ke Turki.

Turki terkenal dengan pemandangan yang memukau, penuh dengan lokasi yang sangat instagrammable. Keindahan panoramanya menjadi salah satu alasan utama mengapa ramai orang Malaysia memilih untuk melancong ke negara dua benua ini.

Salah satu tempat yang memukau ialah di Cappadocia. Kalau anda ada duit lebih, aktiviti wajib untuk anda lakukan disini ialah menaiki belon udara panas. Memang mahal, tetapi amat berbaloi kalau dapat naik bersama pasangan.

Tetapi Turki juga terkenal dengan sejarahnya. Kemana sahaja anda pergi, mempunyai cerita yang unik dan sejarah yang menakjubkan.

 

Switzerland

Switzerland

Tak perlu disangkal lagi, Switzerland memang negara yang indah. Menjadi destinasi idaman kepada ramai pelancong untuk bercuti kesini.

Keindahan pemandangan yang disajikan pasti mampu memberikan pengalaman yang cukup indah.

Tetapi anda perlu tahu, ia adalah salah satu destinasi percutian yang mahal. Walaupun berbulan madu hanya berdua saja tetapi kosnya agak tinggi. Jadi anda perlu mempunyai wang yang banyak jika ingin bercuti disini.

Banyak tempat cantik seperti keindahan banjaran swiss untuk bergambar dan dapat mencipta suasana romantik di Switzerland.

 

Mekah & Madinah

Mekah & Madinah

Sebuah destinasi yang paling diidamkan oleh seluruh umat islam. Malah, kalau dapat berbulan madu di Mekah umpama satu nikmat besar buat pasangan yang baru mendirikan rumahtangga.

Tapi diingatkan, pergi ke Mekah dan Madinah jangan fikir ia percutian bulan madu yang bersuka ria. Gunakan masa yang berharga ketika berada disana dengan perbanyakkan beribadah dan berdoa agar hubungan perkahwinan diredhai serta berkekalan hingga hujung nyawa.

Melakukan umrah sambil berbulan madu bersama pasangan adalah satu kenangan yang pasti tidak dapat dilupakan sampai bila-bila.

 

Jadi mana pilihan anda jika anda mampu? Tambahan, tempat yang dinyatakan di atas, boleh juga untuk dijadikan destinasi menyambut ‘anniversary’. Kalau ada tempat lain yang best untuk dikongsi, boleh beri komen dan share dengan pembaca yang lain. Selamat bercuti!

Kongsi:
Save on your hotel - hotelscombined.com