Cameron memang terkenal dengan ladang tehnya. Malah, ladang teh di Tanah Tinggi Cameron adalah ladang teh terbesar di Malaysia.
Jadi tidak hairan ladang teh disini menjadi destinasi wajib untuk singgah. Tidak lengkap percutian anda tanpa pergi ladang teh di sini.
Di sini kami akan senaraikan tiga ladang teh popular di Cameron Highlands supaya dapat membantu anda membezakan 3 ladang teh yang sering menjadi tumpuan para pengunjung.
Ladang Teh BOH Habu, Ringlet
Kredit Foto: mrkumai.blogspot.com
Menjangkau keluasan melebihi 465 hektar, Ladang Teh BOH Habu atau dikenali sebagai Boh Tea Garden, merupakan ladang teh boh terbesar di Cameron Highlands.
Ladang ini terletak di atas bukit dan jalan ke sini lebih kurang seperti Ladang Teh BOH Sungai Palas iaitu sempit dan berliku. Ladang ini terletak jauh ke dalam, kira-kira 6 kilometer dari jalan utama.
Ladang teh ini tidak sepopular Ladang Teh Boh Sungai Palas tetapi masih ramai yang berkunjng ke sini. Tempat ini juga akan menawarkan pemandangan ladang teh yang cantik dan indah.
Disini terdapat kilang teh yang dah lama wujud iaitu sejak tahun 1929. Kilang ini juga dibuka kepada umum untuk buat lawatan. Malah, terdapat ruangan pameran dan tempat untuk membeli cenderahati.
Dan, tempat ini ada kafe untuk anda menikmati perlbagai makanan kepada para pengunjung.
Map: Boh Tea Estate Habu
Masa: 9.00 AM – 4.30 PM (Isnin tutup kecuali cuti sekolah dan cuti umum)
Ladang Teh Bharat
Kredit Foto: Cameron Valley
Ladang Teh Bharat adalah ladang kedua terbesar di Cameron Highlands. Ia juga dikenali sebagai Cameron Valley. Ladang teh ini dibuka oleh seorang pendatang India.
Jika nak dibandingkan dengan ladang Teh Boh Habu dengan Sungai Palas, tempat ini sangat mudah untuk dilawati. Ini kerana lokasinya terletak di tepi jalan sahaja.
Ada dua lokasi iaitu Tea House 1 dan Tea House 2 dan keduanya tidak jauh di antara satu sama lain. Tetapi di Tea House 2 parking dan kafe lebih besar berbanding di Tea Hosue 1. Nak shopping teh? Disini ada jual pelbagai jenis teh keluaran Bharat.
Pemandangan disini juga amat cantik, sesuai untuk yang bergambar sakan bersama keluarga atau rakan anda.
Tea House 1
Map: Cameron Valley Tea House 1
Masa: Isnin – Khamis (9.00 AM – 6.00 PM) / Jumaat – Ahad (8.00 Am – 7.00 PM)
Tea House 2
Map: Cameron Valley Tea House 2
Masa: Isnin – Khamis (8.30 AM – 6.00 PM) / Jumaat – Ahad (8.00 AM – 7.00 PM)
Bacaan Lain:
11 Penginapan Terbaik Di Tanah Rata Cameron Highlands
Ladang Teh BOH Sungai Palas
Kredit Foto: BOH Sungai Palas Tea Garden
Ladang teh ini adalah ladang yang paling popular dan menjadi tumpuan para pengunjung. Oleh kerana tempat ini sangat popular, pasti tempat ini akan sesak terutama pada musim cuti sekolah atau cuti umum.
Jalan untuk ke sini mencabar dan sempit. Anda pasti akan banyak berselisih dgn kereta lain, jadi sentiasa berhati-hati dan jangan bawa laju.
Datang awal pagi jika anda mahu melihat pemprosesan teh.
Ladang ini juga ada kafe. Tetapi harga makanan dan minuman di kafe ini bukanlah murah, jadi siapkan duit secukupnya jika mahu makan di kafe ini.
Yang pasti ladang ini menawarkan pemandangan yang menarik dan memberi percutian yang menyeronokkan kepada anda.
Masa: 8.30 AM – 4.30 PM (Isnin tutup kecuali cuti sekolah dan cuti umum)
Pilihan di tangan anda, mana ladang teh yang anda mahu pergi.
Ada orang tidak mahu ke Ladang Teh BOH Sungai Palas pada musim cuti umum atau cuti sekolah kerana sesak. Ada yang suka ke Ladang Teh Bharat kerana perjalanan ke sini mudah. Dan, ada juga yang tidak pernah sampai ke Ladang Teh BOH Habu, Ringlet sebab ladang ni kurang popular di kalangan pengunjung.
Tapi, kalau boleh rasai sendiri pengalaman melawat kesemua tiga ladang teh popular di Cameron Highlands ini.
Rancang percutian anda dan selamat bercuti!