Tarikan di Penang Yang Popular

10 Tarikan di Penang Yang Popular di Klook – Berpuluh Ribu Booked!

  • Post comments:0 Comments
  • Reading time:11 mins read
  • Post last modified:February 29, 2024
  • Post author:
*Di laman ini mungkin mengandungi pautan ‘affiliate’, yang bermaksud bahawa kami akan menerima komisen kecil jika anda mengklik salah satu pautan produk. Tidak dikenakan bayaran lebih jika membeli produk melalui link kami. Terima kasih atas sokongan anda*

Salah satu sebab kenapa ramai orang yang ingin bercuti ke Penang adalah kerana banyak tempat menarik yang boleh anda pergi. Kalau sesak pada hujung minggu atau cuti sekolah / cuti umum, itu biasa.

Tambahan, beberapa tarikan ada disediakan tiket masuk yang boleh anda beli secara online di Klook.

Apa itu Klook? Klook merupakan satu platform tempahan aktiviti, travel pass dan banyak lagi. Ia ada berpuluh ribu aktiviti yang boleh anda pilih. Kebanyakkan tiket masuk yang anda beli di Klook, anda boleh dapat harga sedikit murah. Menarik kan.

Jadi, kami senaraikan tarikan di Penang yang popular, dimana tiket masuk lawatan anda boleh beli online di laman web Klook! Ayuh!

Taman Tema ESCAPE

taman tema escape

Kredit Foto: Taman Tema Escape

Kalau di Selangor ada Sunway Lagoon atau di Perak ada Lost World of Tambun, di Penang anda ditawarkan dengan Taman Tema Escape. Ia juga merupakan salah satu taman tema yang menarik dan popular di Malaysia.

Escape sebuah taman tema yang menggabungkan taman tema air dengan aktiviti lasak dalam satu tempat. Banyak sangat aktiviti dan permainan best serta tempat ini dikelilingi dengan pokok-pokok yang kehijauan.

Ia merupakan destinasi percutian yang menawarkan keseronokan sama ada bersama keluarga atau rakan-rakan. Lebih menarik, Escape memegang 2 Rekod Dunia Guinness untuk permainan gelongsor air dan ‘zip coaster’. Ia alasan yang cukup kuat untuk anda pergi kesini.

The Habitat

The Habitat

Kredit Foto: The Habitat

Jika anda mencari tempat yang memberikan suasana dan menawarkan pemandangan indah alam semulajadi di Penang, The Habitat adalah tempat terbaik untuk anda pergi.

Terletak di Bukit Bendera, kawasannya dikelilingi pokok-pokok yang menghijau membuatkan berasa nyaman ketika berada disini. Anda boleh layan pemandangan hutan tropika yang mengagumkan.

Sambil berjalan-jalan boleh ambil banyak gambar. Banyak spot yang cantik dan menarik disini. Tempat yang ideal untuk bersantai dengan keluarga atau rakan-rakan.

Cuma ketika berada disini, anda kena banyak berjalan dan ada sedikit tempat yang bertangga. Pastikan ketika nak pergi anda cukup cergas. 

Entopia

entopia penang

Kredit Foto: Entopia Penang

Pada asalnya Entopia adalah sebuah taman rama-rama di Pulau Pinang. Setelah di naik taraf dan dibaik pulih, tempat ini diberi nafas baru. Tidak hanya terdapat rama-rama tetapi banyak jenis reptilia dan amfibia lain yang hidup dan dipelihara disini.

Malah, Bukan sahaja anda berpeluang melihat beribu rama-rama dan beberapa jenis serangga lain tetapi dapat melihat lebih daripada 200 spesies flora di Entopia. Ruang pameran juga disediakan untuk pengunjung belajar sesuatu mengenai dunia serangga dan amfibia lain.

Entopia telah menerima berjuta pengunjung sejak pembukaannya dari tahun 1986 dan menerima banyak pengiktirafan.

Kanak-kanak atau orang dewasa pasti teruja dan akan memberi pengalaman yang menyeronokkan.

The TOP Penang

The Top Komtar

Kredit Foto: The Top Penang

Selain Bukit Bendera, The top Penang juga tempat anda untuk melihat Penang dari atas. Salah satu tempat untuk menikmati pemandangan terbaik bandar Georgetown. 

Ada dua tempat untuk anda layan view bandar Georgetown di The Top Penang iaitu di Rainbow Skywalk dan Observatory Deck.

Rainbow Skywalk adalah sebuah jambatan separuh bulat yang berlantaikan kaca. Anda boleh layan view dari sini tetapi ia tidak berbumbung, jadi anda kena sanggup berpanas. Waktu terbaik pergi ketika waktu petang melihat sunset atau waktu malam. Kalau hujan kawasan ini akan ditutup sementara.

Kalau tak nak berpanas, anda boleh layan view dari Observatory Deck. Dari sini pun menarik. Kalau dah naik, layan je kedua-duanya. 

Wonder Food Museum

Wonder Food Museum

Kredit Foto: Wonderfood Museum

Anda pernah dengar mengenai muzium makanan. Ya, muzium seperti ini wujud di Malaysia. Muzium yang unik ini berada di Pulau Pinang dan kalau tidak silap, ia satu-satunya muzium yang bertemakan makanan di Malaysia.

Ketika berada Wonderfood Museum, anda akan dapat melihat pelbagai jenis replika makanan dan saiz yang berbeza-beza. Daripada saiz kecil hingga ke saiz jumbo. 

Replika makanan yang dipamerkan seakan makanan betul. Sudah pasti benda menarik untuk dilakukan disini adalah mengambil gambar.

Selain itu, anda boleh mengenali kepelbagaian makanan tradisi rakyat Malaysia berbilang kaum.

Penang 3D Trick Art Museum

Penang 3D Trick Art Museum

Kredit Foto: Penang 3D Trick Art Museum

Muzium yang bertemakan seni 3D ini tidak asing lagi di Malaysia. Memang banyak muzium sebegini yang boleh anda pergi. Salah satunya yang anda tidak mahu terlepas untuk pergi ialah Penang 3D Trick Art Museum. Ia sebuah tempat yang terkenal di Pulau Pinang.

Mempunyai berpuluh imej atau mural seni 3D yang terkenal dengan efek menipu mata. Ia memberikan ilusi optik dan memberikan kesan gambar yang realistik dan hidup.

Selain melihat mural yang mengagumkan, muzium ini ialah tempat yang menarik untuk bergambar. Anda nak pergi seorang atau tidak pandai mengambil gambar? Tidak perlu risau, staf disini akan membantu anda.

Dark Mansion Museum

Dark Mansion - 3D Glow In The Dark Museum

Kredit Foto: Dark Mansion Museum

Ini satu lagi muzium seni 3D di Penang. Tetapi muzium ini berbeza dengan muzium 3D yang lain kerana pengunjung boleh merasai seni 3D dengan elemen glowing in the dark yang menarik.

Tempat ini terbahagi kepada beberapa bahagian. Setiap bahagian mempunyai keunikan seni 3D yang tersendiri. Malah, ada lukisan yang dilukis oleh seorang pelukis jalanan ternama dari Jerman, Edgar Mueller.

Banyak lukisan yang menarik untuk dilihat disini yang pasti membuat anda teruja. Paling penting jangan lupa untuk membawa kamera untuk merakam kenangan anda di Dark Mansion Museum.

Taman Burung Penang

Taman Burung Penang

Siapa peminat burung? Mungkin ada yang sudah tahu, dan mungkin juga ada yang tidak tahu bahawa di Penang ada satu taman burung iaitu Taman Burung Pulau Pinang.

Ia merupakan taman burung tertua di Malaysia. Bila kata tertua maksudnya ia adalah taman burung pertama di Malaysia.

Mempunyai beribu burung dan beratus spesis yang boleh anda lihat ketika melawat taman burung ini. Dari burung yang kecil hingga kepada yang besar. Ada beberapa burung yang jinak, dimana anda boleh beri makanan dengan tangan anda sendiri. Anda juga dapat melihat beberapa haiwan lain.

Tempat yang sesuai untuk percutian yang santai. Sambil tengok burung, boleh belajar dan tambah ilmu pengetahuan. Paling penting jangan lupa untuk bergambar buat kenangan.

Tech Dome Penang

Tech Dome Penang

Kredit Foto: Klook

Kepada yang minat sains dan teknologi, boleh masukkan Tech Dome dalam list anda.

Tech Dome Penang merupakan pusat sains interaktif yang terletak di Georgetown. Pusat sains ini dilengkapi dengan pelbagai pameran dan aktiviti yang bertujuan untuk menggalakkan minat dalam sains dan teknologi di kalangan pengunjung.

Banyak yang boleh anda pelajari mengenai sains ketika anda meluangkan masa disini. Tempat yang sesuai dan menyeronokkan untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa. Oleh itu, pusat sains ini juga sesuai untuk digunakan sebagai tempat aktiviti sekolah atau aktiviti keluarga.

Kids CEO Playland

Kids CEO Playland

Kredit Foto: Kids CEO Playland

Anda mahu luangkan masa dan enjoy bersama dengan anak-anak pada hujung minggu tapi tidak tahu mahu pergi kemana. Anda boleh bawa mereka ke Kids CEO Playland.

Kids CEO Playland ini merupakan sebuah tempat permainan indoor 4 tingkat dimana lokasinya hanya 30 minit dari Georgetown. Dengan pelbagai permainan dan aktiviti yang disediakan pasti akan buat anak anda teruja. Kawasannya yang bersih dan selesa untuk bermain.

Mereka juga menyediakan satu ruang iaitu di tingkat 3 sebagai ruang untuk buat event seperti parti sambutan hari lahir. Tambahan, ada cafe boleh santai-santai sambil makan minum.

Pastikan sebelum nak pergi anda booking dahulu bila tarikh nak pergi walaupun tiket masuk anda beli di Klook.

Banyak tempat menarik untuk anda terokai di Penang dimana tiket masuk anda boleh beli secara online. Cuma pastikan anda baca segala butiran pakej sebelum membeli untuk mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari. Selamat bercuti!

Kongsi:
Save on your hotel - hotelscombined.com