Tempat Wajib Pergi Ketika Bercuti di Cameron Highlands

5 Tempat Wajib Pergi Ketika Bercuti di Cameron Highlands

  • Post comments:0 Comments
  • Reading time:10 mins read
  • Post last modified:April 14, 2022
  • Post author:
*Di laman ini mungkin mengandungi pautan ‘affiliate’, yang bermaksud bahawa kami akan menerima komisen kecil jika anda mengklik salah satu pautan produk. Tidak dikenakan bayaran lebih jika membeli produk melalui link kami. Terima kasih atas sokongan anda*

 

Cameron Highlands adalah salah satu tempat percutian di Pahang yang menjadi tumpuan orang ramai di semenanjung Malaysia. Kerana tempat ini berada di kawasan tanah tinggi, suhu yang sejuk dan udara yang nyaman.

Tidak hairan tempat percutian ini selalu sesak ketika hujung minggu atau ketika musim cuti sekolah. Disini kami akan senaraikan lima tempat wajib pergi ketika bercuti di Cameron Highlands.

Ketika bercuti di sini pastikan anda tidak terlepas untuk pergi lima tempat ini.

Ladang Teh Boh Sg. Palas

teh boh sungai palas

Kredit Foto: BOH Sungai Palas Tea Garden

Ladang teh boh Sg. Palas antara ladang Teh Boh terbesar di Asia Tenggara. Menjadi salah satu destinasi ikonik dan wajib kepada para pengunjung yang bercuti ke Cameron Highlands.

Menjanjikan pemandangan yang indah ketika berada di sini. Jadi apakah yang menariknya di Ladang Teh Boh Sg. Palas?

Bukan hanya menawarkan pemandangan yang cantik malah terdapat beberapa tarikan ketika berada disini, antaranya:

  1. Terdapat Kafe untuk anda menikmati makanan sambil melihat keindahan ladang teh.
  2. Mengambil gambar sepuasnya dengan latar belakang bukit dan ladang teh.
  3. Melawat pameran khas berkaitan dengan sejarah Ladang Teh Boh Sg. Palas.
  4. Melawat kilang Teh dan melihat sendiri setiap proses daripada daun teh hingga ke hasil yang terakhir.
  5. Terdapat kedai cenderahati jika anda ingin beli ole-ole untuk di bawa pulang.

 

Pasar Malam Golden Hills

Mungkin ramai yang sudah tahu, pasar malam di Brinchang sudah ditukar ke Golden Hills. Pasar ini bermula dari pukul 4 petang hingga ke 11 malam. Merupakan salah satu destinasi wajib anda pergi jika bercuti ke Cameron Highlands.

Tetapi hanya dibuka pada hujung minggu sahaja iaitu hari jumaat dan sabtu serta pada cuti sekolah.

Macam-macam dijual di sana seperti sayur-sayuran, buah strawberi, jagung, baju, bunga hingga ke pelbagai makanan dan minuman.

Tips untuk datang ke sini adalah datang pada waktu petang kerana waktu malam di sini agak sesak. Anda juga susah untuk mendapatkan parking disini.

 

Abang Strawberry, KHM Strawberries & Opah Strawberries

Abang Strawberry KHM Strawberry Opah Strawberries

Kredit Foto: Abang Strawberry, KHM Strawberries & Opah Strawberries

Bila pergi Cameron Highlands apa yang selalu orang beli? Ya, buah strawberi. Tidak lengkap percutian anda jika datang ke Cameron tapi tidak membeli buah Strawberi.

Banyak tempat anda boleh pergi tapi kami mengesyorkan tiga tempat ini iaitu Opah Strawberries, KHM Strawberries dan Abang Strawberry. Selain beli strawberi, pelbagai makanan yang sedap yang anda boleh cuba seperti ice cream, scone, nasi lemak strawberi dan banyak lagi.

Ketiga-tiga kedai ini berada Kampung Taman Sedia, tempat yang memang menjadi tarikan pengunjung di Cameron Highlands. Jadi anda fikir sendiri nak pergi kedai yang mana.

Bila sudah jadi tempat tumpuan, pastinya akan ramai orang. Tapi di Cameron, mana tempat yang tidak ramai orang kan.

 

Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands

Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands

Kredit Foto: Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands

Tempat seteruysnya adalah Taman Agroteknologi Mardi. Kawasan disini sangat luas, jadi banyak tempat tarikan yang menarik disini antaranya:

  1. English Garden. Kawasan ini mempunyai lansdskap yang menarik. Anda juga dapat melihat sebuah rumah berkonsep inggeris.
  2. Taman Bunga. Terdapat pelbagai jenis bunga yang cantik. Juga disediakan tempat duduk untuk berehat sambil melihat keindahan bunga-bunga disini. Kepada peminat bunga, tempat terbaik untuk anada.
  3. Taman Orkid. Kepada peminat orkid, ini juga tempat anda. Pelbagai jenis orkid ditanam disini dan tanaman lain seperti pokok periuk kera.
  4. Taman Arnab. Masuk sini dikenakan bayaran makanan arnab diberikan. Sesuai untuk kanak-kanak yang ingin bermain dengan pelbagai jenis arnab.

Dan ada banyak lagi tempat menarik seperti taman rama-rama, ladang dan kilang teh, dan ladang tanaman strawberi.

  • Buka setiap hari rabu hinga isnin. Masa dari 8.00am – 5.00pm
  • Tutup pada hari selasa
  • Buka pada hari cuti sekolah atau cuti umum (tetapi tutup pada hari aidiladha dan aidilfitri) – Masa dari 8.00am – 5.00pm

 

Kea Farm, Cameron Highlands

Mencari pasar tani di Cameron Highlands? Kea Farm adalah tempatnya. Dibuka hampir sepanjang hari, terletak 3km di utara bandar Brinchang atau 3km sebelum Tringkap. 

Pasar ini terletak di tepi jalan, jadi tidak susah untuk anda mencari tempat ini. Tempat ini pasti ramai

Boleh dikatakan pasar terbesar ini, Kea Farm adalah destinasi membeli-belah yang terkenal bagi pengunjung untuk mendapatkan hasil segar yang dijual oleh peniaga dan petani tempatan!

 

Kesimpulan

Selesai kami senaraikan lima tempat wajib pergi ketika bercuti di Cameron Highlands. Pastikan pergi tempat ini untuk rasa kepuasan bercuti di Cameron. Dan jangan lupa untuk membeli belah pelbagai buah yang segar disini sebagai buah tangan ketika balik dari Cameron Highlands.

Selamat Bercuti!

Kongsi:
Save on your hotel - hotelscombined.com

Leave a Reply