Negara Yang Tidak Mempunyai Lapangan Terbang

5 Negara Yang Tidak Mempunyai Lapangan Terbang

  • Post comments:0 Comments
  • Reading time:6 mins read
  • Post last modified:December 4, 2023
  • Post author:
*Di laman ini mungkin mengandungi pautan ‘affiliate’, yang bermaksud bahawa kami akan menerima komisen kecil jika anda mengklik salah satu pautan produk. Tidak dikenakan bayaran lebih jika membeli produk melalui link kami. Terima kasih atas sokongan anda*

 

Kalau kita nak bercuti ke luar negara, terutamanya negara yang jauh pasti medium pengangkutan utama yang digunakan ialah pengangkutan udara. Tetapi tahukah anda, ada beberapa negara yang tiada lapangan terbang.

Dah excited nak check dan beli tiket flight, sekali, tiada tiket dijual kerana tiada airport. Macam mana? Biasanya negara-negara yang tiada airport ini, laluan utamanya adalah jalan darat melalui negara jiran.

Kenapa ya, walaupun negaranya punyai jumlah kemasukan pelancong yang tinggi tapi tiada airport. Salah satu sebabnya ialah kerana negara mereka yang kecil.

Mari lihat lima negara yang tidak mempunyai ‘airport’

Vatican City

Vatican City

Vatican City merupakan negara yang paling kecil didunia. Negara ini dikelilingi dengan Bandar Rom. Kalau nak tahu betapa kecilnya negara Vatican ini, anda boleh tour Vatican City dalam satu hari saja!

Negara yang kecil tetapi jangan terkejut, ia menerima pelancong dalam anggaran 20 ribu orang dalam sehari. Oleh kerana ia berada di Rom iaitu salah satu bandar yang sibuk dengan pelancong di dunia, tidak hairan Vatican menerima ramai pelawat dalam sehari.

Untuk ke Vatican, anda perlu terbang ke Lapangan Terbang Leonardo da Vinci–Fiumicino. Kira-kira 29 kilometer dari sempadan negara Vatican City.

 

San Marino

San Marino

Vatican City bukanlah satu-satunya negara kecil yang terletak di dalam Itali. San Marino juga berada di dalam negara Itali dan tidak mempunyai lapangan terbang. Meskipun San Marino tidak memiliki lapangan terbang sendiri, negara ini masih dapat diakses dengan mudah melalui jalan darat.

Ia berkedudukan di tangga kelima sebagai negara yang terkecil di dunia, yang mempunyai seramai 33 ribu orang penduduk saja. Dan merupakan salah satu negara terkaya didunia dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita antara yang tertinggi.

Namun, ukurannya yang kecil tidak mengurangi keindahannya. Malah, San Marino adalah negara yang kaya akan sejarah, budaya, dan keindahan alamnya.

Lapangan terdekat adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Federico Fellini. Ia terletak hanya 16 km sahaja dari San Marino.

 

Monaco

Monaco

Merupakan negara kedua terkecil di dunia dan berada di antara Laut Mediterranean dan Perancis. Monaco juga mendapat nama sebagai negara paling padat dengan penduduk.

Sudahlah padat, kemudian negaranya kecil pula, jadi memang tiada tempat untuk membina lapangan terbang. Meskipun saiznya kecil, Monaco terkenal dengan kemewahannya dan merupakan destinasi pelancongan yang popular.

Ekonomi Monaco bergantung pada sektor pelancongan, perjudian dan perbankan. Negara kota ini terkenal dengan kasino-kasinonya yang mewah dan merupakan salah satu tempat hab kewangan antarabangsa.

Monaco juga dikenali sebagai tempat tinggal bagi orang kaya dan terkenal. Banyak selebriti, ahli perniagaan dan ahli sukan tinggal di negara kota ini kerana cukai yang rendah dan gaya hidup yang mewah.

Untuk pergi ke Monaco, boleh turun di lapangan terbang di Bandar Nice dan naik kereta, keretapi atau bot.

 

Andorra

Andorra

Negara Andorra terletak di antara sempadan Perancis dan Sepanyol dan kawasan negara ini terletak di kawasan pergunungan. Ia menjadikan destinasi terbaik untuk pendakian pada musim panas dan bermain ski pada musim sejuk.

Selain menikmati pemandangan yang indah, Andorra ialah destinasi beli-belah tanpa cukai, yang bermaksud anda boleh menjimatkan wang untuk barangan mewah dengan memanfaatkan status bebas cukainya.

Antara alasan kenapa tiada lapangan terbang di negara ini kerana geografi yang bergunung-ganang di sekelilingnya tidak sesuai untuk mempunyai lapangan terbang.

Untuk pergi ke sana, anda boleh menempah tiket di lima lapangan terbang yang terletak di Sepanyol dan Perancis.

 

Liechtenstein

Liechtenstein

Terletak di antara Switzerland dan Austria, Liechtenstein adalah sebuah negara kecil yang sering diabaikan dalam peta dunia. Namun, negara ini memiliki banyak hal menarik untuk ditawarkan, mulai dari pemandangan alam yang menakjubkan hingga sejarah yang kaya.

Merupakan negara yang keempat terkecil di Eropah dan lapan kali lagi kecil dari Bandar Los Angeles.

Negara ini terkenal dengan Pergunungan Alps yang menjulang tinggi, lembah-lembah hijau, dan bandar yang menawan. Ia adalah salah satu negara yang sesuai bagi pelancong yang mencari ketenangan.

Oleh kerana landskap geografi negara ini yang bergunung ganang serta tanah tidak rata, amat susah untuk mempunyai lapangan terbang.

 

Itulah lima negara yang tidak mempunyai lapangan terbang. Walaupun negara-negara ini tiada lapangan terbang tetapi masih menerima pelancong yang ramai setiap tahun. Ini kerana tidak sukar untuk akses masuk melalui jalan darat. Boleh naik pengangkutan awam atau memandu sendiri.

Kongsi:
Save on your hotel - hotelscombined.com