Sebab Kenapa Pulau Kapas

6 Sebab Kenapa Pulau Kapas Sesuai Untuk Chill Bersama Kawan Atau Family

*Di laman ini mungkin mengandungi pautan ‘affiliate’, yang bermaksud bahawa kami akan menerima komisen kecil jika anda mengklik salah satu pautan produk. Tidak dikenakan bayaran lebih jika membeli produk melalui link kami. Terima kasih atas sokongan anda*

 

Terengganu sememangnya mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati, dan tidak terkecuali jika anda mencari pulau yang best. Kalau mencari pulau yang menarik, Terengganu salah satu negeri yang menjadi tumpuan pelancong.

Pulau-pulau yang popular seperti Pulau Perhentian dan Pulau Redang yang bukan saja menarik pelancong dari dalam negara tetapi luar negara.

Selain dua pulau ini, ada satu lagi pulau yang memang sangat popular iaitu Pulau Kapas. Satu nama yang tidak asing lagi di kalangan penggemar pantai dan pulau.

Pulau Kapas juga mempunyai kelebihan dan keunikan yang tersendiri yang menjadi sebab kenapa orang ramai berkunjung ke pulau tersebut. Dalam penulisan kali ini kami senaraikan sebab kenapa Pulau Kapas sesuai untuk chill bersama kawan atau family.

Perjalanan ke Pulau Tidak Mengambil Masa yang Lama

Yang best mengenai bercuti ke Pulau Kapas ialah jarak antara pulau dengan tanah besar tidak jauh. Perjalanan tidak mengambil masa yang lama iaitu kira-kira dalam 15 – 20 minit saja untuk sampai ke pulau.

Jadi, amat sesuai kepada mereka yang tidak berapa suka naik bot yang lama. Dan sesuai untuk kanak-kanak dan warga emas yang mahu bercuti ke Pulau.

Masa yang singkat boleh mengelakkan anda mabuk laut. Dapat mengelak untuk merosakkan mood anda yang mahu bercuti.

Perjalanan ke Pulau Kapas

 

Harga yang Berpatutan Berbanding Pulau Lain

Pulau Kapas merupakan destinasi percutian yang berpatutan.

Kepada yang mencari percutian ke pulau dengan harga bajet, anda boleh masukkan Pulau Kapas dalam list.

Malah, terdapat beberapa penginapan yang ditawarkan kepada mereka yang mahu bermalam di Pulau Kapas. Sesuai untuk datang dengan keluarga atau rakan-rakan.

Resort disini lebih kepada penginapan bajet. Tiada resort yang mahal 5 bintang. Nak rasa pengalaman lain dari yang lain boleh ambil penginapan jenis khemah. Lebih jimat.

 

Kaya dengan Kehidupan Marin

Pulau Kapas merupakan syurga bagi pencinta kehidupan marin. Terdapat pelbagai jenis ikan, karang, dan makhluk laut lain yang dapat anda lihat di sekitar pulau ini.

Anda boleh snorkeling atau menyelam untuk melihat keindahan terumbu karang secara dekat. Tidak perlu untuk untuk naik bot dan pergi jauh ke tengah laut.

Mandi dekat dengan pantai pun boleh dapat tengok pelbagai jenis ikan-ikan kecil yang bermain di kawasan cetek. Jadi budak kecil pun boleh tengok ikan secara dekat.

Kehidupan marin

 

Pantai yang Cantik dan Air Laut yang Jernih

Sama seperti pulau yang lain di Terengganu, Pulau Kapas juga terkenal dengan pantainya yang berpasir putih dan bersih.

Permukaan pantai yang landai dan kurang berombak sesuai untuk yang ada anak-anak bermain di tepi pantai sambil bermain pasir dan air.

Yang nak healing, boleh lepak tepi pantai sambil layan view laut dan sunset yang indah. Sambil tu boleh nak bergambar dengan berlatar belakang pemandangan laut.

Malah, walaupun tidak jauh dari tanah besar, air laut disini masih cantik dan jernih seperti pulau-pulau lain yang jauh dari tanah besar.

 

Hiking dan Jungle Trekking

Anda rasa aktiviti snorkeling, mandi laut atau bermain pasir di tepi pantai saja yang ada di Pulau Kapas?

Sebenarnya ada aktiviti lain yang best untuk dilakukan iaitu jungle trekking dan hiking. Ada beberapa laluan yang disedikan untuk pengunjung.

Satu tempat yang memang sangat popular untuk hiking ialah Bukit Singa. Sebaik tiba di bukit tersebut, anda akan disajikan dengan pemandangan menakjubkan. Jangan lupa untuk ambil banyak gambar dan video.

Kepada yang mahu melakukan aktiviti jungle trekking dan hiking untuk sentiasa berhati-hati. Pasti kita tidak mahu kejadian yang tidak diingini berlaku yang boleh merosakkan percutian.

Jadi, selain nak bersantai saja atau yang jenis tak boleh duduk diam, apa kata untuk melakukan aktiviti ini.

Hiking Bukit Singa

 

Suasana yang Damai dan Tenang

Pulau Kapas merupakan tempat yang ideal untuk melepaskan diri dari kesibukan kota. Suasananya yang damai dan tenang akan membuat anda merasa segar dan santai.

Anda boleh menikmati ketenangan alam sambil berehat di pantai, melihat keindahan pemandangan laut yang biru, membaca buku, atau menjelajah hutan di pulau ini.

 

Di Malaysia pun kita sudah mempunyai pulau yang cantik dan indah. Tetapi perlu diingat Pulau Kapas berada di pantai timur. Jadi ketika musim tengkujuh iaitu sekitar antara bulan 11 ke bulan 3. Waktu ini pulau di Terengganu akan tutup. Jadi rancang percutian anda. Selamat Bercuti!

Kongsi:
Save on your hotel - hotelscombined.com