Tempat Honeymoon di Malaysia

8 Tempat Honeymoon di Malaysia – Best dan Popular

  • Post comments:0 Comments
  • Reading time:9 mins read
  • Post last modified:October 3, 2023
  • Post author:
*Di laman ini mungkin mengandungi pautan ‘affiliate’, yang bermaksud bahawa kami akan menerima komisen kecil jika anda mengklik salah satu pautan produk. Tidak dikenakan bayaran lebih jika membeli produk melalui link kami. Terima kasih atas sokongan anda*

 

Sudah menjadi kebiasaan kepada pasangan yang baru mendirikan rumah tangga, kebanyakkan pengantin baru ini akan merancang untuk berbulan madu.

Ini kerana honeymoon merupakan satu percutian yang menarik dan pasti berbeza jika nak dibandingkan ketika bercuti bersama kawan-kawan atau family. Ketika bulan madu inilah untuk create moment indah dan romantik bersama pasangan pada awal perkahwinan anda.

Berbulan madu tidak semestinya ke luar negara. Dalam Malaysia ini banyak tempat atau destinasi menarik untuk anda pergi bagi percutian anda.

Jadi, kami akan senaraikan tempat honeymoon di Malaysia yang best dan popular. Boleh buat rujukan untuk anda yang bakal berkahwin, atau boleh juga buat rujukan kepada yang sudah berkahwin bagi meraikan anniversary.

Cameron Highlands

Cameron Highlands

Kalau bercakap mengenai tempat bulan madu di semenanjung Malaysia yang paling popular, Cameron Highlands pasti akan termasuk dalam senarai. Salah satu sebab Cameron menjadi pilihan kerana cuaca yang sejuk dan nyaman, sempurna untuk pasangan yang mencari perjalanan romantis.

Tambahan, banyak tempat yang menarik di Cameron untuk dilawati seperti ladang teh, kebun strawberi, taman-taman bunga dan banyak lagi.

Dan jangan lupa untuk bergambar dengan berlatar belakang ladang teh kehijauan yang indah.

Cuma elakkan pergi pada hujung minggu atau cuti umum kalau anda nak percutian yang tenang. Ketika waktu cuti, kebiasaannya Cameron Highlands akan sesak dengan pengunjung.

 

Pulau Langkawi

Langkawi

Menikmati pantai yang cantik, banyak tempat menarik untuk dikunjungi dan mempunyai penginapan dari yang harga bajet hingga mewah 5 bintang, Pulau Langkawi memang destinasi yang amat sesuai untuk honeymoon. Oleh sebab itu, Pulau Langkawi juga antara destinasi yang popular di kalangan pelancong untuk bercuti.

Tarikan seperti Kereta Kabel, Langkawi SkyBridge, Kilim Geoforest Park dan banyak tarikan lain yang popular yang pasti membuatkan percutian anda tidak bosan.

Aktiviti yang perlu anda lakukan bersama pasangan ialah menaiki Cruise. Anda boleh ambil sunset cruise sambil melihat matahari terbenam yang pasti dapat mewujudkan suasana romantik bersama pasangan. Selain itu, nikmati makan malam romantik di tepi pantai dengan lilin-lilin yang bercahaya.

Semestinya, Pulau Langkawi dapat memberi pengalaman yang indah bersama pasangan anda.

 

Kundasang

Kundasang

Kundasang, lagi satu tempat sejuk dan nyaman yang ada di Malaysia. Selain menjadi tempat bercuti yang sangat popular dari kalangan pengunjung dari semenanjung dan juga pelancong dari luar negara, Kundasang juga menjadi destinasi pilihan untuk pasangan yang baru berkahwin berbulan madu disini.

Salah satu tempat tumpuan adalah Desa Cattle Dairy Farm. Terkenal dengan nama panggilan “Little New Zealand”, bergambar dengan pasangan anda seperti anda berada di New Zealand.

Oleh kerana nak ke Kundasang anda akan turun di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, jadi boleh luangkan masa berjalan di sekitar Kota Kinabalu. Malah, boleh melihat matahari terbenam dan cipta suasana romantik bersama pasangan di tepi pantai.

 

Semporna

Semporna

Kalau di Kundasang anda dihidangkan dengan kawasan berbukit dan pemandangan Gunung Kinabalu, di Semporna anda akan dihidangkan dengan pulau – pulau yang cantik dan pemandangan air laut biru yang mempersonakan.

Nak memaksimumkan keseronokan ketika berbulan madu di Semporna ialah dengan menginap di resort atas air. Banyak penginapan atas air yang terdapat di Semporna untuk anda pilih seperti Sipadan Kapalai Dive Resort.

Yang best duduk resort atas air ini, dari dalam bilik pun sudah boleh lihat pemandangan laut biru yang indah. Cuma resort atas air untuk menginap satu malam bukan murah. 

Aktiviti di semporna lebih kepada snorkeling dan island hopping. Pulau-pulau menarik yang boleh anda kunjungi seperti Bohey Dulang, Timba Timba dan beberapa pulau yang lain.

Semporna juga merupakan destinasi yang popular kepada mereka yang mahu honeymoon di Sabah.

 

Pulau Perhentian

Perhentian

Pulau perhentian memang cukup terkenal dalam kalangan pelancong di dalam mahupun luar negara. Malah, ada laman web luar negara yang menyenaraikan Pulau Perhentian sebagai salah satu pulau yang terbaik di Asia Tenggara untuk dikunjungi.

Pulau perhentian ini terbahagi kepada dua pulau iaitu pulau perhentian kecil dan besar. Setiap pulau mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Mana nak pilih, Perhentian kecil atau Perhentian Besar? Kalau anda mencari percutian yang tenang, boleh memilih untuk menginap di Perhentian Besar. Tetapi kalau mencari percutian yang meriah, Perhentian Kecil adalah pilihan untuk anda.

Mungkin ramai yang sudah tahu, ketika musim monsun atau tengkujuh, Pulau Perhentian akan ditutup. Musim tengkujuh kebiasaanya dijangka akan bermula hujung bulan 10 atau awal bulan 11 sehingga bulan 2 atau 3 (bergantung kepada cuaca).

 

Pulau Redang

Redang

Dengan pantai berpasir putih, air laut yang jernih, dan kehidupan bawah laut yang kaya, Pulau Redang adalah destinasi impian bagi pasangan yang ingin menghabiskan waktu bersama dalam suasana yang indah dan tenang.

Sama seperti pulau-pulau yang lain, aktiviti utama adalah snorkeling atau diving. Tetapi anda boleh luangkan masa berjalan santai atau melihat matahari terbenam di pantai bersama pasangan.

Di pulau ini juga mempunyai banyak penginapan yang menarik untuk anda pilih. Ikutlah kesesuaian bajet anda.

Oleh kerana Pulau Redang juga berada di negeri Terengganu, pulau ini akan ditutup ketika musim tengkujuh. Oleh itu, andai kata anda bercadang untuk honeymoon antara hujung bulan 10 hingga bulan 3, anda kena mencari tempat lain selain daripada Pulau Redang dan juga Perhentian.

 

Pulau Pinang

Pulau Pinang

Gabungan antara keindahan alam, kekayaan sejarahnya, serta pelbagai keenakan makanan untuk dirasai, bercuti di Penang pasti menciptakan pengalaman menyeronokkan yang tak dapat dilupakan.

Jika anda merupakan seorang pencinta makanan, Pulau Pinang salah satu destinasi wajib untuk pergi. Malah tempat menarik seperti muzium dan pantai yang indah dihidangkan kepada sesiapa yang bercuti ke Pulau Pinang.

Destinasi wajib untuk anda pergi adalah Bukit Bendera. Kira macam tidak sah kalau bercuti ke Pulau Pinang tetapi tidak naik ke Bukit Bendera. Banyak spot menarik untuk anda berOOTD dengan pasangan.

Memilih Pulau Pinang sebagai destinasi bulan madu sudah pasti percutian anda tidak akan mengecewakan.

 

Melaka

Melaka

Kalau mahu percutian honeymoon yang singkat, Melaka boleh masuk dalam list. Sebuah destinasi yang kaya dengan sejarahnya.

Yang lebih menarik, kebanyakkan tempat-tempat menarik di Melaka berada berdekatan antara satu sama lain. Salah satu aktiviti yang menarik iaitu bersiar-siar menaiki beca yang dihias cantik. Anda boleh masukkan dalam list ketika bercuti kesini.

Selain bersiar-siar di kawasan bandar, anda boleh pergi ke pantai yang ada di melaka. Ada beberapa pantai yang menarik untuk dikunjungi tetapi Pantai Klebang adalah yang paling popular di kalangan pelancong.

Kalau anda seorang yang ‘food lover’, Melaka juga salah satu destinasi menarik untuk lawati. Pelbagai makanan yang sedap untuk anda cuba.

 

Sebenarnya banyak lagi tempat menarik di Malaysia untuk anda lawati untuk berbulan madu bersama pasangan anda, tetapi senarai di atas antara destinasi yang popular.

Sama ada anda berbulan madu di dalam mahupun luar negara, yang penting masa bersama pasangan dan mencipta memori indah itulah yang lebih penting. Selamat bercuti!

Kongsi:
Save on your hotel - hotelscombined.com

Leave a Reply