Pertama Kali Ke Seoul

10 Tempat Menarik Yang Wajib Pergi Jika Pertama Kali Ke Seoul!

*Di laman ini mungkin mengandungi pautan ‘affiliate’, yang bermaksud bahawa kami akan menerima komisen kecil jika anda mengklik salah satu pautan produk. Tidak dikenakan bayaran lebih jika membeli produk melalui link kami. Terima kasih atas sokongan anda*

 

Korea Selatan menjadi salah satu lokasi kegemaran rakyat Malaysia untuk bercuti di Asia. Tetapi dalam banyak lokasi yang terdapat di Korea Selatan, Seoul adalah antara lokasi yang ramai pelancong lawati.

Apa yang menarik dengan Seoul ialah anda dapat lihat kebudayaan tradisional terdahulu dengan kebudayaan moden disatukan dalam satu bandar yang memikat hati para pelancong. Dari istana kuno hingga bangunan pencakar langit modern, Seoul menawarkan sesuatu untuk semua orang.

Seoul yang merupakan Ibu Negara Korea Selatan, mempunyai banyak tempat menarik untuk anda lawati. Tetapi jika anda seorang yang pertama kali bercuti ke kota ini, kami senaraikan 10 tempat menarik yang wajib anda pergi!

Namsan Tower

Menara Namsan

Kalau di Kuala Lumpur, kita mempunyai Menara Berkembar Petronas atau Menara KL, di Seoul ada Menara Namsan. Menara Namsan atau sekarang dikenali dengan N Seoul Tower merupakan mercu tanda yang ikonik kepada kota ini.

Menara ini dibina pada tahun 1969, kemudian dibuka kepada umum pada tahun 1980 dan sejak itu telah menjadi salah satu simbol utama bandaraya Seoul. Ia pada asalnya dibina sebagai menara telekomunikasi, tetapi ia telah menjadi destinasi pelancongan yang popular.

Dengan ketinggian sekitar 236 meter, menara ini menawarkan pemandangan panorama yang indah dan menakjubkan. Tempat ini menyediakan dek pemerhati yang membolehkan pelawat melihat kecantikkan bandar Seoul dari atas.

Mahu pengalaman yang lebih menarik ketika berada di Menara Namsan? Anda pergi pada waktu malam. Anda dapat melihat kecantikkan bandaraya Seoul yang cantik bercahaya.

Ada beberapa cara untuk ke Menara Namsan tetapi kereta kabel adalah pilihan yang terbaik dan menarik kerana ia menawarkan pemandangan bandar yang menakjubkan.

 

Nami Island

Nami Island

Ada peminat Winter Sonata disini? Ia sebuah drama Korea yang sangat popular pada awal tahun 2000. Pulau Nami terkenal kerana menjadi lokasi penggambaran drama popular Korea itu. Namun, pulau ini tetap popular dari kalangan pelancong walaupun mereka tidak tahu mengenai drama tersebut dek kerana keindahannya.

Pulau Nami dikenali atas kecantikannya yang unik, dengan pohon-pohon yang menjulang tinggi dan pemandangan tasik yang memukau. Tempat yang sesuai untuk berjalan santai sambil menikmati keindahan alam semulajadi.

Tempat ini mempunyai daya tarikan sepanjang tahun, ketika musim sejuk anda dihidangkan pemandangan salji yang menawan. Ia juga menarik pada musim bunga dan musim luruh dengan keindahan warna-warni tumbuhan. Pada musim panas pun mempunyai kecantikkannya yang tersendiri. Setiap musim memberi anda pengalaman yang berbeza.

Walaupun terletak agak jauh sedikit dari Seoul tetapi ia adalah lokasi yang wajib anda masukkan dalam itinerary, terutamanya bagi penggemar keindahan alam semulajadi.

Pertama kali ke Seoul atau tidak, tempat ini wajib untuk anda pergi.

 

Gyeongbokgung Palace

Gyeongbokgung Palace

Terletak di tengah-tengah Seoul, ia salah satu istana bersejarah yang paling terkenal dan indah di negara itu. Tempat yang popular pasti ramai pengunjung akan pergi ke tempat ini. Jadi tidak hairan semasa anda pergi sesak dengan pengunjung.

Istana Gyeongbokgung menampilkan keindahan seni bina tradisional Korea dan taman yang mengelilinginya. Sebahagian besar istana ini telah dipulihara semula dan diteruskan pemuliharaannya untuk mengekalkan keaslian sejarah dan seni binanya.

Melawat tempat ini tak sah kalau tidak mencuba memakai pakaian tradisional mereka iaitu Hanbok. Anda boleh sewa pakaian Hanbok dan mengambil gambar sepuasnya di sekitar istana. Bolehlah nak feeling seperti orang zaman dahulu.

 

Bukchon Hanok Village

Bukchon Hanok Village

Melangkah ke kawasan kejiranan ini seperti melangkah ke masa lalu. Disini anda dapat melihat beratus rumah tradisional Korea, yang dikenali sebagai ‘Hanok’. Ia mempunyai reka bentuk seni bina yang menarik dan menunjukkan warisan budaya lama korea.

Bukchon Hanok Village menawarkan pengalaman dan gambaran unik tentang sejarah dan budaya Korea. Banyak daripada rumah-rumah ini telah dipulihara semula yang menjadikan ia antara tarikan utama di Seoul.

Pengalaman yang menarik disini adalah dengan berjalan di kawasan sekitar dan mengambil gambar berlatar belakang rumah tradisonal Hanok ini. Tetapi tempat ini boleh menjadi sangat sesak, terutamanya pada hujung minggu dan cuti. Cuba melawat pada awal pagi jika anda ingin mengelakkan orang ramai.

Kawasan Bukchon Hanok Village terletak tidak jauh dengan Istana Gyeongbokgung. Jadi anda kena masukkan dalam itinerary untuk yang pertama kali bercuti ke ibu negara Korea Selatan ini.

 

Myeongdong

Myeongdong

Anda kaki shopping? Kalau anda kaki shopping, tidak sah melancong ke Seoul kalau tidak pergi tempat ini. Kalau di Kuala Lumpur kita ada Bukit Bintang, di Seoul mereka ada Myeongdong.

Myeongdong adalah sebuah kawasan membeli-belah yang sangat popular di Seoul. Terletak di pusat bandar, kawasan ini menjadi tumpuan utama bagi pengunjung tempatan dan pelancong antarabangsa yang ingin menikmati pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan.

Terdapat pelbagai kedai butik, pusat membeli-belah, restoran, dan kafe yang menawarkan pelbagai jenis produk dan makanan. Selain itu, jika anda mencari produk kecantikan, Myeongdong tempat wajib anda kunjungi.

Berjalan-jalan di sekitar Myeongdong merupakan pengalaman yang menyenangkan kerana banyak bahagian di tempat ini mesra pejalan kaki.

 

Dongdaemun

Dongdaemun

Tempat ini terdiri daripada beberapa kompleks yang menawarkan pelbagai jenis produk, termasuk pakaian, kain, dan barang elektronik. Terdapat juga pusat beli-belah moden dengan jenama-jenama antarabangsa dan butik-butik yang menjual produk tempatan yang unik.

Salah satu ciri terkenal Dongdaemun ialah operasinya pada waktu malam. Ia terkenal dengan ‘shopping all night’, di mana beberapa kedai tetap buka sepanjang malam sehingga waktu pagi. Ini menjadikan ia sebagai destinasi yang popular bukan sahaja di kalangan penduduk tempatan tetapi pelancong luar juga ingin mengalami pengalaman membeli-belah unik pada waktu malam.

Anda boleh memilih untuk membeli belah di mall atau shopping di outdoor baazaar untuk harga yang lebih berpatutan.

 

Namdaemun Market

Namdaemun Market

Dikatakan Namdaemun Market adalah pasar tradisional terbesar dan tertua di Korea Selatan. Disini terdapat lebih 10 ribu kedai atau gerai yang menjual pelbagai barang untuk dibeli.

Dengan mempunyai beribu gerai, apa sahaja barang yang anda cari mungkin boleh didapati disini. Harga yang ditawarkan di pasar ini boleh dikatakan cukup murah dan terdapat pusat jualan borong. Sesuai la kalau anda nak beli barang yang banyak untuk dijadikan cenderamata.

Selain beli-belah, pengunjung boleh menikmati pelbagai hidangan yang disajikan di kedai-kedai makanan jalanan di sekitar pasar. Yang muslim pastikan mencari makanan yang halal. Jangan asal nampak sedap, terus beli.

 

Everland

Everland

Everland merupakan taman tema terbesar di Korea dan menarik lebih 5 juta pelawat setiap tahun. Taman tema ini secara konsisten tersenarai antara 20 taman tema yang paling banyak dikunjungi di seluruh dunia.

Taman ini mempunyai pelbagai kawasan, pasti anda tidak bosan ketika berada disini. Ada kawasan tempat permainan yang menyeronokkan dan mempunyai taman-taman cantik yang disajikan kepada pengunjung.

Taman ini dibuka sepanjang tahun, dengan waktu operasi berbeza-beza bergantung pada musim. Jadi pastikan untuk periksa dahulu di website atau media social untuk mengetahui mengenai waktu operasi mereka. Dan anda boleh membeli tiket secara online.

Apa yang ditawarkan oleh Everland sama ada untuk bermain permainan yang menarik atau hanya mahu bersantai, tempat ini sesuai untuk semua orang.

 

Itaewon

Itaewon

Itaewon adalah kawasan yang menarik dan salah satu ciri menarik untuk bandar ini adalah kepelbagaian budaya dan gaya hidup. 

Kepada yang muslim, makanan halal juga mudah dicari di Itaewon kerana populasi penduduk Islamnya yang agak ramai. Banyak restoran atau kedai makan yang menjual pelbagai makanan, termasuk makanan korea yang halal. Malah, terdapat beberapa deretan kedai untuk para pengunjung membeli belah. Itaewon juga terkenal dengan kehidupan malamnya yang meriah. 

Selain itu, salah satu tarikan yang ada di Itaewon adalah Seoul Central Mosque. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk bergambar kenangan di hadapan masjid yang indah ini.

 

Ski Resort (Musim Sejuk)

Ski Resort

Di Malaysia kita tak rasa musim sejuk, jadi tidak hairan ia antara musim yang ramai pelancong Malaysia akan melancong ke Korea Selatan.

Jika bercuti semasa musim sejuk, anda kena cuba dan merasai pengalaman bermain ski. Selalu tengok di tv atau media sosial orang bermain ski, ini masanya untuk anda cuba sendiri.

Ada beberapa ski resort yang boleh anda pergi, antaranya Vivaldi Park Ski World dan Elysian Gangchon Ski.

Jika tidak bermain ski pun, ski resort adalah tempat yang anda kena pergi di Seoul. Boleh lepak dan jalan-jalan di kawasan sekitar sambil melihat aksi orang bermain ski dan mengambil gambar.

 

PERINGATAN

Kebelakangan ini banyak kes orang Malaysia yang mahu melancong ke sana tetapi kena tahan dengan imigresen sebelum dihantar balik semula ke Malaysia. Sama seperti yang terjadi bila orang kita mahu melancong ke Australia.

Mungkin salah satu sebab yang munasabah kenapa jadi begini adalah kerana ada orang Malaysia yang salah guna masuk ke negara ini dengan bekerja secara haram. Jadi Korea Selatan meletakkan status berjaga-jaga kepada pelancong yang datang dari Malaysia.

Nasihat kami kalau anda memang mahu bercuti ke Seoul, tidak kira pergi secara DIY atau melalui AGENT, pastikan anda sentiasa bersedia. Bersedia seperti sediakan tiket flight balik, tahu itineray, bukti tempah tempat tinggal/hotel, bawa duit secukupnya dan menjawab soalan dengan yakin bila ditanya. Kalau anda dah buat persediaan tetapi tetap dihantar pulang, mungkin memang bukan rezeki untuk menjejaki kaki ke Korea Selatan.

Kongsi:
Save on your hotel - hotelscombined.com