Tempah Tiket Kapal Terbang Murah

Cara Tempah Tiket Kapal Terbang Murah Untuk Domestik atau Antarabangsa

  • Post comments:2 Comments
  • Reading time:10 mins read
  • Post last modified:February 29, 2024
  • Post author:
*Di laman ini mungkin mengandungi pautan ‘affiliate’, yang bermaksud bahawa kami akan menerima komisen kecil jika anda mengklik salah satu pautan produk. Tidak dikenakan bayaran lebih jika membeli produk melalui link kami. Terima kasih atas sokongan anda*

 

Ingin tahu cara tempah tiket kapal terbang murah? Semua orang ingin melancong tanpa mengeluarkan kos yang banyak. Terutama sekali jika anda ingin pergi ke luar negara.

Banyak kos yang perlu anda pertimbangkan ketika anda ingin melancong. Antara kosnya ialah tiket kapal terbang, penginapan, kos pengangkutan, makan dan minum, sedikit kos ole-ole untuk keluarga dan kawan kawan  dan juga tidak lupa duit untuk kecemasan jika berlaku perkara yang tidak di ingini.

Jika anda seorang yang kaya, mungkin anda tidak memikirkan kos-kos yang di atas tetapi bagi mereka yang mempunyai “tight budget” tapi masih ingin melancong, anda perlu menyediakan anggaran untuk semua kos dan jangan lupa untuk menyediakan jadual perjalanan untuk melihat semua kos yang perlu anda pertimbangkan.

Tetapi dalam artikel ini kami hanya kongsi cara tempah tiket kapal terbang murah untuk anda melancong di kemudian hari.

Cara Tempah Tiket Kapal Terbang Murah:

Tempah awal untuk tiket penerbangan

Selepas anda dah tahu ke mana ingin bercuti, jangan buang masa, terus cari dan tempah tiket kapal terbang secepat mungkin supaya anda dapat tiket yang murah.

Dan alasan yang lain kenapa perlu tempah tiket awal ialah supaya anda dapat tempat duduk yang anda inginkan terutama sekali ketika waktu ‘peak season flights’.

Maksud ‘peak season’ ini waktu ketika ramai ingin bercuti, biasanya ketika cuti umum.

Seterusnya, jangan buang masa ingin mencari tiket yang terlalu murah, jika harga tiket itu dalam linkungan bajet anda, terus tempah. Takut makin lama anda tunggu, harga makin mahal. Dan, sentiasa ingat anda tidak akan dapat tiket yang murah jika tempah saat akhir.

 

Buat kajian harga tiket antara syarikat penerbangan

Sekarang lebih mudah untuk bandingkan harga tiket antara syarikat penerbangan.

Hanya menggunakan google, banyak laman web yang anda boleh guna untuk bantu anda cari tiket yang murah dari pelbagai syarikat penerbangan, antaranya:

Dua website ini antara yang sangat popular dan selalu digunakan berjuta orang seluruh dunia untuk semak harga tiket. Ada tempat yang memudahkan kerja anda untuk cari tiket penerbangan, jadi kenapa tidak mahu gunakan, betul tak?

Jadi anda tidak membuang masa untuk masuk satu per satu laman web syarikat penerbangan untuk menyemak harga tiket. Ramai orang yang menggunakan cara ini untuk mencari tiket yang murah.

 

Melanggan newsletter dan follow di social media

Jika anda seorang yang suka melancong, cara ini memang anda perlu lakukan.

Mungkin anda merasa menyusahkan atau tidak suka selalu terima dari syarikat penerbangan tersebut tetapi dengan cara ini anda akan dapat info mengenai promosi tiket dengan cepat.

Dengan melanggan, anda juga menajdi orang yang terawal yang mendapat info dan tidak terlepas segala promosi or tawaran dari syarikat penerbangan.

Selain melanggan newsletter, anda juga boleh mengikuti mereka di media sosial seperti facebook, untuk sebarang info yang dikeluarkan oleh mereka.

Anda tidak akan dikenakan apa-apa kos untuk melanggan buletin mereka atau mengikuti di media social. Belum melanggan newsletter atau follow mereka? Follow dan melanggan sekarang!

 

Pilih lapangan terbang alternatif

 Sebelum anda menempah tiket kapal terbang anda, buat sedikit ‘kerja rumah’ tempat yang anda ingin pergi.

Jika ada alternatif lapangna terbang selain daripada lapangan terbang utama, anda boleh buat perbandingan aharga antara dua lapangan terbang ini.

Mungkin anda perbezaan harga walaupun jarak antara lapangan tersebut tidak terlalu jauh.

Contohnya, jika anda ingin ke London, anda boleh mencuba pergi ke lapangan terbang Manchester dan bukannya ke lapangan terbang Heathrow. Selepas itu, anda boleh menggunakan kereta api untuk pergi ke London.

Bagi sesetengah mungkin menyusahkan, tapi anda boleh mencuba untuk mengurangkan bajet bagi kos tiket kapal terbang. Tapi yang penting buat dulu kajian sama ada berbaloi untuk berbuat demikian.

 

Menggunakan kad kredit

Ada orang yang tidak tahu kelebihan menggunakan kredit kad. Anda boleh menebus ‘point’ untuk tiket kapal terbang.

Bila anda berbelanja menggunakan kredit kad, anda akan mendapat ‘point’. Dan dari ‘point’ itu, anda boleh menebus untuk tukar kepada BIG Point AirAsia (contoh).

 

Menggunakan syarikat penerbangan tambang murah

Sesuai dengan panggilan sebagai syarikat penerbangan tambang murah, tentunya kita boleh dapat harag tiket yang murah.

Tetapi perlu diingat, biasanya syarikat penerbangan menjual murah pada tiket sahaja, selebihnya seperti tempat bagasi, makanan dan minuman, atau hiburan anda perlu untuk membayar berasingan.

Jika dulu kalau anda ingin melancong ke negara yang yang mempunyai jarak yang jauh, anda perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk tiket penerbangan.

Tetapi kini tidak lagi, di mana terdapat syarikat penerbangan tambang murah yang menawarkan penerbangan jarak jauh.

Contoh syarikat penerbangan tambang murah adalah AirAsia.

 

Fleksibel dengan tarikh dan masa bercuti

Fleksibel dengan tarikh dan masa ketika mahu pergi bercuti dapat menjimatkan lebih banyak wang.

Secara logiknya pergi bercuti ketika ‘peak season’ atau cuti umum akan dikenakan kos lebih banyak untuk tiket penerbangan anda.

Syarikat penerbangan tidak bodoh. Apabila ada festival, cuti umum, acara sukan utama, atau cuti sekolah semakin hampir, mereka menyadarinya dan meningkatkan harga tiket.

Selain itu, anda memilih waktu berlepas pada awal pagi atau lewat malam. Tidak ramai yang akan memilih waktu ini.

 

 

Cara yang ramai buat ketika mencari tiket penerbangan:

Mari kita lihat beberapa cara yang dilakukan oleh ramai orang.

 

Menggunakan ‘incognito mode’ atau ‘clear browse cookies’ ketika survey harga tiket

Setiap kali anda nak survey harga tiket, pastikan untuk menggunakan ‘incognito mode’ or padam ‘browser cookies’ anda.

Kenapa perlu berbuat demikian? Orang menjangkakan harga akan berubah jika anda mencari tiket beberapa kali. Ini kerana ‘cookies’ akan menyimpan maklumat yang anda cari di internet.

Jika anda mengunakan Incognito mode, ini akan menghalang browser menyimpan ‘cookies’.

 

Pilih hari selasa atau rabu ketika bertolak

Sebilangan besar syarikat penerbangan akan menetapkan dua hari, Selasa dan Rabu, sebagai hari ‘kurang sibuk’ dalam sistem tempahan.

Lapangan terbang juga akan kurang sibuk selama dua hari ini berbanding pada hari jumaat hingga ahad. Tetapkan tarikh penerbangan pada dua hari ini (Selasa dan Rabu), supaya anda dapat tiket penerbangan murah.

 

Tempah tiket penerbangan pada hari selasa dan rabu

Mengapa anda memerlukan hari ini untuk menempah tiket syarikat penerbangan anda?

Dua hari ini adalah hari terbaik untuk menempah tiket anda kerana kebanyakan syarikat penerbangan biasanya akan membuat sistem tempahan pada hari Selasa. Mungkin ada boleh mendapatkan tiket yang murah pada dua hari ini.

 

Jadi itu beberapa cara untuk anda menempah tiket penerbangan pada harga yang murah. Semoga artikel ni memberi manfaat kepada anda yang mahu pergi bercuti. Selamat bercuti!

Anda mencari tiket kapal terbang? Tempah di Malaysia Airlines.

Kongsi:
Save on your hotel - hotelscombined.com

This Post Has 2 Comments

  1. Kieya

    Assalamualaikum..
    Cara utk sya dptkn flight murah

  2. Hobi Cuti

    Waalaikumsalam.
    Semua sudah kami terangkan di dalam artikel di atas. Lagi satu cara mudah untuk mencari tiket murah adalah menggunakan laman web yang membuat perbandingan harga tiket seperti Kayak, Skyscanner atau Trip.com. Menggunakan website ini mudah anda mencari tiket tanpa perlu pergi satu per satu airlines untuk mencari tiket.

Leave a Reply