Cara Buat Duit Sampingan

Cara Buat Duit Sampingan jika Anda Seorang yang Selalu Travel

*Di laman ini mungkin mengandungi pautan ‘affiliate’, yang bermaksud bahawa kami akan menerima komisen kecil jika anda mengklik salah satu pautan produk. Tidak dikenakan bayaran lebih jika membeli produk melalui link kami. Terima kasih atas sokongan anda*

 

Anda seorang yang suka melancong sama ada di dalam atau luar negara? Sebenarnya dengan hobi anda yang suka melancong, anda boleh buat duit tepi.

Selain dari keseronokan dan pengalaman yang anda dapat, boleh tukar pengalaman anda untuk menjana sedikit duit poket. 

Bagaimana caranya? Dalam penulisan kali ini, kami akan beri beberapa idea cara buat duit sampingan untuk anda yang suka melancong.

Blogger atau Mempunyai Website Travel

Wujudkan satu laman web atau blog dan ceritakan pengalaman anda ketika melancong.

Selain daripada cerita pengalaman, anda boleh menulis tentang tempat-tempat menarik atau hotel-hotel yang menarik. Anda boleh buat review yang boleh dijadikan rujukan kepada orang ramai di luar sana.

Tapi nak usahakan laman web ini tidak mudah. Malah ia sukar untuk mereka yang tidak tahu membina laman web walaupun hanya menggunakan wordpress. Nak upah bina laman web mahal pula. Dan banyak perkara teknikal yang anda perlu tahu seperti SEO – Search engine optimization.

Tetapi jika anda berjaya membina laman web yang baik dan penulisan anda sentiasa dicari oleh orang ramai, ia mampu generate income secara pasif melalui iklan di laman web anda.

 

Youtuber

Kalau anda suka mengambil video, atau nak share video anda dengan orang ramai mengenai percutian anda, boleh buka channel youtube. Anda boleh buat Vlog atau anda boleh share tempat-tempat menarik tetapi dalam bentuk video.

Bila dah boleh untuk monetize channel anda, boleh buat duit dengan iklan. Malah, mungkin ada yang akan bayar anda untuk review tempat ke atau barang –barang travel. Salah satu cara untuk buat pendapatan sampingan.

Namun, kalau nak buat video, kena pandai skill editing. Atau anda boleh upah orang, tetapi memerlukan kos.

Dan perlu diingat, buat channel youtube ni senang, nak konsisten itu yang susah. Dan bukan senang video anda akan dapat view yang banyak. Video anda kena berkualiti dan kena dengan apa yang penonton nak tengok. Tak banyak orang tengok, tak banyak income yang anda dapat.

Youtuber

 

Jual Gambar atau Video

Anda seorang yang pandai dan sentiasa mengambil gambar atau video yang cantik ketika melancong? Daripada simpan saja, apa kata anda jual gambar/video tersebut. Dengan penjualan gambar/video yang menarik, anda boleh dapat sedikit duit.

Persoalannya dimana nak jual? Ada banyak platform tetapi yang popular dan orang selalu guna adalah Shutterstock. Mahu menjadi Shutterstock Contributor ini percuma saja. Tiada bayaran dikenakan.

Anda hanya perlu ‘Sign Up’, kemudian hantar kepada mereka beberapa gambar atau video untuk mereka review kerja anda. Jika diterima, anda sudah boleh muat naik seberapa banyak gambar/video yang anda nak.

Tetapi tidak semua gambar yang anda muat naik akan diterima. Gambar anda akan di review terlebih dahulu sebelum di masukkan dalam portfolio anda di Shutterstock.

Jujur cakap, bukan mudah nak ada orang beli gambar/video kita tetapi apa salah untuk mencuba. Mungkin ada rezeki dan anda tidak rugi apa-apa pun. Malah, tidak dikenakan bayaran untuk menjadi contributor. Dan ia mempunyai aplikasi, memudahkan anda untuk muat naik dari telefon (kalau tak silap hanya gambar saja yang boleh di muat naik melalui telefon).

Cuma pastikan gambar atau video adalah original milik anda. Jangan muat naik milik orang lain.

 

Jadi Travel Writer

Anda memang hebat atau ada skill menulis yang baik tetapi tidak pandai membina laman web, anda boleh guna skill anda untuk menulis bagi website orang lain.

Ya betul, ada website yang membeli kandungan atau penulisan untuk diterbitkan dalam laman web mereka. Anda akan dibayar setiap penulisan yang anda tulis untuk mereka. Pembayaran bergantung kepada polisi mereka, ada yang dibayar mengikut perkataan dan ada yang dibayar per artikel.

Bayarannya boleh tahan mahal jika penulisan di publish dari website luar negara. Tetapi anda kena menguasai Bahasa Inggeris pada level yang terbaik.

Kami tidak pasti website dari Malaysia ada ke tidak, tetapi kalau luar negara, banyak website yang membeli kandungan untuk website mereka, contohnya Travel+Leisure. Anda kena pandai mencari sahaja.

Jadi Travel Writer

 

Jadi Ejen Jual Pakej Percutian

Sebenarnya, kalau tiada banyak pengalaman bercuti pun, sesiapa mampu jadi ejen jual pakej percutian. Cuma kalau anda banyak pengalaman dan pengetahuan mengenai sesuatu tempat, lebih mudah untuk menjual atau menjawab segala pertanyaan dari bakal customer.

Terdapat beberapa syarikat atau agensi pelancongan yang membuka peluang kepada orang ramai untuk membuat duit dengan menjual pakej percutian mereka. Komisen juga tinggi (bergantung kepada destinasi) untuk setiap seorang yang berjaya anda deal.

Menjadi ejen tidak perlu modal yang besar. Bergantung kepada agensi, ada yang percuma dan ada juga yang kena bayar yuran untuk menjadi ejen mereka.

Memilih agensi untuk menjadi ejen adalah perkara penting. Kalau boleh pilih agensi yang dikenali ramai dan servis terbaik bagi memudahkan untuk anda menjual. Dan agensi sentiasa membantu jika anda memerlukan bantuan.

Menjadi ejen tak mudah kerana banyak persaingan tetapi kalau anda pandai menjual dan marketing, anda boleh dapat komisen 4-5k sebulan. Nak dapat 4-5k sebulan tu bukan mudah tapi boleh dicapai. Kami juga ejen, jadi kami pernah lihat orang yang berjaya buat angka ini malah ada yang lebih.

 

Affiliate

Anda pasti pernah dengar perkataan affiliate ini. Dalam bahasa mudah, Affiliate adalah anda menerima komisen dengan menjual barang orang.

Kalau anda ada aplikasi tiktok, pasti tahu mengenai affiliate. Sekarang ramai yang menjadi affiliate di tiktok untuk menjana duit. Tetapi affiliate bukan sahaja di tiktok dan bukan sahaja barang fizikal yang boleh anda jual. Banyak platform yang membolehkan anda menjadi affiliate seperti Involve Asia, Shoppe dan banyak lagi.

Kalau untuk melancong, syarikat seperti Agoda, Booking.com, Airasia atau MAS Airlines juga ada membuka peluang menjadi affiliate mereka.

Mahu menjadi affiliate ini percuma sahaja tetapi boleh dikatakan sebahagian besar syarikat mempunyai syarat tertentu seperti anda kena mempunyai laman web yang aktif atau followers yang ramai di media sosial untuk anda diterima dalam program affiliate mereka. Jadi tak mudah.

affiliate

 

Personal Shopper

Kalau anda seorang yang suka shopping ketika bercuti, apa kata ambil peluang dengan menjadi personal shopper. Anda dibayar dengan buat servis beli barang untuk orang lain.

Biasanya, mereka yang buat side income untuk menjadi Personal Shopper ini adalah mereka yang sering pergi ke luar negara.

Menjadi Personal Shopper ini ibarat ‘kill two birds with one stone’. Sambil anda melancong dan shopping, anda boleh buat duit.

Jadi Personal Shopper ini bukan mudah. Tetapi jika anda mampu buat, boleh menjana income beribu. 

 

Kesimpulannya, walaupun hanya untuk mencari side income, ia tidak mudah. Tiada yang mudah dalam mencari duit. Cuma anda kena usaha lebih sikit dan konsisten. Yang penting anda mula dan cuba. Selamat maju jaya!

Kongsi:
Save on your hotel - hotelscombined.com