Kamera Mirrorless Terbaik

8 Kamera Mirrorless Terbaik Untuk Travel

*Di laman ini mungkin mengandungi pautan ‘affiliate’, yang bermaksud bahawa kami akan menerima komisen kecil jika anda mengklik salah satu pautan produk. Tidak dikenakan bayaran lebih jika membeli produk melalui link kami. Terima kasih atas sokongan anda*

Ciri-ciri yang wajib ada untuk mencari kamera mirrorless yang terbaik mestilah kena kecil, tidak besar sangat seperti kamera DSLR(digital single-lens reflex) dan juga ringan bagi mudah dibawa untuk melancong.

Betul tak? Nak bawa barang yang banyak bila travel… Risau takut tercicir, kena curi, dan macam-macam risiko yang boleh berlaku semasa travel. Tambahan pula, boleh jimat ruang beg anda.

Yang paling penting sekali, kamera mirrorless yang banyak features menarik dan mudah untuk digunakan. Barulah gambar scenery yang cantik seakan-akan kamera professional.

Apa-apa pun ada perkara yang perlu di pertimbangkan bila nak beli kamera mirrorless ni. Contohnya kualiti gambar dan harga kamera. Kenapa?

Sebab kualiti gambar berbeza bagi setiap kamera. Selalunya untuk beginner agak sukar nak bezakan kualiti gambar. Dan kita mestilah nak harga yang kena dengan bajet yang kita ada kan! Jadinya kami akan bantu pilih kamera mirrorless terbaik untuk anda gunakan ketika bercuti.

Canon EOS M50 Mark II

‘Mudah Digunakan’

Canon EOS M50 Mark II

Pros:
Mudah Dibawa.
Kecil (muat beg kamera yang sangat kecil).
Kualiti gambar yang bagus.
Sesuai untuk Vlogging.

Cons:
Jangka masa bateri singkat.


Bila sebut tentang kamera mirrorless yang terbaik untuk travel, Canon EOS M50 Mark II antara salah satu kamera yang sangat mudah dibawa dan ada features yang padu seperti Ultra HD untuk rakaman video dan mempunyai 24.1 Megapixels.

Memang di buat untuk rakam video yang cantik. Tetapi kekurangannya dari segi bateri sedikit sebanyak turn off untuk orang yang suka travel jauh dan lama. Jadi kami cadangkan anda beli extra bateri untuk kamera ni. Dan kamera ini tidak support USB charging.

Keseluruhannya kamera ni masih menjadi kegemaran sebab secara menyeluruh, memang puas hati

Canon EOS RP

‘Underrated’

Canon EOS RP

Pros:
Selesa untuk pegang (sebab saiz besar).
Autofocus (AF) sangat bagus.
Kualiti gambar yang bagus.
Sesuai untuk shot landskap dan alam semula jadi.

Cons:
Jangka masa bateri singkat.
Rekabentuk besar (macam DSLR).


Prestasi kamera mirrorless ini mampu saing dengan kamera-kamera yang lebih up-to-date. Apa yang lagi menarik tentang kamera ini adalah prestasinya dalam keadaan “low-light” sebab ia menggunakan sensor CMOS dual-pixel.

Mungkin untuk orang yang tak kisah dengan rekabentuk tak sebaru kamera yang lebih baru dari ini untuk mereka tetapi keseluruhannya masih awesome dan jimat kalau anda nak cari pilihan yang ekonomik.

Nikon Z50

‘Ergonomik’

Nikon Z50

Pros:
Ergonomik (ikut bentuk tangan, best nak guna button di kamera).
Kualiti gambar yang bagus.
Sesuai untuk shot landskap dan alam semula jadi.

Cons:
Jangka masa bateri singkat.
Rekabentuk besar ( macam DSLR).
Skrin Tilt tidak fungsi sepenuhnya (apabila ada tripod).


Nikon berjaya mencipta kamera DX mirrorless pertama dengan Nikon Z50 dengan design yang sangat intuitif dan ergonomik. Memang fun untuk orang yang baru berjinak dengan kamera mirrorless guna.

Hampir serupa dengan Canon EOS RP, dari segi performance untuk shot landskap, dan juga low-light.

Yang paling best tentang kamera Nikon Z50 adalah continuous shooting speed yang sangat laju (11 fps). Bolehlah nak tangkap gambar candid yang menarik bila travel nanti.

Secara keseluruhannya, untuk indoor dan outdoor shooting sangat okay dan video 4K untuk anda vlogging.

Fujifilm X100V

‘Melangkaui Jangkaan’

Fujifilm X100V

Pros:
Slim dan mudah masuk beg kecil.
Material berkualiti.
Sesuai untuk shot landskap dan alam semula jadi.

Cons:
Jangka masa bateri singkat.
Lens tidak boleh tukar.
Agak mahal dari pesaing.


Memang terkenal dengan model-model kamera mirrorless Fujifilm yang terdahulu, sekali lagi Fujifilm X100V membuktikan betapa padu hasil mereka dengan kamera ini.

Secara holistiknya semua features sangat puas hati. Big turn off sebab lens tidak boleh tukar, tapi anda boleh tambah WCL-X100 II wide conversion lens untuk dapatkan 28mm focal length yang lebih lebar dari sebelumnya 23mm sahaja.

Dan ya… Fujifilm agak mahal dari pesaingnya, apa yang best adalah material yang digunakan rasa premium dan kualiti tinggi. Untuk beginner yang suka kualiti, ini untuk anda!

Fujifilm X-T4

‘Kelas Berbeza’

Fujifilm X-T4

Pros:
DUAL slot untuk kad SD.
Material berkualiti.
Sesuai untuk semua jenis shot.
Boleh tukar lens.

Cons:
Pengecas bateri tidak termasuk.
Untuk advanced fotografi.


Kenapa lebih kurang sama dengan Fujifilm X100V? Oh tidak…Model X T-4 dalam kelas yang tersendiri. Iaitu Advanced Mirrorless. Sesuai untuk yang lebih passionate dalam fotografi travel dan yang nak level up hasil gambar travel anda.

Dengan ada dua slot untuk memory card. Tak perlu risau lagi untuk snap beribu kenangan betul tak? Boleh tukar lens pun satu advantage yang sangat-sangat menarik.

Apa yang anda kena tambah dalam kos belanja adalah pengecas bateri sahaja sebab tidak termasuk dalam pembelian. Keseluruhannya, sangat menakjubkan bagi performance kamera mirrorless ini.

Sony Alpha a6400

‘Foto yang Menakjubkan’

Sony Alpha a6400

Pros:
Autofocus (AF) antara yang terbaik dan bagus cari subjek.
Material berkualiti.
Design yang kompak dan simple.
Mudah di bawa.

Cons:
Sistem menu agak susah nak faham (berterabur).
Tiada headphone jack.


Secara universal Sony Alpha a6400 adalah kamera mirrorless serba boleh, untuk travel dan shot landskap pun memang padu. Memang khas untuk tangkap gambar, gunakan je Autofocus kamera ni.

Apa yang kurang menarik sikit sebab menu skrin nya agak messy (bersepah) untuk biasakan diri ambil masa sikit ya.

Secara keseluruhannya, untuk beginner dan intermediate sudah cukup power untuk dapatkan shot yang wow. Kedua, tak ada headphone jack untuk pasang microphone.

Sony a7 III

‘Berat tapi Power’

Pros:
Autofocus (AF) antara yang terbaik dan bagus cari subjek.
Material berkualiti.
DUAL slot untuk kad SD.
Ada headphone jack.
Low-light lebih padu.
Jangka masa bateri yang agak lama.

Cons:
Agak berat untuk kamera travel.


Sony a7 III mempunyai banyak features seperti dual slot untuk kad SD dan best untuk shot indoor. Dan jangka masa bateri yang lebih lama dari Sony a6400.

Nak best lagi kamera ni mampu rekod video unlimited ya sampai bateri habis pun boleh. Cumanya berat kamera mirrorless lebih sikit berbanding yang lain untuk travel jalan jauh… anda fikir-fikirkanlah ya!

Apa-pun secara total memang seronok kamera Sony a7 III ni sebab cukup features yang membolehkan anda dapat capture moment indah.

Ricoh GR IIIx

‘Saiz Poket’

Ricoh GR IIIx

Pros:
Skrin yang cerah.
Design yang kompak dan simple.
Mudah di bawa (pocketable).
Beginner.

Cons:
Jangka masa bateri yang singkat.
External Optical Viewfinder tak termasuk dalam pembelian.
Tidak sesuai untuk Vlogging (tiada 4K).


Sangat kompak dan sangat mudah digunakan… Ricoh GR IIIx adalah permulaan bagi suatu permulaan untuk dunia foto.

Kecil dan mudah di bawa, muat untuk masuk dalam poket seluar anda. Performance bagi kualiti imej juga memuaskan. Tambahan dengan ND(neutral-density) filter yang dah ada dalam kamera mirrorless kompak ini. Untuk video agak mengecewakan sikit sebab tak ada rakaman 4k video.

Apa pun, ini kamera yang bagus untuk mula berjinak ya!

Baiklah guys! Itulah senarai 8 kamera mirrorless terbaik untuk anda bawa ketika travelling dan mengambil gambar serta video yang menarik.

Walau bagaimana pun kuasa memilih itu di tangan anda. Jadinya belilah mengikut bajet anda dan JANGAN overspend tau! 

Ingat Ciri-ciri kamera yang sepatutnya anda tengok adalah kecil, mudah nak bawa dan banyak features yang penting dan menarik.

Selamat bercuti!

Kongsi:
Save on your hotel - hotelscombined.com