Pantai Tercantik Untuk OOTD Di Terengganu

10 Pantai Tercantik Untuk OOTD Di Terengganu

  • Post comments:0 Comments
  • Reading time:11 mins read
  • Post last modified:July 16, 2023
  • Post author:
*Di laman ini mungkin mengandungi pautan ‘affiliate’, yang bermaksud bahawa kami akan menerima komisen kecil jika anda mengklik salah satu pautan produk. Tidak dikenakan bayaran lebih jika membeli produk melalui link kami. Terima kasih atas sokongan anda*

 

Selain terkenal kerana terdapat pulau yang cantik dan menarik seperti Pulau Perhentian, Terengganu pun terkenal dengan pantainya yang cantik.

Malah, Terengganu popular sebagai destinasi percutian kepada yang suka dengan keindahan pantai. Tidak dinafikan pantai di negeri ini sememangnya cantik, indah dan mempersonakan.

Oleh kerana kecantikan pantainya, sesuai untuk anda yang ingin bergambar. Jom lihat 10 pantai tercantik untuk OOTD Di Terengganu.

Pantai Penarik

Pantai Penarik​

Pantai Penarik yang terletak di Setiu ini memang cukup popular dikalangan pelancong. Selalu menjadi tempat persinggahan atau R&R oleh mereka yang mahu ke Kelantan.

Di samping itu, Pantai penarik terkenal dengan makanan celup tepung.

Pasirnya yang putih dan halus serta menawarkan pemandangan laut biru yang mempersonakan. Kerana kawasan pantai yang cantik, sudah pasti anda tidak mahu melepaskan peluang untuk bergambar disini.

 

Pantai Jambu Bongkok

Pantai Jambu Bongkok

Kredit Foto: Beautiful Terengganu

Sama seperti Pantai Mangkuk, kawasan Pantai Jambu Bongkok pun dipenuhi pokok-pokok kelapa yang menyerikan tempat ini. Mengambil gambar dengan berlatang belakang pokok kelapa dan laut, pasti menghasilkan gambar yang cantik.

Selain sebagai port OOTD, disediakan pondok dan buaian untuk pengunjung berehat serta melihat keindahan air laut yang biru sambil melayan perasaan.

Malah, terkenal sebagai salah satu lokasi penggambaran tv/drama/filem di Terengganu. Kawasan pantai ini digemari oleh para jurufoto dari luar Terengganu.

Sesiapa yang mahu mencari ketenangan, disini tempatnya!

 

Pantai Mangkuk

Berada tidak jauh dengan Pantai Penarik, Pantai Mangkuk merupakan salah satu tempat yang cantik untuk dikunjungi. 

Pemandangan pokok kelapa yang menyerlahkan keindahan alam semulajadi disini menjadikan tempat ini menarik untuk dijadikan port untuk bergambar.

Suasana yang damai serta pemandangan yang mengasyikkan, tidak hairanlah tempat ini sering dikunjungi pelancong.

 

Pantai Bukit Keluang

Pantai Bukit Keluang

Pantai yang best ini berada di Besut berdekatan dengan negeri Kelantan. Jadi orang Kelantan boleh datang untuk melihat sendiri pantai ini.

Pantai Bukit Keluang tidaklah seluas berbanding pantai lain tapi tetap ada keunikannya tersendiri. Terdapat gua yang kecil ditepi pantai dan salah satu destinasi yang boleh korang mandi di pantai.

Walaupun kawasan pantai cantik untuk berOOTD tetapi nak dapat pemandangan yang lebih menarik, anda boleh mendaki ke puncak Bukit Keluang. Di atas dapat melihat pemandangan Laut China Selatan dan kawasan sekitar yang pasti buat anda kagum.

 

Pantai Pandak

Pantai Pandak

Pantai Pandak atau dikenali Pantai Chendering adalah salah satu pantai yang bukan sahaja anda boleh mandi tetapi spot yang cantik untuk orang yang mahu ber OOTD.

Aktiviti berkelah juga terkenal dalam kalangan penduduk tempatan. Jadi memang sesuai untuk bawa anak-anak berkelah dan bermandi-manda.

Dan ada juga pengunjung yang datang semata-mata hanya untuk mengambil gambar di kawasan pantai. Terdapat kawasan batu di pantai ini yang memang sesuai untuk bergambar atau nk bersantai. Tapi perlu berhati-hati ketika berjalan berada di atas batu ini.

Kebiasannya Pantai Pandak akan dipenuhi dengan pengunjung terutama hari cuti sekolah.

 

Pantai Peranginan Kelulut

Pantai Kelulut

Kredit Foto: Beautiful Terengganu

Terletak di Marang, Pantai Peranginan Kelulut jua menawarkan keindahan semulajadinya seperti pemandangannya yang cantik dan dapat menghirup udara yang segar.

Anda boleh duduk di tepi pantai sambil layan air laut yang biru dan melihat Pulau Kapas yang boleh dilihat dari pantai.

Disini terdapat banyak restoran untuk para pengunjung. Pantai Peranginan Kelulut memang terkenal tempat makan dan lepak yang best.

Pengunjung yang datang mesti tertarik dengan keindahan dan ketenangan pantai ini.

 

Pantai Pulau Kekabu

Pantai Pulau Kekabu

Kredit Foto: Pro QueeNia (Wikimedia Commons)

Terletak di daerah Marang, pantai ini berdekatan iaitu hanya beberapa minit sahaja dari jeti Marang untuk ke Pulau Kapas. Pantainya yang cantik dan luas sesuai untuk percutian bersama keluarga.

Kawasan yang sesuai kepada yang mahu berkelah. Pelbagai kemudahan disediakan disini untuk para pengunjung.

Terdapat kawasan pantainya yang landai, membolehkan untuk anda bermandi-manda. Bolehlah anda membawa anak-anak untuk mandi jika bukan musim monsun/tengkujuh.

 

Pantai Kemasik

Pantai Kemasik

Kecantikkan Pantai Kemasik memang tidak dapat dinafikan lagi. Pantai ini pasti membuat anda kagum dengan kecantikan pemandangannya.

Kawasan pantai memang cantik untuk mengambil gambar, malah kepada peminat fotogarfi Pantai Kemasik pasti menarik minat anda untuk mengambil gambar.

Kawasan berbatu serta berlatang belakang air laut yang biru, memang “perfect spot’ untuk mengambil gambar yang lawa. Cuma anda perlu berhati-hati jika anda mahu mengambil gambar di kawasan yang berbatu.

Selain itu anda dapat lihat sampan para nelayan tersusun cantik di sekitar tepi pantai.

Kawasan yang cantik dan nyaman menjadikan tarikan pelancongan yang utama di Daerah Kemaman.

 

Pantai Penunjuk Kijal

Pantai Penunjuk Kijal

Hampir sama seperti di Pantai Kemasik, Pantai Penunjuk Kijal pun memiliki susunan batu-batunya yang unik. 

Terletak di Kijal, pantai yang pasirnya putih dan ada batu-batu semulajadi di sekitarnya yang sering menjadi tarikan para pengunjung.

Selain kawasan pokok kelapa, kawasan berbatu juga sesuai untuk mengambil gambar yang cantik. Jika anda ke Kijal, anda pasti tidak mahu melepaskan mengambil gambar di Pantai Penunjuk.

Malah, menjadi tumpuan peminat fotografi untuk mengabadikan keindahannya.

 

Pantai Batu Buruk

Pantai Batu Buruk

Pantai Batu Buruk merupakan salah satu pantai yang terkenal di negeri Terengganu. Pantai ini berdekatan dengan bandar Kuala Terengganu, dan yang paling best ialah pantai ini berada berdekatan dengan beberapa tempat menarik yang ada di sekitar Kuala Terengganu.

Dek kerana pantai ini popular, ketika waktu hujung minggu pasti dipenuhi bukan sahaja dengan penduduk tempatan tapi pelancong atau pengunjung yang bercuti ke Terengganu.

Keindahan pemandangannya dan suasananya yang sentiasa berangin kuat dari Laut China Selatan telah menarik ramai pengunjung ke pantai ini.

Tambahan pula, Pantai Batu Buruk memang terkenal sebagai tempat lepak sambil makan makanan Terengganu yang sedap seperti keropok lekor. Terdapat gerai-gerai yang menjual pelbagai makanan untuk para pengunjung.

Peringatan untuk anda, pantai ini bahaya untuk bermandi manda. Ianya sesuai untuk lepak layan pemandangan dan berjalan di tepi pantai sambil berOOTD.

 

Kesimpulan

Inilah 10 pantai tercantik untuk OOTD Di Terengganu. Pantai-pantai ini memang cantik dan sesuai untuk yang gemar mengambil gambar atau OOTD. Kecantikan dan keindahan pantai di negeri ini pasti akan membuat anda rasa kagum.

Cuma diingatkan, ketika musim monsun/tengkujuh, anda mungkin tidak dapat melihat air laut biru yang cantik.

Jangan lupa untuk memuat naik gambar di media sosial dan kongsikan dengan rakan anda tempat yang anda pergi.

Sebenarnya banyak pantai yang cantik di Terengganu. Jika terdapat pantai yang cantik tapi tidak kami sebut di atas, dipersilakan komen di ruang komen untuk kongsikan bersama pembaca yang lain. Semoga bermanfaat dan selamat bercuti!

Kongsi:
Save on your hotel - hotelscombined.com

Leave a Reply