Pantai Yang Menarik Di Penang

10 Pantai Yang Menarik Di Penang!

  • Post comments:0 Comments
  • Reading time:11 mins read
  • Post last modified:March 18, 2024
  • Post author:
*Di laman ini mungkin mengandungi pautan ‘affiliate’, yang bermaksud bahawa kami akan menerima komisen kecil jika anda mengklik salah satu pautan produk. Tidak dikenakan bayaran lebih jika membeli produk melalui link kami. Terima kasih atas sokongan anda*

 

Sama seperti di negeri lain, Pulau Pinang juga tidak terkecuali mempunyai pantai yang cantik dan best untuk diterokai.

Keindahan pantainya telah menarik ramai pengunjung untuk singgah mencari ketenangan dan yang mahu lari sejenak dari kesibukan kota.

Jika anda mencari pantai yang menarik di Penang, kami senaraikan 10 pantai yang boleh dimasukkan dalam senarai untuk percutian anda yang seterusnya.

Pantai Batu Ferringhi

Merupakan pantai paling popular di Penang, ia diingati dengan pasirnya yang putih, dan lautnya yang tenang.

Pantai ini mempunyai banyak daya tarikan yang sesuai untuk percutian keluarga terutamanya. Dari pagi hingga ke tengah malam, pasti tidak bosan dengan aktiviti yang ditawarkan di depan mata.

Di sebelah pagi, kita boleh menikmati hidangan yang lazat seperti laksa Penang, char kuew teaw, seafood, ikan bakar dan sebagainya di restoran, kafe, atau warung.

Di sebelah petang pula, aktiviti sukan air seperti bermain jet ski, parasailing, banana boat, big donut, long boat, menunggang kuda, bermain layang-layang, menaiki ATV, dan mandi manda menanti anda.

Dengan ombak yang tenang, cuaca yang baik, deretan pokok-pokok yang rendang, dan airnya yang bersih, dijamin anda boleh menikmati bayu laut Selat Melaka ini dengan begitu asyiknya.

Waktu malam, bolehlah berjalan-jalan sambil mencuci mata di pasar malam Batu Feringgi sehingga jam 12 malam untuk mencari cenderahati dan pelbagai barang lain dari puluhan gerai jualan yang ada disini.

Tetapi sayang, kawasan pesisir Pantai Batu Ferringhi semakin hilang seri akibat hakisan yang berlaku.

Pantai Batu Ferringhi

 

Pantai Tanjung Asam

Terletak di daerah barat daya berhampiran Gertak Sangul, Pantai Tanjung Asam adalah keindahan alam yang belum tercemar dengan pantai putih dan lekukan tanjong yang sesuai menjadi tapak perkelahan.

Air lautnya yang cukup jernih dan bersih bagus untuk aktiviti mandi manda dan port tumpuan kaki pancing yang ingin melepaskan gian untuk memancing ikan.

Anda sedang bersantai sambil membaca novel, lalu dihiasi dengan pemandangan laut yang terbantang luas, dan bot-bot kecil yang sedang berlabuh memberikan ketenangan yang luar biasa khususnya jika kita datang bercuti untuk menghilangkan tekanan hidup di bandar. Pasti puas hati.

 

Pantai Kerachut

Pantai Keracut digelar sebagai syurga alam semula jadi di Penang. Ini kerana lokasi yang cukup strategik di antara Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, Taman Negara, dan Tasik Meromiktik (tasik dua lapis air masin dan air tawar yang tidak bercampur). Bukan itu sahaja, malah ia juga jauh dari kesibukan bandar dan terkenal dengan air yang bersih dan jernih.

Mengapa ia digelar syurga alam semula jadi kerana kunjungan anda di sini bukan hanya disambut dengan air pantai sahaja tetapi juga dengan hutan simpan, tasik, dan pelbagai hidupan flora dan fauna yang dijaga.

Pantai ini sesuai untuk sesiapa yang mencari ketenangan kerana kawasannya yang agak terpencil. Anda boleh bersantai duduk di tepi pantai sambil melihat keindahahan laut yang terbentang luas dan keindahan flora fauna yang kehijauan.

Pantai Keracut

 

Pantai Teluk Bayu

Satu lagi pantai yang menarik untuk dikunjungi. Mungkin orang luar kurang tahu mengenai pantai ini, mungkin ianya tidak sehebat pantai-pantai lain disekitar Pulau Pinang. Tetapi pemandangaan disini tetap memukau.

Kawasannya agak tersorok, bahkan untuk kesini anda akan melalui kawasan kampung. Jalannya memang agak sempit kerana lumrah kawasan kampung tetapi yakinlah pasti anda tidak akan menyesal selepas sampai ke pantai ini. 

Luasnya pantai sehingga membolehkan mana-mana pengunjung untuk menjadikan ia sebagai tapak perkelahan dan perkhemahan yang sangat menarik kerana kawasan ini redup dan memang selesa dengan segala kemudahan. 

Selain itu, ramai pengunjung yang datang kesini untuk bermandi manda. Sangat sesuai untuk percutian bersama keluarga. 

Jika lapar, anda boleh sahaja cuba menikmati pelbagai juadah yang dijual di sekitar kawasan pantai. 

 

Pantai Tanjung Bungah

Pantai Tanjung Bungah seindah namanya. Menjejakkan kaki sahaja di pasirrnya, sungguh inilah pemandangan yang menakjubkan. Tidak dinafikan bahawa ia memang layak tersenarai di antara pantai tercantik di Malaysia.

Terdapat bangunan tinggi hotel dan Masjid Terapung Tanjung Bungah yang menjadi sebuah mercu tanda utama di kawasan tersebut.

Hanya terletak 30 minit sahaja dari Bandar George Town, ia menjadi tarikan ramai orang yang suka menyinggah untuk berehat dalam perjalanan pulang atau pergi ke bandar.

Penat bersiar-siar melihat matahari terbenam di waktu senja, anda boleh mencuba pula makanan Melayu dan pelbagai jenis makanan laut yang berpatutan dan segar di kawasan berdekatan pantai.

Pantai Tanjung Bungah

 

Pantai Monyet

Mengapa di panggil Pantai Monyet? Gelaran itu diberikan kerana terdapat beberapa monyet berlegar-legar di kawasan pantai. Jangan terkejut apabila tiba sahaja bot anda di daratan pantai nanti, selain panorama yang indah akan menyambut anda, ada juga sekumpulan monyet yang datang untuk “beramah mesra.”

Jika anda ke Pantai Kerachut, jangan lupa untuk singgah juga ke Pantai Monyet kerana ia hanya memakan masa tidak sampai 15 minit perjalanan dengan menaiki bot.

Pesona dari Pantai Monyet akan membuatkan ingatan sering tergiang-giang dengan panoramanya yang indah itu apabila pulang nanti.

Kerana ia juga berdekatan dengan Taman Negera Penang, apa lagi yang boleh disangkal dengan persekitarannya yang bersih, tidak ramai orang, ombak yang kurang mengganas, dikelilingi oleh bukit dan tumbuhan hijau yang memukau.

 

Pantai Teluk Bahang

Geografi Pantai Teluk Bahang berada di pesisir barat laut Penang, atau lebih tepat di wilayah pemukiman nelayan. Gigi pantainya pendek, batu-batu besar menghiasi kiri dan kanan pesisir pantai, dan dasarnya yang pasir menjadikan ia sebagai destinasi kunjungan tumpuan pelancong.

Jika di Jepun, kita boleh singgah ke Shingu, Fukuka kerana ada sebuah kepulauan yang menjadi syurga kucing. Di Penang juga kita boleh melakukan perkara yang sama. Tidak perlu terbang beribu batu semata-mata untuk membelai “Si Tompok” dan “Si Comel” di tepi pantai, kerana di Pantai Teluk Bahang kita boleh melakukannya.

Ianya menjadi lokasi wajib untuk tempat perlindungan kucing terbesar di pantai yang secara tidak langsung menyebabkan pandai ini juga pernah digelar sebagai “Pantai Kucing.”

Kucing-kucing di sini memang jinak dan bagi pencinta kucing tentunya agak payah untuk meninggalkan destinasi ini untuk pulang.

Pantai Teluk Bahang

Kredit Foto: Mohd Fazlin Mohd Effendy Ooi (Flickr)

 

Pantai Pasir Panjang

Merupakan salah satu hidden gem di Pulau Pinang. Pantai ini bersebelahan dengan Kem Wawasan Negara Balik Pulau.

Pantai ini agak tersorok dan anda akan melalui jalan naik turun bukit. Selain itu, pantai ini tidak seluas pantai lain tetapi keindahannya menjadikan ia salah satu pantai yang berbaloi untuk pergi.

Anda tidak digalakkan untuk berenang disini kerana pantainya jenis curam dan ombaknya boleh tahan kuat.

Pantai ini juga menjadi tempat untuk kaki pancing. Kepada yang suka tengok sunset, anda boleh bersantai di tepi pantai sambil melihat keindahan matahari terbenam.

 

Pantai Malindo

Mungin ramai tidak tahu mengenai Pantai Malindo atau memang tidak pernah sampai lagi. Lokasinya yang berada di Balik Pulau, pantai ini agak pendalaman sedikit untuk anda pergi.

Kawasan pantai yang memberi pemandangan yang indah dan cantik menjadikan ia amat sesuai untuk anda yang mahu berfotografi.

Malah, ianya tempat yang menarik untuk dilawati kepada yang mahu menikmati view keindahan laut terbentang luas depan mata. Yang lebih menarik boleh layan pemandangan sunset yang cantik.

Pantai Malindo

Kredit Foto: Sgk Veronica

 

Pantai Teluk Kampi

Sama seperti Pantai Keracut, lokasi Pantai Teluk Kampi juga berada di Taman Negara Pulau Pinang.

Pantai Teluk Kampi umpama hidden gems, pantai terpencil tidak ramai orang yang pergi ke sini. Salah satu sebab ialah pantai ini jauh ke dalam di kawasan Taman Negara.

Ada dua cara untuk ke Pantai Teluk Kampi, sama ada anda jungle trekking atau anda boleh sewa bot. Lebih menarik, pantai ini merupakan port yang sesuai dan menarik untuk anda melakukan aktiviti perkhemahan.

Nak lagi best kepada kaki pancing, anda boleh bawak set memancing. Bila berkhemah boleh memancing sambil melihat keindahan laut yang terbentang luas di depan mata.

 

Sama ada anda hanya mahu bersiar-siar, berkelah, atau anda mahu OOTD disekitar kawasan pantai di pulau mutiara ini, anda boleh pergi ke pantai-pantai yang disenaraikan diatas. Selamat Bercuti!

Kongsi:
Save on your hotel - hotelscombined.com