Ladang Teh Boh Sungai Palas

Ladang Teh Boh Sungai Palas – Wajib Melawat Ketika di Cameron Highland

*Di laman ini mungkin mengandungi pautan ‘affiliate’, yang bermaksud bahawa kami akan menerima komisen kecil jika anda mengklik salah satu pautan produk. Tidak dikenakan bayaran lebih jika membeli produk melalui link kami. Terima kasih atas sokongan anda*

 

Jika kita bercakap mengenai Cameron Highlands, ia merupakan salah satu tempat tumpuan untuk orang bercuti.

Oleh kerana tempatnya yang berada di tanah tinggi, menjadikan tempat percutian yang menarik serta mempunyai cuaca yang sejuk dan udara yang nyaman.

Ketika musim cuti atau hujung minggu, kawasan ini akan sesak dengan para pengunjung yang bercuti di sini.

Banyak tempat menarik yang anda boleh pergi di Cameron Highlands tetapi salah satu tempat tarikan yang wajib anda pergi adalah Ladang Teh Boh Sungai Palas.

Jadi apakah yang menarik di sini?

Tarikan di Ladang Teh Boh Sungai Palas:

Kafe

Apabila anda sampai disini bangunan pertama anda akan jumpa adalah kafe.

Anda boleh menikmati makanan sambil melihat keindahan pemandangan ladang teh.

Makanan yang dijual bukan la makanan berat. Ia lebih kepada makanan minum petang seperti:

  • kek
  • roti 
  • kuih

Bagi minuman pula pastinya berasaskan teh tetapi terdapat juga minuman yang lain.

Servis di kafe ini adalah berkonsepkan layan diri.

Sebagai peringatan, di sini selalu ramai pengunjung, jadi kemungkinan barisan untuk membeli makanan panjang dan meja akan penuh.

Jadi anda kena bersabar jika anda memang mahu makan di kafe ini.

Dan perlu beringat makanan di kafe ni bukanlah murah tapi apa salahnya merasa makanannya apabila sudah sampai disini. Bukan selalu pergi bercuti ke Cameron Highlands.

 

Tempat Mengambil Gambar Berlatar Belakang Ladang Teh dan Bukit yang Cantik

Di sini pun disediakan anjung tinjau pemandangan. Dimana anda boleh mengambil gambar disini berlatar belakang ladang teh dan bukit.

Dari anjung ini akan dapat melihat pemandangan 180 darjah ladang teh sambil menghirup udara yang nyaman.

Tempat nya sangat sesuai untuk anda yang kaki mengambil gambar untuk di muat naik ke dalam sosial media.

Kawasan anjung ini kebiasaanya ramai orang untuk mengambil gambar.

Jadi anda kena bersabar untuk memilih ‘spot’ yang sesuai untuk mendapatkan gambar yang cantik.

Tidak lupa untuk mengambil gambar masa anda berjalan sekitar ladang teh.

 

Melawat Kilang Membuat Teh

Menjadikan pengalaman anda lebih menarik, anda boleh ke kilang melihat bagaimana proses membuat teh dari daunnya hingga ke hasil yang telah siap.

Anda boleh melihat mesin-mesin yang digunakan untuk membuat teh.

Menjadikan pengalaman baru kepada orang tidak pernah melihat bagaimana cara membuat teh.

Kalau tidak bernasib baik, mungkin ketika anda melawat tiada proses membuat teh.

Ladang Teh Sungai Palas


Bacaan Lain:

22 Tempat Menarik Di Cameron Highland – Tarikan Yang Best Untuk Dilawati


Galeri dan Pusat Pameran Teh Boh

Terdapat pameran di mana anda dipaparkan dengan sejarah Ladang Teh Boh di Cameron Highlands.

Terdapat juga pameran mesin dan alatan yang digunakan untuk pemprosesan teh di pamerkan disini.

 

Kedai cenderahati untuk anda membeli belah

Di kedai ini anda boleh membeli pelbagai jenis teh keluaran Teh Boh.

Bukan sahaja menjual teh tetapi menjual cenderahati lain seperti baju, mug, magnet dan keychain.

 

Pesanan kepada Pengunjung

1. Jangan bawak laju selepas pekan Brinchang dan sentiasa melihat kiri jalan , takut terlepas jalan masuk ke ladang teh tersebut. 

2. Peringatan, jalan sempit. Pastikan pemandu seorang yang cekap memandu. Jadi berhati-hati ketika memandu dan jangan bawa laju. Sentiasa bunyikan hon di selekoh tajam.

3. Datang awal pagi saat tempat ini dibuka, anda akan dapat merasa cuaca yang sejuk dan nyaman waktu pagi.

4. Jika anda mahu melihat pemprosesan teh, datang awal pagi kerana biasanya proses tamat 11 pagi (masa mungkin boleh berubah)

5. Makanan agak mahal, jadi jika anda tidak mahu keluar banyak duit boleh makan di tempat lain dulu sebelum sampai ke sini.

6. Dibuka dari 8.30 am – 4.30 pm. Setiap hari kecuali hari isnin dan kecuali cuti umum dan sekolah yang terpilih (rujukan laman web Teh Boh)

 

Kesimpulan

Jika anda ke Cameron, wajib la anda singgah. Anda akan terpesona dengan pemandangannya.

Andai kata anda takut untuk ke Ladang Teh Sg. Palas disebabkan jalan yang sempit, anda boleh pergi ke LADANG TEH BHARAT, TANAH RATA.

Ladang Teh ini berada di tepi jalan utama jadi lebih mudah untuk pergi ke sini. Jangan risau pemandangan Ladang Teh Bharat juga ‘awesome’.

Terdapat banyak lagi tempat menarik yang anda kena pergi ketika berada di Cameron Highlands. Selamat Bercuti!

 

 

 

Kongsi:
Save on your hotel - hotelscombined.com