Muzium Yang Menarik Di Sekitar Kuala Lumpur

6 Muzium Yang Menarik Di Sekitar Kuala Lumpur

  • Post comments:0 Comments
  • Reading time:10 mins read
  • Post last modified:March 23, 2024
  • Post author:
*Di laman ini mungkin mengandungi pautan ‘affiliate’, yang bermaksud bahawa kami akan menerima komisen kecil jika anda mengklik salah satu pautan produk. Tidak dikenakan bayaran lebih jika membeli produk melalui link kami. Terima kasih atas sokongan anda*

 

Oleh kerana banyak muzium yang menarik di sekitar Kuala Lumpur, menjadikan ia salah satu aktiviti yang seronok untuk dilakukan. Selain ianya merupakan aktiviti yang santai, banyak info yang boleh anda perolehi mengenai sejarah yang berlaku di negara Malaysia.

Jadi, mari kita lihat beberapa muzium yang boleh anda lawati Kuala Lumpur yang akan memberi pengalaman yang menyeronokkan.

Muzium Negara

Muzium Negara

Kredit Foto: Slleong (Wikimedia Commons)

Sebenarnya banyak muzium menarik yang boleh dilawati di sekitar Kuala Lumpur. Antaranya ialah Muzium Negara dimana bangunan tersebut dibina di atas bekas tapak Muzium Selangor.

Bukan sahaja mempamerkan artifak tetapi juga banyak sejarah di sebaliknya mengenai Malaysia dari zaman sebelum penjajahan British dan Jepun lagi. Jikalau anda seorang yang meminati sejarah ataupun barang antik, ini ialah tempat sesuai untuk anda menghabiskan masa lapang.

Mempunyai empat bahagian utama yang dipisahkan mengikut galeri seperti galeri Sejarah Awal, Kerajaan-Kerajaan Melayu, Era Kolonial dan juga Malaysia Kini. Ia mempunyai daya tarikan yang berbeza kerana disini terdapat artifak yang paling berharga iaitu rangka lengkap manusia tertua yang pernah ditemui di Malaysia yang berusia sekitar 10,000 tahun.

Tidak kurang dengan itu, terdapat juga sejarah-sejarah dahulu yang dipamerkan seperti sejarah Zaman Batu, Zaman Gangsa, sejarah berkaitan Kesultanan Islam Melaka dan banyak lagi.

Laman Web | Facebook

 

Muzium Tekstil

Muzium Tekstil

Kredit Foto: Shesmax (Wikimedia Commons)

Bangunan antik dan unik dimana ianya merupakan pejabat Keretapi Negeri-Negeri melayu Bersekutu dan digunakan oleh beberapa Jabatan/Institusi lain pada masa dahulu, kini telah diubah suai menjadi sebuah Muzium Tekstil. Muzium ini bertempat di Jalan Sultan Hishamuddin, Kuala Lumpur.

Pameran di Muzium Tekstil banyak menumpukan kepada koleksi tekstil, pelbagai jenis aksesori dan pakaian yang digunakan pada zaman dahulu sehingga kini dan anda dapat melihat berbagai hasil tangan kesenian yang cantik belaka.

Sebagai seorang yang suka akan kesenian, disini merupakan tempat yang sesuai untuk dilawati. Muzium Tekstil ini dibahagi kepada empat galeri iaitu Galeri Pelangi, Galeri Teluk Berantai, Galeri Ratnasari dan Galeri Pohon Budi. Pameran di setiap galeri tersebut mempunyai daya tarikan yang tersendiri.

Laman Web | Facebook

 

Muzium Polis Diraja Malaysia

Muzium Polis Diraja Malaysia

Kredit Foto: Chongkian (Wikimedia Commons)

Muzium Polis Diraja Malaysia pasti menjadi tempat wajib dilawai bagi sesiapa yang beminat ingin mengetahui lebih mendalam dengan sejarah polis. 

Terdapat lebih kurang 3,000 senjata dan artifak yang dipamerkan berkaitan polis dan sejarahnya pada zaman dahulu. Tidak dinafikan tarikan utama muzium ini ialah galeri senjata.

Di samping dapat melihat pameran seperti pistol, kereta kebal, meriam, kenderaan pemadam api beroda, dan pelbagai jenis senapang, disitu jugan anda dapat melihat dan mengambil info berkaitan sejarah polis dari zaman dahulu sehingga kini.

Kemasukan ke muzium ini ialah percuma dan dibuka setiap hari kecuali hari isnin. Anda boleh mula datang melawat seawal jam 10 pagi. Tempat yang best untuk melihat pelbagai pameran yang disediakan dan mempelajari tetang kepolisan dan sejarahnya.

Facebook

 

Muzium Kesenian Islam Malaysia

Muzium Kesenian Islam Malaysia

Kredit Foto: Chongkian (Wikimedia Commons)

Mari kita lihat sebuah muzium yang telah menerima pelbagai penganugerahan yang membanggakan iaitu Muzium Kesenian Islam Malaysia. Antara anugerah yang diterima ialah Platinum Award-Tourist Attraction (Culture, Arts and Heritage) category yang dianugerahkan oleh Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Award.

Dengan pelbagai pengiktirafan yang diterima, anda dapat melihat muzium ini sangatlah menarik untuk dilawati disamping ianya merupakan Muzium Kesenian Islam yang terbesar di Asia Tenggara. Terdapat lebih kurang 7,000 artifak yang dipamerkan dari seluruh dunia.

Seperti muzium lain, muzium ini juga mempunyai pembahagian setiap galeri mengikut jenis artifak. Disitu anda akan dapat melihat pameran-pameran seperti koleksi Al-Quran dan manuskrip, pelbagai jenis galeri seperti Galeri India, Galeri China dan juga Galeri Dunia Melayu Purba dan banyak lagi.

Tidak kurang dengan itu, terdapat juga artifak seperti senjata, seramik, barangan tekstil dan juga peralatan kaca yang berunsurkan Islam.

Tidak dinafikan muzium ini sangat besar dan mempunyai daya tarikan yang tersendiri dengan kesenian Islam. 

Laman Web | Facebook


Bacaan Lain:

13 Tempat Menarik Di KL Dan Selangor Untuk Aktiviti Hujung Minggu


Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia

Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia

Kredit Foto: Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia

Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia yang berkonsepkan perbankan dan kewangan serta kesenian yang mempamerkan pelbagai koleksi seni Bank Negara. Untuk pengetahuan anda, muzium ini terletak di Jalan Dato Onn, Kuala Lumpur.

Muzium ini terbahagi kepada enam galeri pameran iaitu, Galeri Seni, Galeri Numismatik, Galeri Kewangan dan Perbankan Islam, Galeri Bank Negara Malaysia, Galeri Ekonomi dan Galeri Kanak-Kanak.

Muzium dan Galeri Seni ini ialah satu idea yang bernas untuk memberi peluang kepada masyarakat dalam mengetahui dan meneroka berkaitan hal-hal perbankan dan melihat bahan pameran disitu.

Banyak yang menarik untuk dilakukan disini seperti berjalan di sebuah terowong dimana dindingnya dihiasi duit sebenar sebanyak Rm 1 juta, pengalaman print duit dan bermacam lagi. Tempat OOTD pun banyak kepada yang suka bergambar.

Laman Web | Facebook

 

Muzium Diraja

Muzium Diraja

Kredit Foto: Muzium Diraja

Siapa sangka yang dulunya ialah tempat bersemayam Yang di Pertuan Agong, kini telah diubah menjadi sebuah Muzium Diraja. Muzium ini mula dibuka kepada orang ramai sejak dari 1 Februari 2013 dan ianya terletak di Jalan Istana, Istana Negara, Kuala Lumpur yang dibuka setiap hari kecuali Isnin pertama setiap bulan bermula dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Muzium Diraja ini sangatlah luas kawasannya dan juga penuh dengan kemewahan. Apabila anda masuk kedalam Muzium ini, anda dapat melihat terdapat 22 ruang di dalamnya seperti ruang bilik bacaan, ruang menonton, bilik beradu Diraja, Ruang makan yang pelbagai dan banyak lagi yang lain.

Jadi apalagi datanglah sendiri kesini untuk melihat sendiri bagaimana keadaan dalam Muzium Diraja ini. Tetapi, jika anda melihat di laman sosial facebook mereka, ada info yang tempat ini akan ditutup sehingga penghujung tahun 2024 bagi memberi laluan untuk kerja pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan Muzium Diraja.

Facebook

 

Pastikan sebelum pergi ke muzium yang di atas untuk masuk ke laman web atau media sosial mereka dahulu untuk sebarang maklumat atau pertanyaan.

Selamat Bercuti!

Kongsi:
Save on your hotel - hotelscombined.com