Tidak dinafikan jika pergi ke Langkawi, banyak tempat menarik yang pasti kita akan pergi seperti kereta kabel di Gunung Mat Chinchang dan Pantai Cenang. Tetapi tahukah anda terdapat satu tarikan di Langkawi yang semakin popular iaitu Pulau Paradise 101.
Bukan sahaja tempat yang best untuk anda yang mahu lepak tetapi pelbagai aktiviti disediakan. Jika anda ke Langkawi boleh luangkan sedikit masa anda untuk kesini.
Mengenai Pulau Paradise 101
Kepada yang belum tahu, Pulau ini ialah pulau persendirian buatan manusia yang berada di Langkawi. Pulau yang kecik tetapi menjadi antara tarikan utama kepada pengunjung.
Kalau ada yang tertanya dari mana pulau ini mendapat namanya, dikatakan Langkawi mempunyai 99 buah pulau ditambah 2 pulau buatan manusia yang dimana pulau buatan ini dikira pulau yang ke 101. Jadi sebab inilah namanya Pulau Paradise 101.
Kredit Foto: Paradise 101
Senarai Aktiviti
Pelbagai aktiviti yang disediakan termasuk pelbagai sukan air. Antara aktivitinya ialah:
- Main jet ski
- Parasailing
- Banana dan sofa boat
- Kayaking
- Bermain di taman air mini Aqua Park
- Snorkeling
- Aktiviti zipline
- Dan yang ramai suka iaitu sunset cruise
Kredit Foto: Paradise 101
Asalkan poket anda tebal, anda boleh melakukan semua aktiviti disini, dimana pelbagai pakej ditawarkan kepada pengunjung. Anda boleh ke laman web mereka untuk maklumat lebih lanjut mengenai pakej-pakej yang ditawarkan.
Tapi jika anda hanya mahu lepak dan santai saja, terdapat kawasan yang cantik untuk ber OOTD dan tempat lepak untuk anda lepak bersama kawan, pasangan atau keluarga. Tambahan ada restoran yang menyediakan pelbagai makanan.
Kredit Foto: Paradise 101
Bacaan Lain:
Hotel Butik Terbaik di Langkawi
Cara Ke Paradise 101
Cara ke Pulau ini adalah melalui jeti Paradise 101. Jeti ini berdekatan dengan penginapan 5 bintang The Danna Langkawi. Anda boleh menggunakan maps atau waze, taip JETTY PARADISE 101 Ia akan membawa anda terus ke jeti tersebut.
Dari jeti akan dibawa ke pulau dimana tidak sampai 5 minit anda akan sampai kerana jaraknya yang dekat sahaja.
Tiket Ke Paradise 101
Boleh beli secara online di bawah:
Beli di Klook |
Waktu Kemasukan Ke Pulau
Ahad-Khamis:
10:00 AM – 6:00PM
Jumaat-Sabtu:
10:00 AM – 10:00 PM
Waktu juga mungkin boleh berubah, jika mahu kepastian anda boleh ke laman web mereka.
Jadi anda ada perancangan mahu ke sini? Atau anda sudah sampai ke pulau ini? Jika ada yang sudah sampai bolehlah kongsikan pengalaman anda di ruang komen. Pengalaman anda boleh dijadikan panduan untuk orang lain yang belum pernah sampai. Boleh luangkan sedikit masa anda dan rasai sendiri pengalaman di pulau ini. Selamat Bercuti!
Tarikan Top Di Langkawi