Tempat Menyeronokkan Untuk Kanak-kanak

17 Tempat Menyeronokkan Untuk Kanak-Kanak Di Sekitar Lembah Klang

  • Post comments:0 Comments
  • Reading time:20 mins read
  • Post last modified:October 12, 2023
  • Post author:
*Di laman ini mungkin mengandungi pautan ‘affiliate’, yang bermaksud bahawa kami akan menerima komisen kecil jika anda mengklik salah satu pautan produk. Tidak dikenakan bayaran lebih jika membeli produk melalui link kami. Terima kasih atas sokongan anda*

 

Lembah Klang ialah sebuah lingkungan kawasan Sungai Klang dan juga cabang sungai tersebut yang meliputi banyak tempat seperti Kuala Lumpur dan bandar-bandar yang ada di sekitarnya.

Seperti sedia maklum, Selangor dan Kuala Lumpur mempunyai banyak tempat yang menarik untuk dilawati, tetapi adakah ianya mesra kanak-kanak? Jadi mari lihat beberapa senarai tempat menarik untuk kanak-kanak di sekitar Lembah Klang yang boleh dilawati pada hujung minggu.

Aquaria KLCC

Aquaria KLCC

Kredit Foto: Mohd Fazlin Mohd Effendy Ooi (Flickr)

Terletak di Concourse Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, ia merupakan aquaria yang terbesar di Asia Tenggara dan sangat popular dengan keistimewaannya itu. Apa yang menarik di Aquaria KLCC ini sehingga ia menjadi sangat popular?

Terdapat banyak spesies hidupan sama ada air tawar mahupun air laut yang berjumlah lebih kurang 5,000 jenis. Kanak-kanak pasti teruja melihat kepelbagaian jenis hidupan yang dipamerkan. Kanak-kanak juga boleh belajar lebih mengenai habitat hidupan dengan cara yang lebih menyeronokkan kerana mereka dapat melihat sendiri di depan mata hidupan tersebut.

Antara aktiviti yang boleh menjadi daya tarikan ialah berjalan di terowong underwater. Terowong itu ialah satu laluan dimana anda dapat melihat pelbagai jenis ikan yang berenang di atas kepala seperti ikan jerung, ikan pari dan bermacam jenis lagi. Melalui Terowong Underwater yang berukuran 90 meter dan mempunyai escalator bergerak ini bukan sahaja kanak-kanak seronok malahan orang dewasa juga berasa teruja.

Rombongan sekolah juga sering membuat lawatan ke tempat ini kerana ia merupakan destinasi yang berbaloi, seperti dapat melihat pertunjukan memberi makan kepada ikan jerung dan hidupan lain.

 

Kidzania

Kidzania

Kredit Foto: Kidzania

Kidzania ialah destinasi yang patut dijadikan pilihan ibu bapa untuk membawa anak berseronok. Ia mempunyai daya tarikan yang lain dari lain dimana disitu anak-anak dapat mengalami suatu pengalaman setiap pekerjaan yang dipilih. Dengan keluasan sehingga 80,000 persegi, anak-anak dapat berseronok sambil belajar di Kidzania Kuala Lumpur.

Di sini, kanak-kanak boleh merasai lebih daripada 100 jenis aktiviti yang boleh dicuba oleh anak-anak anda. Antara pekerjaan yang terdapat di Kidzania ialah cef, juruterbang, doctor gigi, pakar bedah, pereka baju dan banyak lagi. Di sini, mereka boleh belajar dan merasai sendiri pengalaman alam pekerjaan yang sebenar.

Yang lebih menarik, landskap tempat ini dibina dengan elemen seperti sebuah bandar sebenar yang lengkap dengan pelbagai sektor pekerjaan. Konsep Kidzania ialah anak-anak perlu bekerja untuk mendapatkan ‘kidZos’ iaitu mata wang dalam Kidzania supaya dapat dibelanjakan disitu. Jadi, marilah berkunjung ke Kidzania dengan tiket kemasukan yang sangat berbaloi.

 

Zoo Negara

Zoo Negara

Kredit Foto: Zoo Negara

Zoo Negara yang terletak di Jalan Taman Zooview Ampang, Selangor adalah satu tempat yang menarik untuk melancong sekitar Selangor. Dengan keluasan sekitar 110 ekar, di Zoo Negara terdapat kira-kira 5,000 haiwan yang terdiri daripada mamalia, burung, amfibia, reptilia dan juga ikan.

Selain daripada dapat melihat banyak haiwan seperti zirafah,penguin, gajah, haiwan reptilia, kangaroo, burung-burung eksotik dan banyak lagi, anda juga dapat melihat pertunjukan haiwan yang berlangsung di Show Amphitheatre setiap hari. Antara haiwan yang membuat persembahan ialah singa laut, burung, orang utan dan lain-lain.

Terdapat juga aktiviti menaiki tram dimana pengunjung boleh pusing sekitar Zoo Negara bagi sesiapa yang tidak mahu berjalan.

Kalau anda mahu menyambut majlis hari jadi anak anda di Zoo Negara juga boleh, mengikut syarat dan terma yang ditetapkan. Anak-anak pasti terkejut jika dapat kejutan menyambut hari jadi di zoo.

 

Farm in the City

Farm in the City

Kredit Foto: Farm in the City

Sama seperti zoo dimana pengunjung dapat melihat segala jenis haiwan, tetapi disini berlainan sikit kerana pengunjung dapat melakukan aktiviti ‘petting zoo’ dimana anda boleh melihat haiwan disana dengan lebih dekat.

Apa yang menarik ialah anda boleh masuk kedalam kandang haiwan tersebut dan memberi makan kepada haiwan tersebut. Kanak-kanak pasti berasa teruja kerana dapat bermesra dengan haiwan- haiwan yang jinak. Kura-kura gergasi yang berusia lebih kurang 40 tahun juga terdapat disini jika ingin memberi makan kepada haiwan tersebut.

Aktiviti yang paling disukai kanak-kanak ialah Pony Ride dimana mereka dapat menunggang kuda poni. Banyak lagi tarikan lain antaranya ‘Free flight bird aviary’, ‘Longkang Village’, ‘Reptiles cavern’, ‘Moods Lake’, dan bermacam lagi.

Selain melihat binatang, disini juga terdapat ladang sayur-sayuran dan kebun buah-buahan yang pelbagai jenis. Anda boleh melakukan banyak aktiviti dalam Farm in the City.

 

G2G Animal Garden

G2G Animal Garden

Kredit Foto: G2G Animal Garden

Mempunyai konsep yang sama seperti Farm in the city, G2G Animal Garden juga menarik untuk dikunjungi. Bertempat di kawasan Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) yang juga berdekatan dengan Universiti Putra Malaysia.

Dengan harga tiket kemasukan yang berbaloi, anda boleh melihat banyak haiwan disini yang kebanyakannya memang jinak. Antara haiwan yang ada ialah arnab, kuda, lembu, burung unta, pelbagai spesies burung dan banyak lagi. Anak- anak pasti seronok untuk memberi binatang disitu makan sambil bermesra dengannya.

G2G Animal Garden juga mempunyai tarikan lain seperti Cat House, Animal Therapy House, Rabbit Garden, Reptilia House, Fishing Boat, Kampong Pets, Pigeon House, Bird Aviary, Tortoise Garden dan Pony Ride. Anda boleh bergembira sambil belajar bersama anak-anak.

 

KL Tower Mini Zoo

KL Tower Mini Zoo

Kredit Foto: KL Tower Mini Zoo

KL Tower Mini Zoo ialah tempat sesuai dan menarik untuk meluangkan masa bersama anak-anak di hujung minggu. Tower Mini Zoo ini terletak bersebelahan Menara Kuala Lumpur. Membawakan konsep ‘Jungle in the City’, KL Tower Mini Zoo mempunyai suasana yang santai dan redup sesuai untuk bawa anak-anak berjalan.

Di sini terdapat lebih kurang 60 spesies haiwan seperti ikan, kura-kura, arnab, burung, dan bermacam lagi haiwan yang jarang kita lihat. Anda boleh memegang dan memberi makan kepada beberapa haiwan yang jinak disitu sambil mengambil gambar dengannya.

Malah, disediakan informasi yang bermanfaat tentang setiap haiwan-haiwan disini. Jadi, sambil anak-anak melihat haiwan, mereka boleh belajar sesuatu info baru mengenai haiwan tersebut.

Nama pun mini zoo, jangan pula anak-anak anda berharap nak tengok gajah, singa atau zirafah. Itu kena pergi Zoo Negara.

 

Taman Burung Kuala Lumpur

Taman Burung Kuala Lumpur

Kredit Foto: KL Bird Park

Dalam banyak tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur, Taman Burung Kuala Lumpur pasti termasuk dalam senarai. Taman burung ini sangat besar kerana mempunyai keluasan yang mampu menempatkan lebih 2000 ekor burung yang terdiri daripada pelbagai spesies tidak kira dari dalam atau luar negara. Dengan ciri tersebut Taman Burung KL telah menjadi taman burung terbesar di Malaysia.

Konsep taman burung ini ialah ia terbahagi kepada 4 zon mengikut kepada jenis-jenis burung. Lebih menyeronokkan kerana burung dibiarkan bebas di kawasan zon masing-masing, jadi anda boleh mengambil gambar dan merakam dengan jarak yang lebih dekat. Hanya burung yang jinak sahaja dibiarkan lepas, jadi keselamatan pengunjung masih terjamin.

Di Taman Burung KL ini, pertunjukan burung ataupun ‘Bird Show’ diadakan sekitar pukul 12.30 tengah hari dan 3.30 petang. Pelbagai jenis pertunjukan dilakukan selain anda boleh memberi makan secara terus dari tangan. Kanak-kanak pasti teruja untuk mencubanya.

 

Taman Rama-Rama Kuala Lumpur

Taman Rama-Rama Kuala Lumpur

Kredit Foto: klbutterflypark

Taman rama-rama Kuala Lumpur yang terletak berdekatan dengan Taman Burung KL ini juga destinasi wajib untuk dilawati. Dengan keistimewaannya dimana ia merupakan taman rama-rama terbesar didunia yang mampu memuatkan sehingga lebih kurang 5,000 rama-rama yang bermacam spesies dan warna yang cantik.

Taman rama-rama KL memang tarikan yang menyeronokkan kerana banyak tumbuhan dan pokok bunga yang ditanam dalam taman tersebut kerana rama-rama mudah tertarik pada bunga. Taman ini juga dilengkapi dengan kolam ikan koi untuk mencantikkan lagi landskap taman ini.

Kemudahan pondok kecil untuk pengunjung duduk juga disediakan misalnya anda penat berjalan dan bergambar kerana keluasan taman ini yang besar. Ibu bapa sangat digalakkan membawa anak-anak kesini supaya mereka dapat melihat rama- rama dengan lebih dekat.

 

Petrosains

Petrosains KLCC

Petrosains ialah satu tempat popular untuk dilawati tidak kira umur. Petrosains ini terletak di Level 4, Petronas Twin Tower Kuala Lumpur dan juga dikenali sebagai ‘The Discovery Center’.

Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan secara ‘hands on’ oleh setiap pengunjung. Para pengunjung boleh menyentuh sendiri semua peralatan ataupun teknologi yang dipamerkan disitu. Aktiviti dan pameran yang disediakan sesuai untuk membantu anak-anak dalam proses pembelajaran dan menarik minat mereka terhadap sains.

Ingin merasai pengalaman ala-ala di zaman purba, di Petrosains terdapat kawasan untuk meneroka ‘Diorama Geomasa’. Kawasan itu mempunyai suasana seperti 200 juta tahun dahulu dimana pelbagai spesies dinasour dipamerkan disitu. Anak-anak pasti teruja melihatnya.

Ibu bapa sangat digalakkan membawa anak kesini untuk meluangkan masa bersama.

 

Pusat Sains Negara

Pusat Sains Negara

Kredit Foto: Pusat Sains Negara

Pusat Sains Negara ataupun PSN mempunyai konsep lebih kurang sama sahaja seperti Petrosains. Lokasinya terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur. 

Pelbagai pameran yang berunsurkan teknologi dan sains dipamerkan disitu dengan harapan mampu menarik minat dan memberi ilmu baru kepada pengunjung. Anda boleh meneroka sendiri dan mencuba aktiviti yang disediakan kerana Pusat Sains Negara mengamalkan konsep ‘self-exploration’.

Tarikan lain yang ada seperti pameran dinasour atau nama lainnya ‘Dinosaur Encounter’ yang mempamerkan binatang purba di suatu ketika dahulu. Selain itu, disitu juga terdapat bahagian dimana anda boleh merasai pengalaman melihat ikan di terowong seperti di Aquaria KLCC.

 

Taman Tema Berjaya Times Square

Taman Tema Berjaya Times Square

Kredit Foto: Berjaya Times Square Theme Park

Taman Tema Berjaya Times Square adalah taman ‘Indoor’ yang terbesar di Malaysia yang dibina dalam pusat beli belah Berjaya Times Square KL. Taman tema yang mempunyai keluasan sehingga 133,000 kaki persegi ini dan dinobatkan sebagai ‘The First Largest Indoor Theme Park in Malaysia’ dalam Malaysia Book of Records.

Antara permainan dan tarikan yang ada ialah spinning orbit, dizzy izzy, cosmo climb, robo crush, virtual reality, cosmic game, arcade game dan banyak lagi yang juga sesuai untuk kanak-kanak. Tetapi tarikan utama taman teman ini ialah supersonic odyssey iaitu satu-satunya roller coaster yang berada dalam pusat beli belah.

Harga tiket bagi kemasukan ialah berpatutan dengan segala kemudahan dan juga permainan yang terdapat dalam taman tema ini.

 

Jump Street Asia (Kuala Lumpur)

Jump Street Asia (Kuala Lumpur)

Kredit Foto: Jump Street Asia (Kuala Lumpur)

Jump street Asia ialah trampolin pertama Malaysia yang merupakan tempat terbaik untuk berseronok sambil menghilangkan tekanan penat bekerja dan bersekolah. Lokasi Jump Street Asia ini terletak di Petaling Jaya dan tidak jauh dari JayaOne Mall.

Diisyhtiharkan sebagai sebuah ‘trampoline park’ yang paling besar di Asia. Disini para pengunjung boleh melompat sepuasnya dengan apa gaya tidak kira umur mahupun jantina. Jump Street ini sesuai untuk orang dewasa dan juga kanak-kanak.

Jump street Asia mempunyai lebih kurang 9 tarikan trampoline disini antaranya ialah bermain trampoline dodgeball di Arena dodgeball yang paling digemari para pengunjung. Terdapat juga Bounce Castle yang lebih sesuai untuk anak kecil bermain.

 

Galactic Laser

Galactic Laser

Kredit Foto: Galactic Laser

Bagi seorang yang suka main kejar-kejar, Galastic Laser ialah pilihan tepat dimana konsep permainan ini ialah berkejar-kejaran tetapi lebih mencabar dimana anda harus membawa senjata laser untuk menembak musuh.

Teknologi laser yang lebih selamat dan tidak sakit seperti paintball pasti sesuai untuk kanak-kanak bermain disitu. Bermain di sini dengan keadaan dalam Galastic Laser yang malap dan ditambah pula dengan muzik yang mendebarkan mampu menambah lagi keseronokan.

Galastic Laser mampu menampung sehingga 33 orang pemain dalam satu sesi. Jadi anda boleh mengajak teman ataupun satu keluarga bermain disitu pada waktu lapang sambil mengeratkan hubungan silaturrahim.

 

Bangi Wonderland

Bangi Wonderland

Terdapat banyak tarikan permainan yang ada di Bangi Wonderland ini lebih kurang 14 jenis permainan. Antaranya ialah Kids Adventure, Magic Funnel, Anaconda Trail, Pirates Spa dan bermacam lagi yang lain. Walaupun banyak permainan boleh dicuba tetapi terdapat beberapa yang perlu memenuhi kriteria berat dan tinggi.

Disini juga banyak kemudahan seperti penyewaan loker, penyewaan pelampung, penyewaan pondok untuk berehat, surau dan juga bilik persalinan. Harga yang dikenakan untuk bermandi-manda disini ialah berbaloi dengan segala kemudahan dan permainan yang disediakan.

Pasti seronok bawak anak anda bermain air disini.

 

Sunway Lagoon

Sunway Lagoon

Kredit Foto: Sunway lagoon

Taman tema air yang terbaik dan paling popular di Malaysia iaitu Sunway Lagoon merupakan destinasi yang harus dilawati. c yang dibina di Subang Jaya dengan keluasan lebih kurang 88 ekar. Sunway Lagoon juga antara satu tarikan terbaik Asia.

Di Sunway Lagoon, taman tema dibahagi kepada beberapa bahagian. Di setiap bahagian tersebut terdapat permainan ataupun tarikannya yang tersendiri. Jadi, boleh bayangkan betapa banyak permainan yang boleh diterokai.

Mungkin tiket agak mahal bagi sesetengah orang tetapi dengan segala kemudahan, permainan dan tarikan yang menyeronokkan, berbaloi sangat untuk pergi. 

 

I-City Theme Park

i-City

Kredit Foto: i-City Shah Alam

Tidak dinafikan Shah Alam terkenal dengan satu tempat yang dipanggil i-City Shah Alam. Meluangkan masa disini bersama keluarga untuk melakukan pelbagai aktiviti setelah penat bekerja ialah pilihan yang tepat.

Pada siang hari, anda boleh mengambil peluang mandi-manda  di taman tema air i-City yang sangat terkenal disitu dengan satu permainan yang dipanggil sebagai Ultimate Tornado. Terdapat juga permainan lain yang sesuai untuk dilakukan oleh orang dewasa dan juga tidak terkecuali kawasana khas untuk kanak-kanak bermain.

Pada malam hari pula, anda boleh berkunjung ke City of Digital Lights yang diterangi dengan lampu LED yang berwarna-warni yang mempunyai pelbagai jenis rupa. Anak-anak pasti gembira jika anda bawa mereka kesini disamping juga dapat bergambar berlatarkan lampu yang cantik.

Disitu juga anda boleh mencuba untuk menaiki beberapa permainan seperti ferris wheel, adventure train, super swing dan lain-lain.

 

Taman Botani Perdana

Taman Botani Perdana

Kredit Foto: Renek78

Taman Botani Perdana ialah tempat strategik untuk lari dari kesibukan dan pencemaran bunyi di bandar. Salah satu taman yang paling menarik di Kuala Lumpur.

Pengunjung akan terpesona dengan keadaan yang nyaman dan landskap yang kehijauan dengan percuma sahaja.

Perdana Botanical Garden ini tempat sesuai untuk beriadah bersama keluarga di masa lapang. Pengunjung boleh berjogging, bermain basikal, dan bersukan. Kemudahan tempat duduk juga banyak disediakan jika anda penat berjalan di sekitar kawasan taman.

Pada waktu petang, anda juga boleh berkelah sambil menikmati pemandangan sekeliling yang penuh dengan tumbuh-tumbuhan yang kehijauan. Jika anda suka bergambar, terdapat banyak kawasan yang cantik ditambah pula dengan hiasan bunga dan tasik.

Selain bawak anak anda bersiar-siar, disini ada kawasan permainan kanak-kanak.

 

Kebanyakkan tarikan menarik diatas memerlukan anda membayar tiket untuk masuk. Digalakkkan untuk membeli tiket secara online dari laman web rasmi mereka, melalui laman web seperti Klook atau beli dari agent di Shopee.

 

Kongsi:
Save on your hotel - hotelscombined.com

Leave a Reply