Muzium Menarik Di Penang

9 Muzium Menarik Di Penang

*Di laman ini mungkin mengandungi pautan ‘affiliate’, yang bermaksud bahawa kami akan menerima komisen kecil jika anda mengklik salah satu pautan produk. Tidak dikenakan bayaran lebih jika membeli produk melalui link kami. Terima kasih atas sokongan anda*

 

Pulau Pinang merupakan salah satu pulau yang amat padat di Malaysia. Bukan padat disebabkan penduduknya sendiri, bahkan disebabkan pelancongnya juga.

Pulau Pinang sentiasa menjadi pilihan ramai untuk destinasi melancong mereka. Baik rakyat Malaysia sendiri atau pelancong luar, Pulau Pinang sangat popular disebabkan makanan yang sedap, mempunyai pantai yang menarik, pelbagai aktiviti laut, suasana bandar yang unik serta pelbagai tempat menarik yang boleh dilawati. Selain itu, Pulau Pinang juga terkenal disebabkan jambatannya itu merupakan jambatan terpanjang di Malaysia.

Penulisan kali ini, kami ingin berkongsi tentang sembilan muzium menarik di Penang yang seronok untuk dilawati.

Upside Down Museum

Upside Down Museum

Kredit Foto: Upside Down Museum

Seperti yang dikatakan, dunia ini sudah terbalik. Dan di muzium ini juga semuanya terbalik. Hanya kita pelancong yang tidak terbalik. Disini dilengkapi dengan segala perabut dan peralatan dirumah tetapi semuanya terbalik (berada diatas kepala kita). Termasuk juga kaunter pembayarannya yang terbalik dan ia menonjolkan konsep yang sangat unik.

Jika anda seorang ‘instagrammer’ atau yang suka bergambar, anda boleh cuba melawat muzium ini. Gambar yang ditangkap sangat unik kerana perabot yang disediakan dalam rumah ini akan berada di atas kepala anda. Jika anda hebat dengan ‘angle’ mengambil gambar, semestinya gambar anda akan menjadi lebih unik dan luar biasa.

Untuk melawat, seeloknya anda merancang untuk pergi kesini kerana tempat ini sangat padat pada hari perayaan dan cuti.

 

Ghost Museum

Ghost Museum

Kredit Foto: Ghost Museum

Muzium ini sangat bersesuian untuk peminat-peminat aktiviti paranormal dan yang suka menonton cerita hantu. Ia terletak di Lebuh Melayu, Georgetown dan merupakan muzium bertemakan hantu pertama di Malaysia.

Untuk pengetahuan, tempat ini bukan rumah hantu. Seperti namanya, ia adalah pameran yang memperlihatkan pelbagai jenis hantu serta diterangkan tentang asal-usul atau informasi yang menarik mengenai mereka. Mempunyai lebih dari 30 koleksi patung hantu. Tetapi anda tidak perlu risau, kerana patung-patung ini tidak bergerak dan mengacau anda.

Dalam muzium ini juga terdapat pelbagai jenis hantu yang dipamerkan seperti; Hantu Melayu, Hantu Cina, Hantu Mesir, Hantu Jepun, Hantu Zombie dan Hantu Dracula. Setiap jenis hantu ini mempuyai kawasan mereka sendiri dan ia akan mengambil masa kira-kira 30 minit – 1 jam untuk melawat keseluruhan tempat ini.

Pastikan untuk bergambar sepuasnya dengan dengan hantu-hantu yang ada di sini.

 

Dark Mansion – 3D Glow In The Dark Museum

Dark Mansion - 3D Glow In The Dark Museum

Kredit Foto: Dark Mansion – 3D Glow In The Dark Museum

Muzium ini teretak di Jalan Kimberly Street, Georgetown dan ia terletak di bangunan berstruktur rumah kedai. 

Konsepnya pula sangat unik dan menarik. Ketika berada didalam, anda akan terkejut dan terpesona melihat lukisan lukisan mural yang dibuat dinding muzium ini. Lukisan-lukisan ini menjadi ‘glow in the dark’ dan nampak seakan-akan sama dengan realiti.

Antara tema-tema yang disediakan di muzium ini adalah, tema tropical flora dan fauna, tema infinity galaxy, tema fire & water, Fairytale Land dan yang terakhir sekali tema Sunflower Garden. Sebelum mengunjung ke sini, pastikan kamera dibawa sekali!

 

Wonder Food Museum

Wonder Food Museum

Kredit Foto: Wonder Food Museum

Wonder Food Muzium ini merupakan salah satu muzium yang diminati ramai ketika bercuti ke Penang. Lokasinya berdekatan sahaja dengan jeti Pulau Pinang. Pengunjung boleh sahaja ‘waze’ nama muzium ini untuk dapatkan lokasi. 

Ia mempamerkan replika-replika makanan tradisi orang Melayu, Cina, India dan juga beberapa makanan lain dalam bentuk yang sangat besar. Replika nasi lemak, teh tarik, mee udang, dan banyak lagi replika makanan yang anda boleh lihat disini. Replika ini juga direka seakan akan sama dengan hidangan yang betul sehinggakan kita terliur dan menggugat selera kita. 

Selain itu, anda juga boleh mempelajari sedikit ilmu mengenai makanan, contohnya; bilangan gula boleh diambil mengikut usia, khasiat sesuatu makanan dan sebagainya. Muzium yang unik dan cukup kreatif, pastikan tidak terlepas peluang untuk mengambil gambar yang cantik dan menarik.

Tempat yang menarik untuk dikunjungi dan sesuai untuk segenap usia.

 

Asia Camera Museum

Asia Camera Museum

Kredit Foto: Asia Camera Museum

Asia Camera Muzium ini merupakan salah satu muzium yang terletak berhampiran Jalan Burma, Pulau Pinang. Bangunan muzium ini merupakan satu rumah berstruktur kolonial dan tempat ini berada di tingkat dua rumah tersebut.

Seperti yang tertera di nama muzium ini, ia mempunyai banyak koleksi kamera-kamera yang digunakan pada zaman dahulu. Selain itu, setiap sejarah kamera juga diceritakan oleh pekerja yang bertugas di situ.

Malah, fungsi dan cara kegunaan kamera klasik juga diterangkan. Bukan kamera sahaja yang dipamerkan, terdapat juga beberapa koleksi jenis-jenis projektor dan juga kepingan-kepingan gambar dan negatif yang telah digunakan pada zaman nenek moyang kita.

Jika anda mempunyai minat dalam dunia fotografi, boleh jadikan tempat ini untuk anda belajar akan sejarah fotografi. Untuk yang tidak berminat juga boleh kunjung ke muzium ini untuk mengenali sejarah kamera.

 

Rumah Kelahiran P.Ramlee House Museum

P.Ramlee House Museum

Kredi Foto: Penang Global Tourism

Generasi baru mungkin ada yang tidak  pernah dengar nama ini atau tidak kenal siapa dia ini. Beliau merupakan seniman negara yang teruggul pada suatu masa dahulu. Tetapi nama dan filem beliau masih diminati ramai rakyat kita sehingga hari ini.

Anda pernah terfikir beliau ini berasal dari mana? Dan dimana beliau pernah tinggal dahulu? Jika anda punyai soalan begini, anda boleh melawat rumah beliau yang terletak di Taman Kampar Georgetown. Anda boleh melawat galeri yang disediakan, dimana semua barangan, gambar, filem-filem serta penglibatan lain beliau di dalam industri seni tanahair negara dipamerkan untuk tatapan umum. 

Bukan itu sahaja, segala pencapaian beliau yang telah mengharumkan nama negara dan bangsa di pentas dunia juga turut dipamerkan agar generasi-generasi baharu dapat mengenali beliau secara mendalam.


Bacaan Lain:

Muzium Menarik Di Melaka


Penang 3D Trick Art Museum

Penang 3D Trick Art Museum

Kredit Foto: Penang 3D Trick Art Museum

Antara kesemua muzium diatas, Muzium Penang 3D Trick Art ini yang paling popular dan disukai ramai.

Muzium ini dipenuhi dengan lukisan-lukisan 3D atau lukisan mural yang timbul dan seolah-olah realiti yang punyai 3 dimensi. Didalam terdapat 40 jenis lukisan 3 dimensi yang dibahagikan kepada dua jenis tema, ‘all about penang’ dan ‘modern-classic’ dimana budaya dan sejarah penduduk Pulau Pinang dahulu dan sekarang dipamerkan dalam bentuk lukisan.

Pelawat dapat tengok keunikan lukisan-lukisan 3D sambil memahami budaya dan sejarah Pulau Pinang. Muzium ini agak besar dari muzium-muzium yang lain, ia merupakan bangunan dua tingkat dan pastikan anda melawat kedua-duanya. Sila pastikan anda membawa kamera anda, pelbagai gambar-gambar unik boleh ditangkap disini. 

 

Penang War Museum

Penang War Museum

Kredit Foto: Penang War Museum

Penang War Museum atau dalam Bahasa Melayu ‘Muzium Perang Pulau Pinang’ merupakan sebuah muzium yang menarik untuk anda kunjungi. Lokasi muzium ini berada di Batu Maung dan terletak di atas bukit yang berkeluasan 20 ekar.

Pada asalnya muzium ini merupakan kubu pertahanan yang dibina oleh British pada tahun 1930an. Kalau anda suka kepada sejarah, tempat ini pastu buat anda teruja. Walupun anda tidak suka kepada sejarah, muzium masih akan memberi keseronokan kepada anda.

Ketika berada disini, anda boleh meneroka terowong dan melihat pelbagai pameran menarik seperti meriam yang digunakan pada zaman penjajahan dahulu.

Jadi, jangan lupa untuk singgah tempat bersejarah ini jika anda berada di Penang.

 

TeddyVille Museum

TeddyVille Museum

Kredit Foto: TeddyVille Museum

Muzium yang memang lain dari yang lain kerana ia sebuah muzium yang berkonsepkan atau pameran utamanya adalah TEDDY BEAR atau PATUNG BERUANG.

TeddyVille Museum merupakan muzium Teddy Bear pertama di Malaysia dengan memaparkan beratus koleksi patung beruang pelbagai saiz yang dihias dengan kreatif dan menarik. 

Walaupun tempat ini seperti tempat untuk kanak-kanak tetapi orang dewasa juga tidak mahu terlepas untuk mengunjungi dan merasai sendiri kunikan disini.

Kepada yang suka teddy bear, tempat ini wajib anda pergi! Jika anda bercuti ke Batu Ferringhi jangan lupa untuk singgah.

 

Jika anda bercuti ke Penang, tempat-tempat ini boleh dimasukkan dalam list tempat untuk anda kunjungi. Menambah keseronokkan dalam percutian anda. Tambahan, tiket masuk untuk beberapa tarikan ini boleh beli online atau beli di Klook.

Selamat Bercuti!

Kongsi:
Save on your hotel - hotelscombined.com