Pulau Langkawi, tempat peranginan yang sangat popular untuk semua peringkat umur. Asal cakap pasal Langkawi, pasti orang sudah terpikir tentang lagenda yang sering diceritakan dan keghairahan membeli-belah disana dek kerana keistimewaannya yang bebas cukai itu.
Tetapi pasti ramai tidak tahu, Langkawi juga terdapat tempat menarik bagi penggemar aktiviti-aktiviti lasak yang dijamin tidak akan mengecewakan.
Mari kita lihat tiga tempat best di Langkawi untuk peminat aktiviti lasak.
Morac Adventure Park
Kredit Foto: Morac Adventure Park
Morac Adventure Park sangat sesuai untuk penggemar aktiviti go-kart. Kalau anda sudah biasa dengan aktiviti go-kart, anda pasti dapat merasa perbezaannya disini kerana go-kart di Morac Adventure Park ini bukanlah standard biasa seperti tempat lain kerana litar disitu ialah bertaraf antarabangsa.
Oleh dek kerana standardnya yang tinggi, jadi sudah semestinya pengalaman bermain go-kart disitu sangat menyeronokkan. Dengan jarak litar yang boleh dikatakan jauh berbanding litar go-kart ditempat lain iaitu sekitar 1.5km dan lebih mengasyikkan dimana terdapat 12 selekoh yang boleh menambahkan debaran dan keseronokan bermain go-kart disitu.
Selain dari itu, harga bayaran disini ialah mengikut sesi dan harga bermula dari RM75. Harga ini ialah sangat berbaloi kerana kemudahan serta model go-kart yang terbaik disediakan kepada pengunjung.
Secara keseluruhan, Morac Adventure Park ini merupakan satu destinasi wajib bagi penggemar aktiviti go-kart kerana pengalaman yang dirasai sudah pasti tidak dapat dirasakan di tempat lain.
Langkawi Adventure & Extreme Park
Kredit Foto: Langkawi Adventure & Extreme Park
Satu lagi tempat yang best untuk membuat aktiviti lasak iaitu di Langkawi Adventure & Extreme Park.
Aktiviti yang paling menarik perhatian ialah menaiki skybike dimana pengunjung dapat merasai pengalaman gayat menaiki basikal tidak cecah tanah. Tidak dinafikan aktiviti basikal terbang ialah yang paling digemari kerana tidak banyak tempat mempunyai aktiviti sebegitu. Tidak perlu pergi jauh-jauh ke Indonesia untuk merasai pengalaman menaiki skybike kerana Langkawi juga ada.
Adventure and Extreme Park ini terletak di Kampung Kilim, Langkawi yang menawarkan banyak lagi aktiviti lasak lain seperti ATV ride, go-kart, flying fox, paint ball, jungle horse riding dan banyak lagi aktiviti yang sesuai untuk dicuba tidak kira mengenal usia mahupun jantina. Melihat daripada aktiviti-aktiviti yang ditawarkan, aktiviti ‘family day’ sangatlah sesuai dilakukan disini bersama rakan sekerja untuk merapatkan lagi ikatan.
Apa yang anda perlu tahu jika hendak kesini ialah ianya dibuka pada setiap hari bermula dari pukul 10 pagi sehingga 6 petang. Bayaran yang berbaloi dengan aktiviti yang sudah pasti tidak akan mengecewakan.
Secara keseluruhannya, jika anda ingin bercuti ke Langkawi, apa kata singgah ke Langkawi Adventure & Extreme Park ini untuk merasai semua aktiviti yang menarik itu kerana dijamin anda akan berpuas hati dengan pengalaman meluangkan masa disitu.
Bacaan Lain Yang Menarik:
22 Tempat Menarik Di Langkawi Untuk Percutian Yang Menyeronokkan
Skytrex Adventure Langkawi
Kredit Foto: Skytrex Adventure Langkawi
Skytrex Adventure Langkawi mempunyai beberapa cawangan iaitu di Melaka (Ayer Keroh), Selangor (Sungai Congkak), dan di Langkawi.
Terletak di Langkawi Perdana Quay dan menawarkan pelbagai aktiviti lasak yang pasti mencabar dan menguji tahap ketahanan pengunjung dengan halangan yang disediakan.
Pengunjung disini ditawarkan beberapa pakej yang boleh dipilih. Anda seeloknya memilih pakej yang disediakan mengikut daya tahan diri masing-masing kerana aktiviti disini memang mencabar belaka semuanya.
Tarikan utama skytrex semestinya ialah aktiviti flying fox dimana anda boleh terbang persis burung sekaligus menikmati keindahan alam hutan hujan tropika tersebut. Skytrex Langkawi menjanjikan kepelbagaian aktiviti bermula dengan berjalan, memanjat,berpaut dan banyak lagi yang pasti menguji tahap kekuatan fizikal dan mental pengunjung.
Tidak kurang dengan itu, tahap keselamatan disini juga adalah terbaik kerana instruktor akan memberikan penerangan mengenai polisi keselamatan untuk memberi langkah berjaga-jaga sebelum memulakan aktiviti.
Siapa sangka tempat peranginan popular seperti Langkawi mempunyai tarikan aktiviti lasak. Jadi marilah datang ke Skytrex Adventure Langkawi ini bersama keluarga mahupun kawan untuk meluangkan masa cuti bersama sambil menghirup udara segar.