Tempat di Malaysia yang Mempunyai Vibes seperti Berada di Jepun

8 Tempat di Malaysia yang Mempunyai Vibes Seperti Berada di Jepun

  • Post comments:0 Comments
  • Reading time:13 mins read
  • Post last modified:March 23, 2024
  • Post author:
*Di laman ini mungkin mengandungi pautan ‘affiliate’, yang bermaksud bahawa kami akan menerima komisen kecil jika anda mengklik salah satu pautan produk. Tidak dikenakan bayaran lebih jika membeli produk melalui link kami. Terima kasih atas sokongan anda*

 

Salah satu destinasi di Asia yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia adalah Jepun. Kerana keindahan, keunikan budaya, dan banyak tempat best sama ada di bandar atau luar bandar yang menjadikan negara matahari terbit ini satu negara yang mesti anda lawati.

Lebih menarik Jepun salah satu negara di mana rakyat atau pemegang passport Malaysia tidak perlu memohon visa. Jadi memudahkan orang Malaysia nak melancong kesana dan tidak ada kos yang perlu dikeluarkan untuk memohon visa.

Tetapi perlu diingat, melancong ke negara ini bukan la murah terutamanya selepas covid. Jadi bagi anda yang sangat merindui Jepun atau tidak bersedia untuk bercuti ke sana, kami senaraikan 8 tempat di Malaysia yang mempunyai vibes seperti berada di Jepun. 

Japan Friendship Garden, Selangor

Japan Friendship Garden atau juga dikenali sebagai Taman Persahabatan Jepun-Malaysia dibina untuk menyambut ulang tahun sejarah persahabatan diplomasi antara dua buah negara iaitu Malaysia dan Jepun.

Tanah seluas 2.4 hektar dengan ciri-ciri luar biasa dari budaya dan infrastuktur Jepun ini sememangnya membawa permandangan dan pengalaman yang sangat menakjubkan apabila dilawati.

Bukan berjalan-jalan di taman biasa, anda akan disajikan dengan lebih dari sembilan spot menarik yang boleh anda nikmati dari Japan Friendship Garden ini secara percuma.

Antaranya adalah seperti Laman Zen, Kolam Maze, Gerbang Torii, Tsukubai (Stone Basin), dan Laman Refleksologi.

Kesemuanya ini melambangkan elemen Jepun dengan tarikan seni bina untuk menarik pelancong dari Jepun dan luar negara berkunjung ke sini.

 

Taman Jepun, Ipoh

Taman Jepun

Kredit: Ipoh City Council

Ipoh, selain dikenali dengan kopi putihnya yang memukau, ia juga adalah sebuah bandaraya yang mempunyai taman rekreasi yang sangat mirip dengan taman Jepun di Fukuoka.

Setibanya anda menjejakkan kaki di sini, anda akan disambut dengan sebuah pintu gerbang yang sangat besar dengan reka bentuk seolah-oleh di negara matahari terbit itu yang diukir dengan nama Fukuoka.

Taman yang digelar sebagai Taman Mini Jepun ini menjadi lokasi wajib bagi para instagrammble yang gemar akan suasana damai dan dihiasai pemandangan indah di dalamnya.

Susunan pohon bambu, pokok willo, pokok pain, ‘rock lantern’ dan ‘rock water pitcher’ di sepanjang laluan pejalan kaki, yang menghiasi sekeliling taman pastinya menarik minat siapa sahaja yang berkunjung ke sini malah memberikan perasaan yang menenangkan pandangan mata seolah berada di negara Jepun.

 

Japanese Village, Bukit Tinggi

Japanese Village

Kredit: Klook

Japanese Village atau Perkampungan Jepun ialah satu siri tarikan bertemakan Jepun. Destinasi ini berlandskapkan taman di puncak bukit di Berjaya Hills, Bukit Tinggi.

Anda memerlukan masa lebih kurang lima minit perjalanan dengan kereta atau perjalanan ulang-alik dari Colmar Tropicale Resort untuk ke sini.

Geografi Japanese Village dikelilingi oleh hutan hujan yang subur. Kampung ini juga merupakan tempat yang popular untuk memerhati burung, dengan pemandangan lembah dari titik strategik di sepanjang denai kerikil.

Di sini, pengunjung boleh meneroka kolam batu, kolam koi, taman bunga dan rumah teh Jepun, yang mengadakan upacara minum teh tradisional beberapa kali setiap hari.

 

Hidden Hill, Kundasang

Hidden Hill

Kredit: Hidden Hill

Merata tempat anda menginap di homestay di Malaysia. Namun tentunya Hidden Hill Homestay di Kundasang ini antara penginapan yang harus anda masukkan dalam list.

Jika Desa Dairy Farm diberi jolokan nama New Zeland di Malaysia, di Hidden Hill, sebuah penginapan yang terletak di Kundasang pula memberikan anda kelainan dengan keindahan seperti sedang bercuti di Jepun. Homestay ini viral kerana hiasan luaran dan dalaman ada sedikit berkonsepkan seperti di Jepun.

Di sini, ia memperlihatkan antara koleksi tarikan Jepun yang disusun indah di sekitar kawasan homestay bagi menghidupkan semula suasana seperti anda berada di Jepun. Malah, anda boleh menyewa pakaian tradisional Jepun.

Persekitaran dan pemandangan Gunung Kinabalu yang dapat dilihat dari homestay ini juga sesuai untuk sesi bergambar.

 

Urban Retreat Onsen Spa, Kuala Lumpur

Urban Retreat Onsen Spa

Kredit: Urban Retreat Onsen Spa

Spa kesihatan dan onsen atau dikenali sebagai kolam air panas sangat sinonim dalam masyarakat Jepun. Orang Jepun rata-rata sangat sukakan ofuro (kolam mandi).

Bahkan budaya mandi kolam air panas di Jepun adalah salah satu budaya normal bagi rakyat di matahari terbit itu di mana ia dapat merapatkan hubungan tali keluarga di samping berehat setelah penat bekerja.

Jika anda tidak berkesempatan untuk ke Jepun, jangan risau Urban Retreat Onsen Spa yang berlokasi di tengah-tengah kotaraya Kuala Lumpur ini mampu merealisasikan impian anda.

Menariknya tentang Onsen Spa ini berbanding spa yang lain adalah ia memberikan anda pengalaman berendam dalam tab kayu yang diimport dari Jepun. Banyak manfaat yang boleh anda dapatkan dari mandian ini seperti melegakan tekanan, meningkatkan peredaran darah dan menyahtoksin, dan sebagainya.

Untuk anda yang mencari lokasi untuk merehatkan diri di hujung minggu, di sinilah destinasi yang sesuai untuk dikunjungi.


Bacaan Lain:

Penginapan Menarik di Malaysia Yang Kelihatan Seperti di Luar Negara


Jonetz By Don Don Donki,  Lot 10

JONETZ by DON DON DONKI - Lot 10

Kredit: JONETZ by DON DON DONKI – Lot 10

Bagi yang pernah melancong ke Jepun sebelum ini, pasaraya Don Don Donki adalah antara destinasi wajib yang perlu dikunjungi bagi setiap orang. Di sini anda boleh membeli pelbagai jenis makanan dab beberapa barang lain.

Tahukah anda, gedung terhebat itu telah membuka cawangannya di Kuala Lumpur tepatnya di Lot 10. Uniknya Don Don Donki di Malaysia ini, menampilkan format gedung berbeza dengan menawarkan lebih 5,000 produk buatan Jepun yang dipilih dengan teliti termasuk jenamanya tersendiri iaitu Jonetsu Kakaku yang bermaksud passionate price.

Dari barangan segar untuk keperluan dapur, makanan halal Jepun, produk kecantikkan, semuanya boleh anda dapatkan dengan harga yang diluar jangkaan.

Bawa isteri dan anak-anak anda datang ke sini, pasti rambang mata berjalan di setiap level yang ada. Pastikan membeli makanan yang halal bagi muslim.

 

Kogetsu Restaurant @ The Saujana Hotel, Kuala Lumpur

Kogetsu Restaurant

Kredit: Kogetsu Restaurant

“Kogetsu”, dari namanya sahaja sudah membawa maksud yang unik dan luar biasa. Untuk pengetahuan anda, kogetsu bermaksud pantulan bulan di atas air” direka dalam gaya “ryokan” tradisional Jepun.

Ia di bina di atas tiang, dan menawarkan pemandangan tasik dan taman-taman di sekitarnya cukup menenangkan jiwa.

Kalau sudah namanya restoran tentulah terdapat banyak hidangan yang enak ada disediakan di Kogetsu Restaurant.

Dengan hasil olahan masakan dari Chef Taketoshi Minami, anda akan dapat menikmati dan merasai sendiri pelbagai hidangan Jepun asli dengan hanya menggunakan bahan-bahan bermusim yang paling segar dan disediakan mengikut tradisi mereka.

 

Fujiwara Tofu Shop, Subang Jaya

Fujiwara Tofu Shop

Kredit: Fujiwara Tofu Shop

Jika anda salah seorang peminat siri manga atau anime Initial D, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Fujiwara Tofu Shop yang terletak di Subang Jaya.

Kedai Fujiwara Tofa ini mengetengahkan konsep berasaskan animasi popular Initial D yang telah mencetus minat ‘drifting’ di kalangan peminat kereta sejak dari dulu lagi.

Kedai ini sahaja sudah digayakan dengan bumbung hadapan yang sama seperti kedai yang dilihat dalam siri animasi popular tersebut.

Kalau bernasib baik ketika anda pergi, anda boleh melihat sendiri model kereta Toyota Corolla AE86 yang digayakan ‘sebijik’ seperti yang dipandu oleh karakter utama siri manga tersebut, Takumi Fujiwara!

Terdapat juga ruangan khas yang ada memaparkan koleksi model-model diecast kereta-kereta yang dilumba di dalam siri popular tersebut.

 

Mana yang masih belum ada bajet untuk pertama kali atau repeat ke Jepun tapi mahu merasai vibes seperti berada disana, boleh pergi ke tempat-tempat ini. Selamat bercuti!

Kongsi:
Save on your hotel - hotelscombined.com

Leave a Reply