Farm In The City Di Seri Kembangan

Farm In The City Di Seri Kembangan Selangor – Aktiviti Santai Bersama Anak-Anak

*Di laman ini mungkin mengandungi pautan ‘affiliate’, yang bermaksud bahawa kami akan menerima komisen kecil jika anda mengklik salah satu pautan produk. Tidak dikenakan bayaran lebih jika membeli produk melalui link kami. Terima kasih atas sokongan anda*

Selain pergi pusat membeli belah, seandainya anda mencari aktiviti yang santai bersama anak anda, kami sarankan bawak mereka ke Farm In The City di Seri Kembangan.

Kepada yang tinggal di Selangor atau sekitar Lembah Klang, tempat ini merupakan salah satu tarikan yang menarik untuk dikunjungi di Selangor.

Farm In The City Di Seri Kembangan

Kepada yang belum mengetahui, tempat ini merupakan sebuah zoo haiwan peliharaan yang sangat menarik.

Zoo ini menggabungkan keseronokkan melihat haiwan liar dengan alam semulajadi. Jadi kalau anda atau anak-anak anda suka dengan haiwan liar dan alam semulajadi, sini boleh menjadi tempat terbaik untuk anda kunjungi.

Tema zoo ini ala-ala kampung. Landskapnya, haiwan yang dibiar berkeliaran dan terdapat kebun sayur dan buah yang akan membuat anda berasa sedikit seperti suasana kampung.

Terdapat lebih daripada 100 spesis haiwan eksotik seperti burung, arnab, kura-kura dan pelbagai tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran yang menjadi tarikan untuk para pengunjung.

Kalau sebelum ini pergi ke zoo pasti melihat haiwan dari jauh atau berada di dalam sangkar, di sini uniknya anda bukan sahaja boleh melihat haiwan dari dekat tetapi boleh menyentuh, bermain dan memberi makan kepada haiwan-haiwan tersebut.

Jika anda penat berjalan, terdapat kafe yang disediakan untuk menghilangkan penat sebelum anda sambung explore tempat ini.

Beri makanan

Sumber Foto: Farm In The City

Harga Tiket

Warganegara Bukan Warganegara
DEWASA: RM 39.00 (12 Tahun ke atas)
DEWASA: RM 58.00 (12 Tahun ke atas)
KANAK-KANAK: RM 32.00 (11 Tahun ke bawah)
KANAK-KANAK: RM 48.00 (11 Tahun ke bawah)
WARGA EMAS: RM 32.00 (60 tahun ke atas)
WARGA EMAS: RM 48.00 (60 tahun ke atas)

*Percuma kepada kanak-kanak di bawah ketinggian 90cm 

Waktu Operasi dan Alamat

Anda boleh dapatkan tiket di Klook atau laman web mereka:

KlookShopee

HARI BIASA10:00am-6:00pm
HUJUNG MINGGU/CUTI SEKOLAH/CUTI UMUM09:30am-6:00pm
Tutup setiap hari selasa, kecuali semasa cuti sekolah atau cuti umum.

ALAMAT

Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor.

Media Sosial

Anda boleh mengikuti mereka di Fb dan IG untuk sebarang perkembangan atau maklumat terkini:

Kami yakin anak-anak anda pasti akan seronok pergi dan meneroka di Farm in the city. Malah, pasti mereka belajar sesuatu selepas melawat kesini.

Tambahan, tempat ini bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak tetapi sesiapa sahaja yang berminat dengan haiwan pasti juga seronok untuk pergi tempat ini.

Rasai sendiri pengalaman disini dan selamat bercuti!

Kongsi:
Save on your hotel - hotelscombined.com