Percutian Menarik Luar Negara Untuk Company Trip

10 Destinasi Percutian Menarik Luar Negara Untuk Company Trip

  • Post comments:0 Comments
  • Reading time:10 mins read
  • Post last modified:February 29, 2024
  • Post author:
*Di laman ini mungkin mengandungi pautan ‘affiliate’, yang bermaksud bahawa kami akan menerima komisen kecil jika anda mengklik salah satu pautan produk. Tidak dikenakan bayaran lebih jika membeli produk melalui link kami. Terima kasih atas sokongan anda*

 

Budaya tempat kerja yang sihat adalah kunci kepada keharmonian dalam pasukan dan pekerja untuk bertahan lama dalam sesebuah syarikat. Salah satu cara terbaik adalah dengan melakukan company trip.

Banyak kebaikan yang boleh diperolehi antaranya pekerja rasa dihargai, lebih bersemangat untuk melaksanakan kerja dengan penuh komited dan hubungan antara pekerja akan semakin erat.

Kalau ada bajet lebih, mari lihat beberapa destinasi percutian menarik luar negara untuk company trip. Mari teruskan membaca.

Medan – Tasik Toba, Indonesia

Medan - Tasik Toba

Medan merupakan destinasi pelancongan popular yang terletak di kawasan Sumatera Utara, Indonesia.

Walaupun bercuti ke Medan akan melawat ke beberapa tempat yang menarik, tapi Danau Toba adalah tempat yang wajib anda kena pergi.

Ianya merupkan tasik terbesar di Indonesia dan dikatakan Tasik Toba terbentuk hasil daripada letusan gunung berapi. Lebih unik, di tengah-tengah tasiknya terdapat pulau iaitu Pulau Samosir. 

Bagi pelancong yang mencari ketenangan dan melihat keindahan alam semula jadi, Medan Lake Toba pasti menjadi destinasi yang sangat ideal. Dengan pemandangan menakjubkan yang ditawarkan, ia merupakan tempat yang wajib dilawati untuk menikmati keindahan alam Sumatera Utara.

 

Batam, Indonesia

Batam

Melancong ke Batam merupakan satu pengalaman yang menarik untuk dicuba. Terletak di Selat Singapura, Batam merupakan sebuah pulau yang mudah diakses dari Malaysia dan Singapura.

Lebih menarik lagi, untuk bercuti ke Batam anda mempunyai pilihan sama ada mahu menaiki kapal terbang atau menaiki feri. Nak pengangkutan yang murah anda boleh ambil feri tetapi anda perlu ke Johor kerana anda akan menaikinya dari sana.

Sama seperti tempat lain, Batam juga tidak ketinggalan menawarkan tempat menarik untuk para pelancong. Kepada yang tidak jauh dari Johor, boleh ambil peluang untuk pergi ke Batam.

 

Bandung, Indonesia

Bandung

Bandung bukan sahaja destinasi popular untuk kaki shopping, tetapi terdapat banyak juga tarikan yang menarik untuk yang suka akan keindahan alam semulajadi. 

Anda akan disajikan dengan pemandangan yang indah, memang tempat ideal untuk kaki bergambar. Ini masanya untuk anda spam banyak gambar di media sosial. Selain itu, anda boleh merasa makanan yang sedap dengan harga yang berpatutan. 

Boleh dikatakan memang tempat ideal untuk ramai orang. Nak shopping, melihat keindahan alam atau nak merasai makanan yang sedap, semua ini anda boleh merasainya di Bandung. Destinasi yang menarik untuk setiap peringkat umur.

 

Bali, Indonesia

Bali

Bali adalah destinasi pelancongan yang sangat popular di Indonesia. Bukan sahaja terkenal dari kalangan rakyat Malaysia, ia juga amat terkenal dengan pelancong dari negara luar Asia. Jadi ketika bercuti ke sana dan melihat ramai mat saleh, itu biasa.

Bali terkenal dengan keindahan pantainya. Selain boleh bersantai di pantai, anda juga boleh main sekali pelbagai aktiviti air yang ditawarkan seperti jetski, seawalking dan banyak lagi.

Tidak lupa juga, pulau di Indonesia ini cukup terkenal dengan adat istiadat dan budaya yang unik. Pertunjukkan Tarian Kecak antara aktiviti anda kena pergi ketika bercuti ke Bali. 

Nama pun kawasan pelancongan yang terkenal, jadi banyak penginapan menarik yang anda boleh pilih. Dari penginapan yang mampu milik hingga ke penginapan yang mewah. Anda boleh pilih mengikut bajet dan selera anda.

 

Ho Chi Minh, Vietnam

Ho Chi Minh

Kalau anda mencari destinasi yang murah ke Vietnam, semestinya pergi ke Ho Chi Minh. Tempat yang tidak asing lagi bagi pelancong Malaysia.

Ho Chi Minh atau dulu dikenali sebagai Saigon adalah kota terbesar di Vietnam. Disini anda boleh melihat beberapa tempat bersejarah dan kesan-kesan lama hasil peninggalan era yang terdahulu.

Dan ia merupakan tempat yang menarik untuk kaki shopping. Selain shopping, banyak juga tempat yang best untuk anda lawati.

Pakejnya yang tidak terlalu mahal amat sesuai dijadikan destinasi untuk rombongan.


Bacaan lain:

Destinasi Percutian Menarik Di Malaysia Untuk Company Trip


Da Lat, Vietnam

Da Lat

Selain Ho Chi Minh, Da Lat salah satu tempat di Vietnam yang menjadi sebutan ramai pelancong Malaysia.

Terletak di selatan Vietnam, keindahan Da Lat menjadikan tempat ini dikenali dengan banyak nama panggilan antaranya City of Eternal Spring, Little Paris, City of a Thousand Flowers and The City of Lovers.

Ia merupakan tempat yang cantik dan nyaman untuk bercuti. Percutian ke Da Lat lebih santai, jadi ianya destinasi yang sesuai untuk semua lapisan umur.

Oleh kerana suasana yang sedikit sejuk dan nyaman, menjadikan ianya destinasi popular untuk pelancong Malaysia. Kalau di Malaysia ada Cameron Highlands, di Vietnam ada Da Lat. 

 

Hanoi, Vietnam

Hanoi

Walaupun Hanoi bandar kedua terbesar di belakang Ho Chi Minh tetapi ianya merupakan ibu negara dan pusat pentadbiran Vietnam.

Ia terkenal dan kaya dengan warisan budaya dan sejarahnya. Anda akan dapat melihat gabungan seni bina timur dan Barat. Old Quarter adalah salah satu tempat pelancongan yang paling popular di Hanoi. Di sini, anda boleh merasai kehidupan seharian penduduk tempatan.

Selain itu, boleh menaiki cruise di Hạ Long Bay dan merasai sendiri keindahan alam tempat ini. Ha long Bay tersenarai sebagai UNESCO World Heritage Site. Lebih menarik Hanoi tersenarai top 25 destinasi popular di dunia menurut Tripadvisor. 

 

Hatyai, Thailand

Hanoi

Kalau ada yang nak buat trip luar negara tapi tak nak pergi jauh, boleh pertimbangkan untuk ke Hatyai, Thailand. Oleh kerana Hatyai berdekatan dengan sempadan, ia merupakan destinasi pelancongan pilihan ramai rakyat Malaysia.

Banyak tempat menarik untuk dilawati dan kepada ‘food lover’, banyak makanan yang sedap untuk anda cuba. Selain itu, terdapat beberapa tempat menarik untuk yang suka membeli-belah seperti ASEAN Night Bazaar. 

Pakej yang murah dan mereka yang mahu mengikuti trip tersebut tidak terasa terlalu terbeban untuk membawa duit poket yang banyak.

 

Krabi, Thailand

Krabi

Krabi terkenal dengan keindahan alam, persisiran pantai yang menakjubkan dan tidak lupa juga banyak pulau yang cantik untuk dilawati. Jadi tidak hairan Krabi antara destinasi pelancongan yang popular di dunia.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan ketika bercuti ke Krabi adalah menjelajah pulau-pulau sekitar dan snorkeling. Selain menikmati keindahan pantai dan pulau, Krabi juga tempat yang best untuk menikmati alam semula jadi.

Masa yang sesuai dan terbaik untuk menikmati keindahan Krabi adalah di antara November dan April. 

Krabi salah satu destinasi ideal dan disukai ramai untuk buat rombongan sama ada untuk company atau family trip.

 

Turki

Turki

Turki, sebuah negara yang terletak di dua benua iaitu Asia dan Eropah merupakan sebuah negara yang cantik dan menarik untuk diterokai.

Memilih percutian ke Turki memang memerlukan kos yang agak tinggi tetapi jika ada bajet lebih, apa salahnya.

Mempunyai tempat yang menakjubkan seperti di Cappadocia dan mempunyai bangunan / monumen sejarahnya yang luar biasa seperti Haghia Sophia, pasti akan membuat anda teruja untuk melancong ke Turki.

Belum cerita mengenai makanan di Turki yang best dan wajib untuk anda cuba. Malah, aktiviti menarik seperti hot air ballon atau bermain ski ketika musim sejuk menanti anda.

Yang lagi seronok adalah rakyat Malaysia tidak memerlukan visa untuk bercuti ke Turki.

 

Tidak kira sama ada membuat company trip di Malaysia atau luar negara, ianya merupakan satu aktiviti yang menarik untuk dilakukan oleh majikan untuk menghargai pekerjanya. Selamat bercuti!

Kongsi:
Save on your hotel - hotelscombined.com

Leave a Reply