Hotel Mewah Yang Menarik Di Kota Kinabalu

6 Hotel Mewah Yang Menarik Di Kota Kinabalu

*Di laman ini mungkin mengandungi pautan ‘affiliate’, yang bermaksud bahawa kami akan menerima komisen kecil jika anda mengklik salah satu pautan produk. Tidak dikenakan bayaran lebih jika membeli produk melalui link kami. Terima kasih atas sokongan anda*

Kota Kinabalu, tempat percutian yang mempunyai pelbagai tarikan dan aktiviti yang menarik untuk  dilakukan dan dapat memberikan pengalaman menyeronokkan ketika bercuti di Sabah. Tempat yang seronok untuk meluangkan masa bersama kawan atau keluarga.

Malah, Kota Kinabalu mempunyai pelbagai penginapan menarik untuk pengunjung, dari hotel yang murah ke hotel 5 bintang. Anda mempunyai banyak pilihan penginapan yang bersesuaian mengikut bajet anda.

Tetapi jika anda memilih untuk bermalam di hotel yang mewah, kami senaraikan beberapa hotel mewah yang menarik di Kota Kinabalu untuk rujukan anda.

Hilton Kota Kinabalu

Hilton Kota Kinabalu

Kredit Foto: Hilton Kota Kinabalu

Hilton Kota Kinabalu menawarkan suite, bilik eksekutif dan bilik deluxe biasa. Setiap bilik ini mempunyai TV skrin sebesar 48 inci dan dihias menarik dengan perabot moden dan kayu semula jadi.

Hotel ini juga mempunyai kolam renang yang luas pada tingkat terakhir (rooftop pool) dimana pengunjung boleh nikmat pemandangan Kota Kinabalu yang menakjubkan.

Kemudahan seperti gym dan Sauna 24 jam juga disediakan kepada semua pengunjung setiap hari. Di peringkat lounge eksekutif pula, tetamu boleh menggunakan bilik mesyuarat jika anda terpaksa berkerja walaupun sedang bercuti, jadi anda boleh gunakan ruangan ini dengan selesa dan juga dapatkan minuman dan snek secara percuma!

Le Meridien Kota Kinabalu

Le Meridien Kota Kinabalu

Kredit Foto: Le Meridien Kota Kinabalu

Le Meridien Kota Kinabalu adalah salah satu hotel tertua di ibu negeri Sabah. Merupakan salah satu bangunan yang dimiliki oleh syarikat SPG Malaysia. Ia berada di tengah-tengah bandar maka ia sangat dekat dengan pasar makanan laut, kraftangan, dan hiburan-hiburan yang lain di Kota Kinabalu.

Hotel ini telah diubah suai pada tahun 2016, dan bilik-bilik disini kelihatan lebih teratur dan ’premium’ dan bukan seperti yang anda jangkakan untuk sebuah hotel di bandar bersaiz sederhana.

Terdapat pelbagai jenis bilik di Le Meridien Kota Kinabalu, tetapi bilik yang paling popular ialah ‘panoramic view’ kerana mempunyai pemandangan laut yang luas dan juga kelihatan Pulau Gaya dari jauh.

Shangri-La Rasa Ria

Shangri-la Rasa Ria

Kredit Foto: Shangri-La Rasa Ria

Ramai mengatakan hotel ini adalah syurga di bumi kerana ia berada di dalam suasana alam semula jadi dan dikelilingi oleh hutan tropika yang subur dan pemandangan laut yang indah.

Resort pantai seluas 400 ekar ini mempunyai 499 bilik dan suite yang elegan, pantai persendirian sepanjang 3km, taman berlandskap yang indah, spa, padang golf, dan kolam renang.

Ditambah dengan pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan, menjadikannya hotel yang ideal untuk penginapan yang tidak dapat dilupakan di Kota Kinabalu.

Anda boleh memilih jenis bilik sama ada mahu pemandangan laut yang indah atau pemandangan landskap yang kehijauan. 

Hotel ini bertemakan alam semula jadi bersama-sama dengan ciri melayu tradisional. Perabot-perabot kayu semula jadi di dalam hotel ini mewujudkan suasana tropika yang damai.

Shangri-la Tanjung Aru

Shangri-la Tanjung Aru

Kredit Foto: Shangri-la Tanjung Aru

Shangri-la Tanjung Aru Resort terletak di Pantai Tanjung Aru, 6.8km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Bilik-bilik disini punyai balkoni pemandangan taman peribadi. Biliknya pula cantik dan selesa, serta bilik mandinya sangat bersih.

Selain itu, pembuat ais kiub juga diletakkan dengan mudah di sepanjang lorong utama. Secara keseluruhan, percutian yang indah dan santai boleh dicapai dihotel ini.

The Magellan Sutera Resort

The Magellan Sutera Resort

Kredit Foto: Sutera Harbour Resort

The Magellan Sutera dianggap salah satu resort terbesar di Kota Kinabalu. Penginapan yang disewakan termasuk katil bersaiz king yang luas dan selesa, TV skrin satelit serta kemudahan membuat kopi dan teh.

Bilik mandi di suite ini mempunyai tab mandi dan kemudahan mewah. Balkoni yang menghadap ke Laut adalah tarikan utama bilik mereka. 

Balkoni menawarkan pemandangan matahari terbenam keemasan yang menakjubkan pada waktu petang. 

Bukan itu sahaja, malah banyak aktiviti percuma untuk tetamu hotel. Tiada caj tambahan untuk aktiviti seperti pengunaan padang golf, boling, badminton, pingpong, tenis dan snuker.

Hyatt Regency Kinabalu

Hyatt Regency Kinabalu

Sumber Foto: Hyatt Regency Kinabalu

Salah satu rangkaian hotel terbaik di Kota Kinabalu ialah Hyatt Regency Kinabalu. Ia adalah hotel yang bagus untuk mereka yang inginkan penginapan yang selesa dengan pemandangan laut yang tenang. Lokasinya lebih kurang 15 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

The Hyatt, yang terletak di Beach Street, hanya beberapa minit berjalan kaki dari Wisma Merdeka dan Suria Sabah, dua tarikan dan pusat membeli-belah terbesar di Kota Kinabalu. 

Hyatt Regency terletak hanya 10 minit berjalan kaki dari jeti tempat bot bertolak ke beberapa pulau di Kota Kinabalu. Ini bagus untuk pencinta pulau, snorkel dan penyelam.

Selesai senaraikan kepada anda hotel 5 bintang yang menarik di Kota Kinabalu. 

Oleh kerana banyak kes berlaku, kami suka ingatkan untuk anda yang biasa tempah hotel melalui 3rd party seperti booking, agoda atau webiste yang lain, pastikan untuk call hotel dan pastikan nama anda ada menempah di hotel tersebut.

Jangan dah sampai hotel, tapi nama tiada. Boleh rosak mood percutian anda. Selamat Bercuti!

Kongsi:
Save on your hotel - hotelscombined.com