Tempat Menarik Di Lahad Datu

8 Tempat Menarik Di Lahad Datu Untuk Anda Kunjungi

  • Post comments:0 Comments
  • Reading time:13 mins read
  • Post last modified:March 23, 2024
  • Post author:
*Di laman ini mungkin mengandungi pautan ‘affiliate’, yang bermaksud bahawa kami akan menerima komisen kecil jika anda mengklik salah satu pautan produk. Tidak dikenakan bayaran lebih jika membeli produk melalui link kami. Terima kasih atas sokongan anda*

 

Lahad Datu merupakan salah satu tempat di Sabah yang menarik untuk bercuti dan menikmati keindahan alam. Walaupun pernah melalui situasi gelap iaitu kejadian pencerobohan bersenjata, namun kini ianya kembali selamat untuk dijelajahi oleh pelancong. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat yang telah menjaga keamanan dan keselamatan negara kita.

Terdapat banyak tempat yang boleh dilawati yang pasti meninggalkan kenangan manis dalam percutian tersebut. Jadi, mari kita lihat beberapa tempat menarik di Lahad Datu.

Menara Kayangan

Menara Kayangan

Kredit Foto: CEphoto, Uwe Aranas

Kalau anda ingin mencari tempat untuk melihat keindahan pulau dan lautan dari tempat tinggi, tidak dinafikan Menara Kayangan ialah destinasi yang tepat. Berketinggian lebih kurang 33 meter yang dibina di atas sebuah gunung iaitu Gunung Silam.

Kepada golongan yang suka mengambil gambar keindahan dan kecantikan alam sekitar memang sesuai untuk kesini kerana tidak dinafikan keindahan panorama yang pasti memukau dan tidak ternilai ketika berada di puncak. Anda hanya perlu mendaki sedikit untuk sampai ke atas dimana trek disitu ialah sesuai untuk semua golongan tidak kira usia. Dijamin tidak akan timbul perasaan menyesal usai tiba diatas menara tersebut.

Selain itu, kerusi untuk anda berehat juga disediakan di atas. Jadi boleh berehat sambil menikmati pemandangan yang sangat menakjubkan itu. Menara Kayangan adalah wajib untuk dimasukkan dalam jadual perjalanan percutian anda di Lahad Datu.

 

Tabin Wildlife Reserve

Tabin Wildlife Reserve

Kredit Foto: Tabin Wildlife Resort

Tabin wildlife ialah salah satu tempat pelacongan yang sesuai bagi penggemar flora dan fauna serta menerokai hidupan liar. Kawasan Tabin wildlife ini mempunyai keluasan yang besar dan telah dijadikan Hutan Simpan Lahad Datu, Sabah.

Kepelbagaian hidupan liar disini pasti mengundang rasa teruja kepada para pelancong kerana terdapat berbagai jenis burung yang eksotik, gajah Pygmy Borneo dimana ianya merupakan spesies gajah terkecil di Asia dan juga terdapat tembadau ataupun nama lainnya Banteng. Daya penarik di Tabin ini juga adalah kepelbagaian tumbuhan seperti spesies orkid, paku pakis dan bermacam lagi di hutan tropika ini.

Aktiviti yang boleh dilakukan disini ialah seperti ‘safari night’ dimana anda boleh melihat haiwan liar pada waktu malam sambil mendengar bunyi hutan pada waktu malam serta bintang yang jelas dapat dilihat di langit. Suasana ini pasti sangat tenang dan dapat menghilangkan tekanan dengan kesibukan di bandar. Di Tabin wildlife mempunyai resort, jadi tidak perlu risau berfikir untuk menginap dimana.

 

Silam Coast Conservation Area (SCCA)

Silam Coast Conservation Area (SCCA)

Kredit Foto: Silam Coast Conservation Area (SCCA)

Satu lagi tempat menarik kepada pencinta alam sekitar. Menjadi satu kewajipan untuk berkunjung ke Silam Coast Conservation Area (SCCA) kerana pelbagai aktiviti boleh dilakukan disitu sambil merasa dekat dengan hidupan flora dan fauna.

SCCA ini terletak di Silam, Pantai Timur Sabah. Antara aktiviti yang menarik disitu ialah berkhemah, mendaki, berkayak, snorkeling, melihat burung, melihat matahari terbit dan terbenam, berfotografi, dan banyak lagi. Aktiviti disini kebanyakannya boleh dilakukan bagi semua peringkat umur, jadi bolehlah membuat perancangan untuk datang kesini bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

Di sini juga terdapat banyak kemudahan untuk para pelancong seperti gazebo atau pondok rehat, tapak perkhemahan, tandas, tempat untuk berkhemah di kawasan pantai dan lain-lain. Jadi, jangan lupa untuk datang dan meneroka sendiri segala yang ada di SCCA ini.

 

Lembah Danum

Lembah Danum

Kredit Foto: sabahtourism

Dikenali dengan antara hutan tertua yang cantik, lembah danum kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna yang pasti memukau sesiapa yang datang meneroka kawasan ini. Terletak agak jauh dan terpencil ke pedalaman, Lembah danum merupakan tempat tinggal bermacam spesies hidupan liar dan tumbuh-tumbuhan yang unik.

Antara haiwan yang boleh dilihat disitu ialah seperti gajah Asia, Orang Utan, kancil, harimau dahan, berbagai spesies burung dan banyak lagi yang lain. Aktiviti yang boleh dilakukan disini ialah seperti berjalan dalam hutan, berenang di sungai, memerhati burung eksotik, dan meneroka hutan di waktu malam.

Daya tarikan Lembah danum ialah jambatan gantung sepanjang 300 meter dan berketinggian kira-kira 27 meter. Berjalan di atas jambatan ini ialah satu kelebihan untuk meneroka hutan simpan tersebut sambil mengambil gambar keindahan alam disitu. Sangat rugi jika sampai kesini tidak mencuba berjalan jambatan gantung yang pasti menakjubkan.

Disebabkan perjalanan untuk sampai ke Lembah danum ini mengambil masa agak lama, anda digalakkan untuk menginap dan bermalam disini.

 

Blue ring reef 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by CyrilMing (@msw_go)

Blue Ring Reef ataupun dalam bahasa melayu dipanggil sebagai Terumbu Lingkaran Biru ialah salah satu tempat tarikan menarik terutama kepada seorang penyelam. Ia juga dikenali dengan nama lain iaitu “Blue Ring Hole”. Boleh dijadikan sebagai salah satu ‘bucket list’ untuk menyelam di kawasan perairan tersebut. Ianya terletak di Terumbu Tingkayu, Teluk Darvel, Lahad Datu.

Nak tahu apa yang lebih menarik! Blue Ring Reef ni merupakan satu-satunya blue hole yang ada di Malaysia dan blue hole berkembar dan terbesar di dunia. Tidak dapat disangkal bahawa ianya merupakan daya tarikan pelancongan yang hebat kerana setanding dengan luar negara seperti Great Blue Hole di Amerika Tengah, Blue Hole Dean di Bahamas dan juga Dragon Hole di China. Melihat gambar saja sudah kagum dengan kejadian tersebut apatah lagi pergi kesana dan melihat sendiri secara dekat.

Lubang di Blue Ring Reef ini dalam iaitu 15 meter kebawah dasar laut. Pelancong yang mempunyai lesen dan pengalaman sebagai penyelam skuba pasti teruja untuk melakukan aktiviti skuba disitu.


Bacaan Lain:

7 Pulau Menarik Di Kota Kinabalu – Rugi Kalau Tidak Pergi!


Pantai sahabat

Pantai sahabat

Kredit Foto: Lahad Datu Fm

Mari kita melihat salah satu pantai yang ada di Lahad Datu iaitu Pantai Sahabat dimana ianya merupakan antara pantai yang terkenal di kalangan penduduk tempatan. Pantai ini menawarkan pasir yang putih keperangan serta deruan ombak laut yang menenangkan.

Aktiviti berkelah sering menjadi pilihan para pengunjung yang datang kesini. Ibu bapa bolehlah membawa anak-anak kesini pada hujung minggu untuk mereka berseronok beriadah ataupun bermain di persisiran pantai. Pokok-pokok di sepanjang pantai ini sememangnya sesuai untuk digunakan sebagai tempat berkelah yang redup.

Disini juga sesuai untuk anda berjogging mahupun berjalan pada waktu lapang kerana terdapat laluan bagi pejalan kaki. Selepas berjoging, mungkin boleh berehat sambil melihat pemandangan matahari terbenam yang pasti sangat cantik dilihat dari persisiran Pantai Sahabat.

 

Pantai Makuau

Dengan namanya yang unik, Pantai Makuau pasti boleh memukau pelancong yang datang kesitu dengan keindahan pemandangan pantai tersebut. Pantai Makuau juga antara pantai yang wajib dikunjungi.

Pantai Makuau terletak di Jalan Lahad Datu dan merupakan pantai awam yang boleh dikunjungi oleh semua orang. Persisiran pantainya yang landai serta airnya yang bersih pasti sesuai untuk membawa keluarga bercuti ke sana untuk berkelah dan bermandi-manda. Beberapa pondok juga disediakan disitu untuk kemudahan para pengunjung disitu.

Kalau anda ingin tahu, di Pantai Makuau terdapat satu pokok yang unik dimana ianya terletak jauh sedikit dari pantai dan semestinya menjadi satu faktor daya tarikan apabila berkunjung ke pantai ini. Anda boleh mengambil gambar sebagai kenangan dengan berlatarkan pokok tersebut.

 

Pantai Payang

Pantai Payang

Kredit Foto: Payang Beach Lahad Datu

Antara pantai yang sering dikunjungi pelancong terutamanya pada hujung minggu dinamakan sebagai Pantai Payang. Pantai Payang merupakan pantai terbuka yang mempunyai daya tarikan tersendiri dengan keindahan alam semula jadi dan juga panorama yang cantik.

Landskap pantai yang luas ditambah pula dengan beberapa pondok dan meja batu untuk kemudahan pelancong berkelah disitu. Ibu bapa sangatlah digalakkan untuk membawa anak-anak mandi-manda disana sambil merehatkan minda dengan melihat keindahan pantai tersebut.

Aktiviti memancing juga dibenarkan disitu selain terdapat kawasan untuk BBQ. Tetapi haruslah diingatkan untuk pastikan sentiasa menjaga kecantikan dan kebersihan pantai tersebut supaya terpelihara dari sampah. 

Kepada yang mempunyai kudrat untuk mendaki, terdapat tebing yang boleh didaki untuk menikmati pemandangan yang pasti lebih menakjubkan dan pasti lawa dari atas puncak sana. Anda boleh mengambil gambar dan merakamkan kecantikan tersebut untuk dijadikan kenangan. Jadi, apa lagi alasan anda untuk tidak mengunjungi antara pantai yang popular di Lahad Datu ini.

Kongsi:
Save on your hotel - hotelscombined.com