Pulau Menarik Di Kota Kinabalu

7 Pulau Menarik Di Kota Kinabalu – Rugi Kalau Tidak Pergi!

  • Post comments:0 Comments
  • Reading time:10 mins read
  • Post last modified:February 29, 2024
  • Post author:
*Di laman ini mungkin mengandungi pautan ‘affiliate’, yang bermaksud bahawa kami akan menerima komisen kecil jika anda mengklik salah satu pautan produk. Tidak dikenakan bayaran lebih jika membeli produk melalui link kami. Terima kasih atas sokongan anda*

 

Kalau kita bercakap mengenai Kota Kinabalu, pasti kita terbayang mengenai Gunung Kinabalu. Ini kerana Gunung Kinabalu merupakan gunung tertinggi di Malaysia yang menjadi lambang kemegahan bukan sahaja rakyat Sabah tetapi Malaysia keseluruhannya. Gunung yang menjadi idaman kepada para pendaki.

Tetapi selain Gunung Kinabalu, di Kota Kinabalu juga mempunyai pulau-pulau yang menarik yang sama cantik seperti di tempat lain di negeri Sabah. Malah, pulau-pulau tersebut tidak terlalu jauh dari bandar untuk anda pergi bagi percutian yang lebih menyeronokkan.

Jadi, mari kita lihat pulau menarik di Kota Kinabalu yang anda boleh pergi ketika bercuti ke Ibu Negeri Sabah ini.

Pulau Menarik Di Kota Kinabalu:

Pulau Manukan

Pulau Manukan antara tempat pelancongan yang amat popular dalam kalangan pelancong dari dalam dan luar negara. Rugi jika bercuti ke Kota Kinabalu tetapi trip anda tidak termasuk untuk pergi ke pulau ini. Ia adalah Pulau kedua terbesar yang berada dalam kawasan Taman Tunku Abdul Rahman. 

Keindahan pantainya menjadikan Manukan sesuai untuk berkelah dan bersantai bersama keluarga atau kawan-kawan. Kawasan pantai juga besar dan tempat yang best untuk bermandi manda.

Semestinya aktiviti popular disini adalah snorkeling. Tetapi banyak lagi aktiviti lain seperti banana boat, parasailing, seawalking, jetski dan banyak lagi. Jadi tidak hairan dengan banyaknya aktiviti yang boleh dilakukan, menjadikan pulau ini sangat popular di kalangan pelancong.

Kemudahan yang lengkap seperti tandas dapat memberikan keselesaan kepada pengunjung yang bercuti disini.

Pulau Manukan ada menawarkan tempat penginapan kepada pelancong yang mahu bermalam di pulau ini. Kalau anda menginap disini boleh layan waktu senja di kawasan pantai.

Pulau Manukan

 

Pulau Sepanggar

Pulau Sepanggar atau sesetengah orang menyebutnya sebagai Pulau Mari-Mari Sepanggar, terletak di Teluk Sepanggar dan mengambil masa 10 minit perjalanan dari Jeti Kota Kinabalu.

Pulau ini lebih besar tetapi kurang dari segi pengunjung berbanding Pulau Manukan. Kerana kurang popular, kami rasa mungkin ada yang tidak pernah dengar mengenai Pulau Sepanggar ini.

Kebaikan dengan kurangnya pengunjung menjadikan pulau ini memang sesuai untuk percutian yang tenang.

Yang bestnya terdapat dua tempat penginapan untuk anda bermalam disini iaitu Mari Mari Sepanggar Island Lodge dan Dreamer’s Island Resort. Penginapan disini lebih murah dan sesuai kepada yang mempunyai bajet rendah.

 

Pulau Sapi

Pulau Sapi juga salah satu pulau kegemaran pelancong yang mahu bersantai di tepi pantai sambil mandi manda dan melakukan beberapa aktiviti lain. Ramai pergi ke sini untuk bersnorkeling sambil ditemani dengan ikan yang berwarna warni.

Oleh kerana tempat ini terkenal di kalangan pelancong, jadi tidak hairan pulau ini akan sesak pada hujung minggu atau cuti umum. Tempat yang ramai orang datang pasti kemudahan ada disediakan seperti tandas.

Tiada penginapan yang ditawarkan. Jika tidak silap, kepada yang mahu bermalam disini, anda boleh berkhemah dengan meminta permit untuk bermalam. 

Kebiasaannya kepada yang pergi day trip ke Pulau Sapi, mereka akan mengambil pakej termasuk pergi ke Pulau Manukan.

Pulau Sapi

 

Pulau Dinawan

Pulau Dinawan merupakan pulau persendirian yang cantik untuk dikunjungi. Kalau anda mahu percutian yang lebih private boleh cuba untuk bercuti di Pulau ini.

Pemandangan laut dan hutan yang indah serta dikelilingi air laut biru yang jernih, menjadikan salah satu hidden gem di sabah untuk anda lawati.

Menawarkan resort menarik yang dapat memberikan anda percutian yang menyeronokkan.

Pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan disini seperti snorkeling, sea walking, scuba diving dan bermacam aktiviti lain.

Anda boleh ke laman web mereka untuk melihat detail mengenai pakej day atau overnight trip mereka.

 

Pulau Mamutik

Antara lima pulau yang berada di kawasan Taman Tunku Abdul Rahman, Pulau Mamutik adalah yang paling kecil. Walupun kecil tetapi keindahan pulau, air laut dan pantainya setanding dengan pulau yang lain.

Anda boleh layan pemandangan laut dan pantai dengan lebih santai kerana Pulau Mamutik kurang pengunjung jika mahu dibandingkan dengan Pulau Manukan atau Pulau Sapi.

Pulau ini dekat dengan bandar, dari pulau pun anda boleh lihat Bandar KK dari sini. Sama seperti pulau yang lain, pelbagai aktiviti air boleh dilakukan disini seperti snorkeling.

Pulau Mamutik

 

Pulau Sulug

Pulau yang tidak popular di kalangan pengunjung jika nak dibandingkan dengan pulau yang lain yang berada dalam kawasan Taman Tunku Abdul Rahman. Pulau Sulug ini juga bersaiz kecil dan merupakan pulau kedua terkecil di Taman Laut Tunku Abdul Rahman.

Pulau yang tidak berpenghuni dan umpama hidden gem di Kota Kinabalu kerana pasti ramai yang masih tidak sampai kesini lagi. Tidak popular dek kerana tiada kemudahan yang disediakan kepada pelawat. 

Tetapi kepada yang suka aktiviti selam skuba, kena masukkan pulau ini dalam list anda. Pulau Sulug terkenal dengan keindahan terumbu karang di sekitar pulau. 

 

Pulau Gaya

Pulau Gaya adalah pulau terbesar yang berada di Taman Tunku Abdul Rahman. Perjalanan ke pulau ini pun tidak jauh, hanya mengambil masa kira-kira 10 minit dari Jeti Jesselton Point. 

Kawasan pantai sesuai untuk yang mahu bermandi manda. Malah, pulau ini juga seronok untuk melakukan aktiviti snorkeling dek kerana airnya yang jernih. Anda boleh melihat terumbu karang yang cantik dan juga ikan yang berwarna warni.

Yang lebih menarik, terdapat tiga resort untuk anda menginap disini. Ketiga resort ini merupakan penginapan bertaraf lima bintang, jadi harga untuk satu malam pun bertaraf lima bintang. Tetapi dengan pemadangan indah yang ditawarkan, pasti berbaloi dengan harga yang dibayar. Tiga resort tersebut ialah:

Selain ditawarkan dengan pemandangan pantai dan laut yang cantik, anda disajikan dengan pemandangan hutan tropika. Kepada pencinta alam semulajadi, pulau ini memang amat sesuai untuk anda.

Pulau Gaya

 

Info Tambahan berkaitan dengan Pulau di Kota Kinabalu

  • Pulau yang kami senaraikan di atas adalah tidak mengikut urutan iaitu dengan tidak menunjukkan pulau yang nombor satu adalah lebih menarik berbanding pulau nombor lima. Kami hanya memberi info mengenai tempat tersebut. Untuk mengetahui pulau mana yang lebih menarik, anda kena merasai sendiri pengalaman berada di pulau-pulau tersebut.
  • Dari senarai pulau di atas, hanya terdapat lima pulau yang berada dalam kawasan Taman Tunku Abdul Rahman iaitu Pulau Manukan, Sapi, Gaya, Mamutik dan Sulug.
  • Kebanyakkan pelancong yang bercuti ke pulau di Kota Kinabalu hanya mengambil day trip sahaja. Salah satu sebabnya kerana pulau-pulau ini tidak jauh dari Kota Kinabalu. Jadi ramai yang menginap hotel di Bandaraya Kota Kinabalu dan melakukan aktiviti day trip.
  • Untuk pergi ke pulau-pulau ini, anda perlu menaiki bot dari Jeti Jesselton Point. Boleh jadi pakej ke pulau yang anda ambil dikehendaki menaiki bot dari Jeti Sutera Harbour Marina tetapi kebanyakkan pelancong memang akan menaiki bot dari Jesselton Point. 
  • Memang tidak cukup masa untuk pergi ke semua pulau dalam satu hari, tetapi ramai yang mengambil pakej island hoping ke dua atau tiga pulau di Taman Tunku Abdul Rahman kerana lokasi pulaunya yang berdekatan antara satu sama lain.

 

Memang rugi kalau pergi ke Kota Kinabalu tetapi tidak pergi ke pulau-pulau ini, terutama pulau yang berada di kawasan Taman Tunku Abdul Rahman.

Anda rasa sendiri pengalaman berada di pulau ini dan nilai sendiri pulau mana yang paling menyeronokkan untuk anda. Selamat Bercuti!

Kongsi:
Save on your hotel - hotelscombined.com

Leave a Reply