Taman Yang Menarik di Kuala Lumpur

9 Taman Yang Menarik di Kuala Lumpur

  • Post comments:0 Comments
  • Reading time:10 mins read
  • Post last modified:March 23, 2024
  • Post author:
*Di laman ini mungkin mengandungi pautan ‘affiliate’, yang bermaksud bahawa kami akan menerima komisen kecil jika anda mengklik salah satu pautan produk. Tidak dikenakan bayaran lebih jika membeli produk melalui link kami. Terima kasih atas sokongan anda*

 

Kuala Lumpur yang terkenal sebagai sebuah kawasan bandaraya yang padat dan sesak tetapi terdapat juga unsur semula jadi yang mampu mengimbangkan ekosistem dan memberi ruang kepada warga kota untuk berehat di hujung minggu.

Mempunyai beberapa taman-taman yang bukan sahaja tenang dari kesesakan bandar tetapi boleh dijadikan sebagai tempat untuk meluangkan masa bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

Mari kita lihat beberapa taman yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur yang menarik dan cantik untuk dikunjungi. 

Taman KLCC

Taman KLCC

Kuala Lumpur City Centre (Pusat Bandaraya Kuala Lumpur) ataupun nama singkatannya KLCC ialah suatu tempat tumpuan bagi pelancong dari dalam mahupun luar negara.

Di sekitar kawasan KLCC terdapat sebuah taman yang dikenali sebagai Taman KLCC yang pasti menjadi tarikan kerana ia terletak di kawasan tumpuan orang ramai.

Penduduk setempat boleh beriadah seperti berjoging ataupun meluangkan masa bersama keluarga.

Ramai juga para pelancong yang singgah kesitu untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti bersiar-siar dan bergambar sakan dengan berlatar belakang Menara Berkembar Petronas.

Anak-anak pasti sangat gembira jika anda membawa mereka kesini pada hujung minggu kerana terdapat kolam mandi untuk mereka bermandi manda sambil ibu bapa juga dapat merehatkan minda dari kepenatan bekerja.

 

Taman Eko Rimba Kuala Lumpur

Taman Eko Rimba Kuala Lumpur

Taman Eko Rimba Kuala Lumpur yang terletak di Hutan Simpan Bukit Nanas sangat sesuai untuk dikunjungi pada hujung minggu bersama insan tersayang.

Siapa sangka terdapat hutan yang kehijauan dan tenang yang terletak di tengah Pusat Bandaraya.

Tidak dinafikan tempat ini sangat menarik dan unik dengan landskap yang penuh dengan pokok-pokok serta bunyi burung tetapi berlatarkan bangunan-bangunan yang tinggi.

Menariknya, disini juga terdapat ‘canopy walk’ yang boleh dikatakan sesuatu yang sentiasa mendapat perhatian para pengunjung di taman tersebut untuk bergambar.

Ketika berjalan di ‘canopy walk’ tersebut, pasti anda akan kagum dengan pelbagai jenis pokok yang terdapat di sekeliling dan juga di bawahnya.

 

Taman Tasik Titiwangsa

Taman Tasik Titiwangsa

Taman Tasik Titiwangsa yang sememangnya terkenal dalam kalangan masyarakat di Kuala Lumpur sebagai tempat untuk bersenam seperti berjoging, berbasikal dan beriadah.

Tarikan lain yang terdapat disini juga pasti disukai kanak-kanak kerana di Taman Tasik Titiwangsa ini mempunyai taman permainan dan taman permainan air kanak-kanak. Mereka pasti teruja untuk datang kesini tiap kali cuti.

Taman ini merupakan sebuah taman rekreasi yang sangat bagus kerana mempunyai fasiliti dan kemudahan yang mantap seperti tandas, tempat sewaan basikal, serta laluan khas untuk pejalan kaki dan basikal.

Tasik yang cantik dan bersih juga sesuai untuk dijadikan latar belakang untuk sebuah gambar lebih menarik.

 

Taman Botani Perdana

Taman Botani Perdana

 

Antara banyak taman di Kuala Lumpur, Taman Botani Perdana juga merupakan salah satu tempat menarik untuk meluangkan masa bersama anak-anak.

Kawasan disini sangat luas untuk diterokai dan banyak kawasan yang cantik dan unik untuk bergambar.

Taman Botani Perdana mempunyai beberapa kawasan dengan konsep yang berbeza dan juga keunikan tersendiri seperti Taman Bunga Raya, Taman Orkid, Taman Rusa dan banyak lagi.

Warga Kota boleh berekreasi dan beriadah disini di waktu lapang untuk menjauhkan diri dari kesesakan kota.

Perkhidmatan meletakkan kenderaan bertingkat juga ada disediakan. Ianya sangat bagus kerana memudahkan untuk parking dan selesa untuk semua pengunjung.

 

Taman Rekreasi Bukit Jalil

Taman Rekreasi Bukit Jalil

Kredit: helmi03

Seperti kebanyakan taman di Kuala Lumpur, Taman Rekreasi Bukit Jalil juga kawasan riadah yang luas mampu untuk memuatkan ramai pengunjung sekaligus menjadikannya antara salah satu taman yang menjadi tumpuan penduduk setempat.

Terdapat kemudahan yang disediakan seperti tandas, tempat letak kenderaan, peralatan untuk bersenam, tempat duduk untuk pengunjung berehat dan semestinya taman permainan kanak-kanak.

Taman Rekreasi Bukit Jalil juga sesuai untuk dijadikan tempat sesi bergambar kerana terdapat kawasan yang dikenali sebagai Laman Antarabangsa yang menunjukkan monumen dan bangunan yang terdiri daripada pelbagai negara seperti Jepun, China, Holland dan banyak lagi.

 

Taman Tasik Permaisuri

Taman Tasik Permaisuri

Kredit: angys

Taman Tasik Permaisuri mempunyai nama yang unik dan juga antara taman yang telah dirasmikan oleh D.Y.M.M Sultanah Zanariah, D.K Raja Permaisuri Agong ke-8.

Taman ini terletak di Bandar Tun Razak, Cheras dan merupakan antara tumpuan umum disini kerana di sekitarnya terdapat Masjid Saidina Uthman Ibn Affan, Pusat Belia Antarabangsa, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia dan bermacam lagi.

Selain bersukan dan beriadah, ramai juga keluarga yang suka berkelah untuk meluangkan masa bersama sambil melihat orang lain berjoging.

Untuk orang yang suka berlari, Taman Tasik Permaisuri juga sesuai untuk membina stamina kerana bentuk muka bumi disitu ade sedikit berbukit.

 

Taman Metropolitan Kepong

Taman Metropolitan Kepong

Dikenali sebagai sebuah taman yang terbesar di Kuala Lumpur, Taman Metropolitan Kepong sering dikunjungi oleh penduduk berdekatan untuk bermain layang-layang yang juga memberikannya nama kedua iaitu Taman Layang-layang.

Kemudahan yang disediakan juga sangat bagus sesuai dengan gelarannya sebagai sebuah taman rekreasi terbesar di Kuala Lumpur.

Antara kemudahan yang tersedia ialah, disini terdapat trek untuk berjoging dan berbasikal, kawasan khas bersenam dan juga semestinya padang untuk pengunjung bermain layang-layang.

Tarikan lain ialah menara tinjau yang pasti pengunjung akan terokai untuk merasai sendiri pengalaman melihat kawasan bandar sekeliling dari atas sambil menangkap gambar sebagai memori.

Anda juga tidak perlu risau akan tempat letak kenderaan kerana di taman ini terdapat parking bertingkat yang boleh memuatkan banyak kereta sekaligus.

 

Taman Persekutuan Bukit Kiara

Taman Persekutuan Bukit Kiara

Kredit: Taman Persekutuan Bukit Kiara

Taman Persekutuan Bukit Kiara antara taman yang tersenarai sebagai taman yang cantik dan menarik di Malaysia.

Bagi penduduk disini taman ini ialah tempat untuk mereka bersenam dan meluangkan masa bersama orang tersayang di waktu lapang.

Kawasannya yang agak luas sesuai untuk berjoging mahupun berjalan. Pokok-pokok juga banyak sepanjang laluan tersebut, jadi pengunjung yang datang boleh tenangkan fikiran dengan melihat kehijauan sambil bersenam.

Selain itu, taman ini juga mempunyai kemudahan yang bagus seperti tandas, tempat letak kereta khas untuk pengunjung dan kawasan taman ini juga dijaga sangat baik dan bersih untuk dikunjungi.

 

Taman Rimba Bukit Kerinchi

Taman Rimba Bukit Kerinchi

Kredit: angys

Taman Rimba Bukit Kerinchi yang mempunyai lokasi tidak jauh dari Hutan Pendidikan Bukit Gasing yang juga terkenal dengan aktiviti pendakian. Laluan mendaki tidak terlalu susah, sesuai untuk yang beginner dalam aktiviti mendaki.

Antara yang menjadi tarikan untuk pengunjung datang ialah kerana terdapat jambatan gantung dan jambatan besi disitu. Menjadi satu kepuasan untuk pengunjung setelah penat mendaki dapat bergambar di jambatan tersebut.

Kemudahan tersedia juga dalam keadaan baik, jadi tiada masalah untuk beriadah disitu.

 

Kadang nak menghabiskan waktu ketika hujung minggu tidak semestinya memerlukan modal yang tinggi.

Pergi ke taman-taman di yang dinyatakan di atas juga salah satu ativiti yang menyeronokkan untuk dilakukan sambil kita boleh melihat keindahan taman yang kehijauan.

 

Kongsi:
Save on your hotel - hotelscombined.com