Kampung Agong

Kampung Agong – Tempat Paling Cantik Untuk OOTD Di Pulau Pinang

  • Post comments:0 Comments
  • Reading time:9 mins read
  • Post last modified:February 29, 2024
  • Post author:
*Di laman ini mungkin mengandungi pautan ‘affiliate’, yang bermaksud bahawa kami akan menerima komisen kecil jika anda mengklik salah satu pautan produk. Tidak dikenakan bayaran lebih jika membeli produk melalui link kami. Terima kasih atas sokongan anda*

 

Dalam banyak tempat menarik di Pulau Pinang, ada satu tempat bak kata orang ‘hidden gem’ yang popular untuk para kaki OOTD. Tempat ini adalah Homestay Kampung Agong.

Kampung Agong

Lokasinya terletak di tanah besar Pulau Pinang bukan dalam kawasan pulau, iaitu di Bakar Kapor, Penaga, Pulau Pinang. 

Tempat ini mendapat nama dari pengasas tanah ini, yang mana penduduk kampung menggelar pengasasnya sebagai ‘Agong’.

Bercuti disini akan menawarkan anda pemandangan pokok kelapa dan padi. Pemandangan yang amat cantik ini pasti membuat anda kagum.

Lagi menarik kalau melawat bila dekat dengan musim menuai, ketika itu padi sedang kekuningan. Pasti memberi pemandangan yang amat cantik. Atau ketika anda sampai kesini, mungkin terdapat jerami gulung di sawah padi yang boleh dijadikan tempat bergambar.

Padi kekuningan

Kredit Foto: Kg Agong FB

jerami gulung

Kredit Foto: Kg Agong IG

Ia amat sesuai kepada mereka yang ingin lari sekejap dari kesibukan kota dan untuk menenangkan fikiran.

 

Tempat Photoshoot dan OOTD

Kawasannya yang besar dan luas, jadi banyak port yang menarik untuk anda bergambar. Dengan berlatar belakang pokok kelapa dan padi, ia memang ‘perfect spot’ untuk anda bergambar.

Tambahan, kat sini memang sesuai untuk sesiapa yang mahu buat photoshoot tidak kira untuk ambil gambar perkahwinan atau lain-lain.

Disini disediakan pelbagai prop seperti buaian, sarang burung yang besar dan banyak lagi prop yang boleh pengunjung gunakan untuk bergambar.

Nak bergambar ala-ala org kampung? Anda boleh sewa pakaian tradisional dan bergambar sakan disini.

Sesiapa yang suka ber OOTD pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk melawat tempat ini.

 

Sarang burung besar

Kredit Foto: Kg Agong FB

 

Aktiviti

Selain bergambar sakan, ada banyak lagi aktiviti yang anda boleh lakukan. Antaranya:

  1. Tempatnya besar, selain berjalan kaki anda boleh menikmati pemandangan disini dengan berbasikal. Kepada sesiapa yang cepat letih tetapi mahu meneroka setiap sudut tempat ini, bolehlah menggunakan basikal.
  2. Anda boleh merasai permainan tradisional seperti congkak disini.
  3. Ada jongkang jongket untuk kanak-kanak bermain yang diperbuat daripada batang pokok kelapa.
  4. Memberi makan ikan di kolam.
  5. Anda boleh menunggang kuda yang disediakan di Kampung Agong. Bayaran tambahan akan dikenakan jika anda berminat dengan aktiviti ini.
  6. Boleh menghabiskan masa seharian disini dengan berpicnic bersama keluarga dan rakan anda.
  7. Kalau anda datang pada musim menuai padi, anda dapat melihat proses penuaian padi.
  8. Berehat di buaian(Hammock) yang disediakan sambil melayan pemandangan yang indah.

 


Bacaan Lain:

7 Muzium Menarik Di Penang


 

Homestay dan Tapak Perkhemahan

Anda mahu merasa suasana tempat ini pada waktu malam? Jangan risau Kampung Agong menyediakan homestay kepada para pengunjung. Homestaynya diperbuat daripada kayu dan terdapat lima jenis homestay yang disediakan iaitu Homestay Terkukur, Homestay Merbok, Homestay Murai, Homestay Tempua dan Homestay Sunrise.

Jika anda tiada bajet untuk duduk di homestay, jangan risau disini juga disediakan tempat camping. Bercamping sambil berbeku pada waktu malam dengan merasai suasana kampung, pasti memberi pengalaman yang menyeronokkan.

Tidak kira anda duduk di homestay atau camping, keduanya pasti memberi suatu pengalaman yang menarik untuk anda rasai disini.

 

Hari Dan Waktu Operasi

Isnin – Ahad | 9.00 AM – 6.00 PM

 

Harga Tiket

Sebarang kemungkinan perubahan harga boleh rujuk ke laman web rasmi mereka.

Warganegara Warga Asing Orang Kurang Upaya (OKU)
Dewasa – RM 10.00 Dewasa – RM 18.00 Dewasa – RM 6.00
Kanak-kanak (0-3 tahun) – Percuma

Kanak-kanak (4-11 tahun) – RM 5.00

Kanak-kanak (0-3 tahun) – Percuma

Kanak-kanak (4-11 tahun) – RM 12.00

Kanak-kanak (0-3 tahun) – Percuma

Kanak-kanak (4-11 tahun) – RM 3.00

 

Kesimpulan

Tempat ini mula terkenal tahun 2019. Jika anda ke Pulau Pinang, luangkan sedikit masa pergi tempat ini dan rasai sendiri pengalaman di sini.

Anda boleh mengikuti di FB dan IG mereka untuk sebarang info terkini. Selamat Bercuti!

 

Tempat Lain Yang Menarik Di Penang

Klook.com

Kongsi:
Save on your hotel - hotelscombined.com

Leave a Reply