Tempat Menarik Di Cameron Highland

23 Tempat Menarik Di Cameron Highland – Tarikan Yang Best Untuk Dilawati

  • Post comments:0 Comments
  • Reading time:28 mins read
  • Post last modified:June 17, 2023
  • Post author:
*Di laman ini mungkin mengandungi pautan ‘affiliate’, yang bermaksud bahawa kami akan menerima komisen kecil jika anda mengklik salah satu pautan produk. Tidak dikenakan bayaran lebih jika membeli produk melalui link kami. Terima kasih atas sokongan anda*

 

Cameron Highland salah satu tempat pelancongan yang paling popular di Malaysia. Setiap kali hari cuti, tidak kiralah cuti hari minggu mahupun cuti umum pasti jalan akan sesak.

Tempat percutian ini sering menjadi tumpuan kepada para pelancong kerana keunikannya yang mempunyai suhu yang sejuk dan udara yang nyaman seperti di luar negara.

Jadi, kami senaraikan tempat menarik di Cameron Highland untuk anda lawati yang dijamin tidak akan menghampakan percutian anda.

Ladang Teh Boh

Ladang Teh Boh

Bercuti ke Cameron Highlands tanpa melawat ladang teh, seakan tidak lengkap percutian anda. Ia merupakan antara aktiviti wajib untuk dilakukan ketika bercuti ke Tanah Tinggi ini.

Ladang-ladang teh disini menjadi tarikan utama kerana kawasan sekeliling yang menawarkan pemandangan yang indah. Memang seronok untuk mengambil gambar yang cantik. Selain itu, terdapat kafe yang menawarkan makanan dan minuman yang sedap.

Terdapat tiga ladang teh paling popular di Cameron iaitu Ladang Teh BOH Habu, Ladang Teh Bharat atau Cameron Valley, dan Ladang Teh BOH Sungai Palas. Antara tiga ini, Teh BOH Sungai Palas adalah yang paling popular.

Ketiga-tiga ladang teh ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Pastikan untuk merasa dan melawat kesemua tiga ladang teh ini.

 

Mossy Forest

Mossy Forest

Tempat yang sangat sesuai untuk menenangkan fikiran dek kerana cuaca yang sejuk ditambah pula dengan kabus dan landskap hutan yang kehijauan.

Mossy Forest ialah hutan yang dipercayai berusia lebih kurang 200 juta dahulu yang mempunyai keluasan hutan sehingga 914 hektar.. Di sini juga terdapat kemudahan boardwalk yang mempunyai kepanjangan sekitar 600m untuk pengunjung berjalan di hutan berlumut itu.

Banyak lagi kemudahan lain yang disediakan seperti pondok rehat, parker, tandas dan juga menara pandang utk para pelancong.

Kepada penggemar media sosial, tempat ini sesuai untuk berfotografi kerana dijamin gambar yang terhasil pasti sangat menarik. Jadi, tidak hairanlah mengapa Mossy Forest boleh dikategorikan sebagai ‘instagram-worthy’.

Peraturan baru telah dikuatkuasa bahawa anda wajib menggunakan tour guide untuk ke Mossy Forest.

 

Lata Iskandar

Lata Iskandar

Sesiapa yang bercuti ke Cameron Highland melalui Jalan Tapah, anda boleh singgah ke Lata Iskandar untuk menikmati alam sekitar seketika.

Anda juga boleh pusing kawasan sekitar dan melakukan aktiviti ‘jungle tracking’ selain dari mandi-manda disitu. Air terjun semestinya ialah tempat paling sesuai untuk berehat dan menenangkan fikiran kerana suasananya yang nyaman dan pokok-pokok hutan yang sejuk mata memandang.

Ibu bapa boleh membawa anak-anak berkelah disini pada hujung minggu jika risau dengan jalan sesak untuk naik ke Cameron Highland. Kemudahan seperti tandas dan pondok wakaf juga disediakan untuk para pengunjung.

Sebelum pulang anda boleh singgah ke kedai berhampiran air terjun ini untuk melihat barangan kraftangan dan hasil seni buatan orang asli yang berkualiti untuk dibeli sebagai cenderahati dari Lata Iskandar ini.

 

Cameron Highlands Flora Park

Cameron Highlands Flora Park

Kredit Foto: Cameron Highlands Flora Park

Flora Park ialah satu tarikan baru di Cameron Highland yang semakin hangat di kalangan pelancong. Dipenuhi dengan bunga yang berwarna warni pasti merambangkan mata peminat flora ini. Pasangan yang menginginkan suasana romantis juga sangat sesuai untuk kunjungi Floral Park.

Tidak hairanlah Floral Park popular kerana kawasannya yang penuh dengan bahagian untuk berfotografi berlatarkan bunga-bungaan. Jadi, kepada yang suka bergambar, boleh jadikan tempat ini sebagai tempat wajib jika ke Cameron Highland.

Disebabkan panorama taman ini yang cantik, ia juga sesuai untuk berkelah bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Tetapi diingatkan untuk membuat tempahan pakej terlebih dahulu di official instagram mereka (@ch_flora_park). Ini kerana tempat berkelahnya yang terhad.

 

Taman Bunga Ros

Taman Bunga Ros

Kepada peminat bunga, jangan lepaskan peluang untuk pergi ke beberapa taman bunga ros yang ada di Cameron. Jika anda suka bunga, anda tidak akan kecewa untuk berada di sini!

Walupun nama taman bunga ros, beberapa taman tersebut turut mempunyai koleksi bunga lain yang menarik seperti bunga orkid. Anda akan dikelilingi bunga yang cantik dan berwarna-warni.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk bergambar sakan dengan berlatar belakang bunga-bunga yang cantik dan berwarna-warni ini.

 

Pasar Malam Golden Hills

Pasar Malam Golden Hills

Kredit Foto: visitmalaysia.info

Pasar malam pasti mempunyai penggemarnya tersendiri, begitu juga dengan Pasar Malam Golden Hills ini. Pasar ini hanya beroperasi pada hari Jumaat dan Sabtu serta pada cuti sekolah. Pasar ini mula beroperasi seawal jam 4 petang sehingga 11 malam.

Jika hendak datang kesini, anda dinasihatkan untuk datang awal pada waktu petang kerana jalan akan mulai sesak apabila malam. Disini menarik kerana buah dan sayur yang dijual adalah segar. Terdapat juga makanan untuk juadah makan malam disitu dengan harga yang berpatutan.

Kalau anda menginap berdekatan dengan pasar malam ini, anda boleh sahaja berjalan kerana mencari parkir kereta disini juga adalah satu masalah. Anda boleh merasa berjalan di pasar dalam keadaan sejuk jika datang ke pasar malam ini.

 

Kea Farm

Kea Farm

Kredit Foto: visitmalaysia.info

Tempat yang pasti akan dikunjungi pelancong untuk membeli belah bermacam benda sebagai buah tangan di Cameron Highland pastinya Kea Farm. Beroperasi seawal jam 8 pagi hingga 6 petang walaupun ia lebih dikenali sebagai pasar pagi Kea Farm.

Terdapat lebih banyak pilihan untuk membeli sayur-sayuran, tanaman pokok bunga, dan buah-buahan yang pasti segar hasil tempatan. Harga yang ditawarkan juga berpatutan dari tempat lain tetapi anda juga harus bijak untuk tawar-menawar.

Selain itu, barangan seperti keychain ataupun magnet peti sejuk yang lawa juga dijual disini untuk dijadikan cenderahati dari Cameron Highland. Boleh katakana Kea Farm ini memiliki semuanya untuk singgah membeli belah disitu sebelum pulang. Kebiasaannya tempat ini sangat sesak dengan pengunjung pada musim cuti dan hujung minggu.

 

Taman Agroteknologi MARDI

Taman Agroteknologi MARDI

Kredit Foto: Taman Agroteknologi MARDI

Taman Agroteknologi MARDI ialah satu tempat wajib untuk dikunjungi oleh semua pelancong yang datang ke Cameron Highland. Yang menariknya disini ialah hampir kesemua tarikan yang terdapat di Cameron Highland boleh dilihat dalam Taman Agroteknologi Mardi.

Dengan keluasan sekitar 42 hektar, terdapat banyak tarikan dalam taman ini seperti English Garden, Taman Bunga, Ladang Strawberi, Taman Orkid, Taman Arnab, dan banyak lagi.

Bagi yang suka berfotografi pasti suka, kerana banyak tempat yang cantik untuk bergambar disitu. Selain dari udara yang nyaman, pemandangan disitu juga sangat menenangkan dengan landskap yang kehijauan.

Jika anda ingin merasai suasana seperti di England, boleh cuba untuk menginap di English Cottage.

 

Taman Rama-Rama

Taman Rama-Rama

Berkunjung ke Taman Rama-Rama adalah salah satu aktiviti yang santai apabila ke Cameron Highland. Harga untuk masuk ke Taman Rama-Rama di sini juga berpatutan.

Anda pasti teruja melihat pelbagai spesies rama-rama berlainan warna dan saiz yang pastinya cantik belaka. Disini bukan hanya rama-rama sahaja boleh dilihat tetapi terdapat juga haiwan seperti jenis amfibia, reptilia dan serangga.

Landskap taman yang penuh dengan pokok bunga yang berwarna warni lagi mencantikkan tempat tersebut. Setelah penat berjalan sekitar taman rama-rama ini, anda boleh singgah ke kafe untuk berehat dan minum-minum disitu.

 

The Sheep Sanctuary

The Sheep Sanctuary

Kredit Foto: The Sheep Sanctuary

Ketika berada di ‘The Sheep Sanctuary’ anda akan dapat melihat kambing biri-biri yang gebu diimport khas dari Australia. Siapa tidak teruja kerana anda boleh bermesra dengan biri-biri yang dikatakan dari baka merino. Tidak kira kanak-kanak atau dewasa, pasti seronok untuk luangkan masa disini.

Pelancong boleh memegang bulunya yang lembut, memberi makan dan bergambar sepuasnya dengan biri-biri tersebut. Biri-biri tersebut dibiarkan bebas di dalam kawasan ladang, jadi anda boleh membawa anak bermain dengan biri-biri tersebut.

The Sheep Sanctuary antara tarikan yang terkenal di Cameron Highlands.

 

Ladang Lebah

Ladang Lebah

Kalau mahu tengok bagaimana lebah diternak, anda boleh singgah ke beberapa ladang lebah yang terdapat di Tanah Tinggi Cameron.

Malah, anda boleh lihat cara penghasilan madu dengan lebih dekat. Kalau anda nak belajar serba sedikit mengenai lebah dan madu, terdapat pameran yang memberi pelbagai info kepada para pengunjung.

Jangan lepaskan peluang untuk membeli madu yang dijamin asli dan juga cenderahati yang dijual di kedai mereka.

 

Animal Feeding Rainbow Garden

Animal Feeding Rainbow Garden

Kredit Foto: Animal Feeding Rainbow Garden

Cameron Highland memang terkenal dengan strawberi dan ladang teh tetapi jika anda ingin membuat aktiviti bersama haiwan, ia boleh dilakukan di Animal Feeding Rainbow Garden.

Ibu bapa digalakkan membawa anak-anak berkunjung ke sini kerana ianya berkonsepkan ‘petting zoo’yang pasti membuatkan anak-anak gembira. Harga tiket untuk kemasukan juga murah iaitu hanya RM6 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.

Tempatnya yang dihias penuh dengan warna warni pasti menaikkan mood ceria ketika bermain dengan binatang disitu. Anda boleh memberi makan dan bergambar dengan binatang yang dibiarkan bebas dikawasan mereka seperti arnab, kambing biri-biri, burung dan banyak lagi binatang lain.

Kawasan Animal Feeding Rainbow Garden ini tidak terlalu besar tetapi cukup puas untuk bermesra dan bergambar dengan semua binatang yang ada.

 

Lavender Garden

Lavender Garden

Kredit Foto: Lavender Garden

Kepada penggemar bunga pasti sangat gembira jika berkunjung ke Lavender Garden. Sebuah taman yang dipenuhi dengan pokok bunga Lavender dan juga pelbagai jenis bunga lain yang berwarna warni serta buah strawberi pasti menarik untuk dikunjungi.

Setiap sudut di taman ini sangat sesuai untuk bergambar dek kerana landskapnya yang cantik dan kemas. Anda boleh menenangkan fikiran dengan melihat bunga-bunga disitu sambil menghirup udara yang penuh dengan aroma yang menyegarkan.

Lagi menarik, anda boleh mencuba aiskrim istimewa disitu yang berperisa lavender. Pasti anda tertanya bagaimana rasanya, jadi marilah datang ke Lavender Garden untuk merasai sendiri keistimewaannya.

Sebelum pulang, anda boleh membeli sedikit cenderamata dari kedai yang terdapat disitu buat kenangan.

 

Cactus Valley

Cactus Valley

Kredit Foto: visitmalaysia.info

Tidak semua tempat mempunyai taman yang memang khas untuk pokok kaktus seperti Cactus Valley. Terdapat pelbagai jenis pokok kaktus yang berbagai bentuk yang mampu menarik perhatian.

Kepada peminat pokok kaktus, tempat ini adalah syurga buat anda. Kalau anda berminat, anda boleh membeli pokok kaktus dengan harga yang berpatutan dengan kualitinya kerana dijamin pokok disini dijaga dengan baik.

Anda juga tidak perlu risau dengan cuaca jika hujan kerana kawasan Cactus Valley ialah berbumbung. Kepada yang tidak gemar dengan pokok kaktus, disini terdapat kawasan untuk memetik buah strawberi jika anda bosan menunggu orang memilih pokok kaktus.

Cactus Valley dibuka pada setiap hari dan dibuka seawal 8 pagi sehingga 6 petang. Bayaran kemasukan ke sini juga ialah berpatutan dengan pengalaman dapat melihat beberapa tanaman kaktus yang berusia hampir 60 tahun.

 

Cactus Point

Cactus Point

Selain Cactus Valley, Cactus Point juga merupakan lokasi yang popular dengan tanaman pokok kaktusnya. Disini juga terdapat bermacam jenis pokok kaktus yang menarik perhatian para pembeli. Lokasi Cactus Point juga terletak tidak jauh daripada Kea Farm.

Kemasukan ke tempat ini yang percuma pasti lagi menarik perhatian orang ramai untuk singgah melihat apa yang menarik di Cactus Point. Selain dari pokok kaktus yang anda boleh jadikan hadiah kepada keluarga ataupun kawan, tanaman bunga dan strawberi juga terdapat disini.

Para pelancong pasti suka untuk singgah Cactus Point kerana kemudahan tempat parkir kereta yang disediakan dan juga tempatnya yang bertutup bumbung.

 

Time Tunnel Museum

 

View this post on Instagram

 

A post shared by .. (@farahsubhi)

Time Tunnel Museum ialah satu tarikan yang lain dari yang lain di Cameron Highland dimana ia merupakan muzium memorabilia yang pertama di Malaysia. Dibuka pada tahun 2007,  ia merupakan salah satu tarikan utama di Cameron Highland yang terletak di Brinchang.

Banyak benda yang menarik dan barangan antik disini yang mampu mengimbau zaman dulu seperti tin susu lama, dapur minyak tanah, duit lama, gambar-gambar lama dan bermacam lagi barangan antik lain yang dipamerkan.

Jika anda seorang yang meminati barangan antik, Time Tunnel Museum ialah tempat yang wajib singgah. Bayaran dikenakan juga adalah sangat berbaloi nak dibandingkan dengan nilai nostalgia tersebut.

 

Avant Chocolate Cameron Highlands

Avant Chocolate Cameron Highlands

Kredit Foto: visitmalaysia.info

Kepada para penggemar coklat dan manisan sangat rugi jika tidak singgah ke Avant Chocolate Cameron Highlands. Disini ada pelbagai jenis kopi, teh, dan coklat dan kek.

Aiskrim yang mempunyai pelbagai rupa yang menarik juga dijual di sini yang pasti mampu menarik perhatian anak kecil. Makanan berat seperti western juga ada disini jika anda lapar ketika singgah disitu.

Boleh katakan banyak benda menarik yang terdapat di Avant Chocolate ini seperti paddle boat untuk anak-anak, tempat pejalan kaki yang dipenuhi dengan lock love, mini lake, lavender mini garden dan banyak lagi yang lain yang pastinya seronok.

 

Cameron Adventurous ATV & Safari

Cameron Adventurous ATV & Safari

Kredit Foto: Cameron Adventurous ATV & Safari

Ingin merasai pengalaman yang mencabar sikit apabila melancong ke Cameron Highland? Cameron Adventurous ATV & Safari ialah tempat yang sesuai untuk dikunjungi. Tarikan ini terletak di Kuala Terla, Cameron Highland yang menyediakan pelbagai pakej menarik.

Menariknya disini ialah anda boleh menaiki ATV dan berpusing sekitar kawasan ladang the itu sampai ke kawasan puncak. Tetapi hanya golongan berumur 16 tahun keatas sahaja dapat mengendalikannya kerana faktor keselamatan.

Anda dapat melihat pemadangan yang penuh kehijauan pokok teh apabila sampai di atas puncak dan bergambar sepuasnya. Pasti ia akan jadi pengalaman yang seronok dan mencabar menunggang ATV di lereng bukit.

Anda juga boleh menaiki kenderaan 4×4 Safari yang akan membawa anda meneroka kawasan ladang teh dengan lebih selamat. Bayaran yang dikenakan juga tidak terlalu mahal untuk pengalaman yang menakjubkan ini.

 

Big Red Strawberry Farm

Big Red Strawberry Farm

Kredit Foto: visitmalaysia.info

Tidak sahlah kalau bercuti ke Cameron Highland tk singgah ke Big Red Strawberry Farm. Cameron Highland memang terkenal dengan tanaman strawberi yang segar. Big Red Strawberi adalah salah satu tempat yang paling besar di Cameron Highland.

Masuk ke sini tidak akan dikenakan bayaran tetapi kalau anda ingin memetik buah strawberi bayaran akan dikenakan. Bagi sesiapa yang tiada pengalaman memetik buah strawberi, anda boleh mencubanya disini.

Seperti di kebanyakan tempat, disini juga terdapat hidangan menu seperti waffle, scones, kek muffin dan banyak lagi yang berasaskan strawberi. Anda boleh beli dan makan disitu sambil melihat ladang yang penuh dengan strawberi.

 

KHM Strawberries & Jam

KHM Strawberries & Jam

Kredit Foto: KHM Strawberries & Jam

Satu lagi tempat anda boleh merasai pengalaman makan dengan santai di ladang strawberi. Pemilik ladang ini juga ialah bumiputra jadi anda tidak perlu risau akan status halal untuk makan disitu.

Pelancong datang ke sini wajib merasa scone, aiskrim dan banyak lagi hidangan lain yang berasaskan strawberi yang boleh dicuba. Lebih menarik mereka menggunakan buah strawberi yang dipetik di ladang untuk hidangan makan tersebut. Pasti rasanya lebih segar buah strawberinya.

Sebelum pulang, anda boleh membeli jam strawberi yang sedap ini untuk dibawa pulang.

 

YZ Strawberry Farm and Cafe

YZ Strawberry Farm and Cafe

Kredit: YZ Strawberry Farm and Cafe

Sama seperti KHM Strawberries, lokasi YZ Strawberry juga berada di Kampung Taman Sedia.

Kampung Taman Sedia ini memang tumpuan orang ramai jika bercuti ke Cameron Highlands. Jadi anda boleh jangka, ramai orang yang akan singgah ke YZ Strawberry terutamanya pada hujung minggu.

Apa yang ditawarkan ialah anda boleh memetik buah strawberi sendiri di kawasan kebunnya. Selepas penat memetik buah strawberi, anda boleh pergi ke kafe dan menikmati pelbagai jenis masakan yang ada di sini.

Sebelum balik, boleh beli jem strawberi yang dijual disini.

 

Farmers Arcade

Farmers Arcade

Farmers Arcade  sangat terkenal dengan kepelbagaian tanaman bunga dan pokok  untuk dibeli. Kedudukannya yang hanya terletak di tepi jalan pasti memudahlan untuk pengunjung singgah.

Banyak pokok bunga yang menarik yang dijual disitu seperti bunga matahari, pokok bunga raya, bunga lavender, dan bermacam lagi jenis pokok yang lainnya untuk dijadikan tanaman hiasan dirumah.

Selain itu, strawberi dan pelbagai bentuk cenderahati juga ada dijual jika anda tidak puas membeli di tempat lain. Farmers Arcade ini juga berdekatan dengan kedai-kedai lain disitu, jadi mudah untuk anda melihat cenderahati lain untuk dibeli.

Pengunjung boleh membeli makanan seperti aiskrim dan pelbagai jenis pastri untuk dijamah. Jadi sebelum pulang ke rumah, anda boleh singgah sebentar disini.

 

Cameron Centrum

 

View this post on Instagram

 

A post shared by (@cl_9495)

Ingin merasai percutian ala-ala di Eropah, Cameron Centrum adalah destinasi yang sesuai untuk dikunjungi. Tarikan baru yang terletak di Brinchang ini pasti akan menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihat design bangunan disitu seperti English style.

Cameron Centrum ini sangat sesuai kepada pengunjung yang suka mengambil gambar dan nak ber ‘ootd’. Sambil berjalan di kawasan situ, anda boleh singgah ke bermacam kedai yang terdapat disitu seperti Family Mart, Baskin Robbin, Cu Mart, Marrybrown dan bermacam lagi untuk membeli makan dan sedikit keperluan.

Kepada yang membawa anak kecil juga boleh biarkan mereka berlari disini kerana kawasannya agak luas.

 

Jadi, tidak hairanlah setiap hujung minggu atau cuti sekolah, Cameron Highlands pasti sesak bukan hanya kerana suhunya yang nyaman tetapi juga banyaknya tempat atau tarikan menarik yang ditawarkan kepada pengunjung.

Jangan lepaskan untuk melawat tempat-tempat di atas ketika bercuti ke tempat sejuk ini. Selamat Bercuti!

Kongsi:
Save on your hotel - hotelscombined.com

Leave a Reply