Bila bercakap mengenai pulau-pulau yang menarik di Terengganu, yang pasti menjadi bualan orang ramai ialah Pulau Perhentian, Redang, atau Kapas.
Tetapi terdapat satu pulau yang tidak sepopular seperti Pulau Perhentian tetapi keindahannya tetap menarik perhatian para pengunjung iaitu Pulau Lang Tengah Terengganu.
Kalau anda mencari pulau yang tidak terlalu ramai pelancong, Pulau Lang Tengah adalah pulau yang boleh anda jejaki.
Pulau Lang Tengah Terengganu
Pulau Lang Tengah merupakan sebuah pulau kecil yang terletak di antara Pulau Perhentian dan Pulau Redang.
Sebuah pulau ‘hidden gem’ yang ada orang tahu dan mungkin juga ada yang tidak tahu. Ini kerana Pulau ini kurang dikomersialkan, tidak seperti pulau lain yang berhampiran dengannya.
Kawasan pantai yang cantik, pemandangan air laut yang jernih serta kebiruaan pasti menarik minat pengunjung untuk bercuti kesini.
Tempat yang amat sesuai kepada pengunjung yang mahu percutian yang privasi, tenang dan aman damai.
Di sini juga menjadi salah satu port terbaik bagi para penyelam untuk melakukan scuba diving.
Cara ke Pulau Lang Tengah
Jika anda memandu sendiri, anda boleh terus pergi ke Jeti Merang dan anda tidak perlu risau kerana terdapat parking berbayar untuk anda tinggalkan kereta anda sepanjang anda bercuti ke Pulau Lang Tengah.
Anda turut boleh menaiki bas ekspres dari pelbagai destinasi ke Terminal Bas Kuala Terengganu dan kemudian pergi ke Jeti Merang menggunakan teksi atau Grab Car jika ada.
Untuk tambang lebih murah anda boleh menggunakan perkhidmatan bas antara bandar di mana anda boleh terus turun di Jeti Merang. Kalau anda tidak pasti nak turun dimana, bagi tahu saja pemandu bas nak turun di Jeti Merang.
Sesiapa yang mengambil penerbangan ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud, anda boleh menggunakan pengangkutan awam selepas itu untuk ke Jeti.
Pulau Lang Tengah diakses dengan menggunaan bot. Perjalanan dari Jeti Merang ke Pulau ini mengambil masa lebih kurang 30-45 minit.
Resort Di Pulau Lang Tengah
Di pulau ini tidak banyak pilihan resort yang boleh dipilih oleh para pengunjung. Hanya terdapat 3 resort yang beroperasi:
Malah, jarak dari satu resort ke satu resort yang lain agak jauh, jadi memang rasa private.
Aktiviti Menarik Di Pulau Lang Tengah
Kalau pergi bercuti ke pulau, aktiviti wajib mestilah snorkeling. Tapi banyak lagi aktiviti lain yang boleh dilakukan seperti:
- Scuba diving
- Kayak
- Jungle trekking
- Bermain di pantai yang cantik
- Melihat matahari terbenam
- Atau mandi di kolam yang disediakan di resort
Kalau untuk snorkeling, kebiasannya ada dalam pakej kepada yang ambil pakej tetapi kalau pergi DIY, anda boleh sewa dari resort. Sepanjang anda disini boleh isi dengan pelbagai aktiviti yang menarik.
Pakej Atau DIY Ke Pulau Lang Tengah
Kebanyakkan pengunjung akan mengambil pakej kerana lebih mudah. Anda boleh mengambil pakej dari agensi pelancongan atau pakej yang memang disediakan oleh resort itu sendiri. Pergi ke laman web mereka dan boleh survey mana pakej yang anda mahu ambil.
Tetapi sebelum anda mengambil sebarang pakej pastikan tanya semua details yang mana anda tidak faham untuk mengelakkan sebarang salah faham.
Anda juga boleh pergi sendiri tanpa mengambil pakej. Untuk resort, anda boleh menempah di Agoda atau di laman web mereka sendiri. Bagi pengangkutan bot pergi dan balik anda boleh tempah di Merang Jetty.
Musim Monsun Pantai Timur (Musim Tengkujuh)
Pulau ini berada di negeri Terengganu, jadi seperti yang kita tahu kebiasannya negeri di pantai timur akan mengalami musim tengkujuh (Monsun Timur Laut) pada hujung dan awal tahun.
Lazimnya, waktu ini semua pusat peranginan di pulau akan menutup operasi untuk beberapa bulan bermula awal bulan 11 hinggah bulan 2 atau 3. Penutupan atas sebab keselamatan kerana waktu ini ombak bergelora.
Pesanan Kepada Pengunjung
Tiada restoran atau kedai makan di pulau ini, jadi makanan memang dari resort.
Kalau yang ambil pakej mungkin harga sudah termasuk untuk makan. Kalau yang pergi secara DIY, nak jimat boleh la bawak makanan dari daratan.
Kesimpulan
Jadi ini serba sedikit info mengenai Pulau Lang Tengah. Mungkin boleh masuk dalam senarai tempat menarik untuk anda pergi di Terengganu bagi percutian anda seterusnya. Mungkin boleh cuba pulak pergi ke Pulau ini.
Harap membantu untuk percutian anda seterusnya. Selamat Bercuti!