Tempat Menarik Untuk OOTD di Penang

10 Tempat Menarik Untuk OOTD Di Penang

  • Post comments:0 Comments
  • Reading time:12 mins read
  • Post last modified:February 29, 2024
  • Post author:
*Di laman ini mungkin mengandungi pautan ‘affiliate’, yang bermaksud bahawa kami akan menerima komisen kecil jika anda mengklik salah satu pautan produk. Tidak dikenakan bayaran lebih jika membeli produk melalui link kami. Terima kasih atas sokongan anda*

 

Pulau Pinang memang destinasi yang menarik untuk melancong dalam negara. Malah, dipilih oleh CNN sebagai destinasi pelancongan terbaik untuk tahun 2022. Jadi tidak hairan ketika hujung minggu atau cuti umum, Penang pasti akan sesak.

Mana tidak sesak, dengan banyaknya tempat yang menyeronokkan, tempat makan yang best dan mempunyai banyak tempat penginapan yang menarik, pasti menarik minat pelancong untuk bercuti ke Pulau Mutiara ini.

Malah, Pulau mutiara ini terkenal dengan beberapa port menarik untuk yang kaki bergambar. Kepada yang memang suka bergambar, kami senaraikan tempat menarik untuk OOTD di Penang sebagai rujukan anda.

Penang Botanical Garden

Penang Botanical Garden

Kredit Foto: Jabatan Taman Botani Pulau Pinang

Kawasan taman ini yang mempunyai pelbagai jenis tumbuhan menjadi salah satu tempat tumpuan orang ramai terutamanya penduduk tempatan. Kepada yang suka alam semulajadi, taman ini sesuai untuk anda. 

Tempat yang menyenangkan untuk melarikan diri dari suasana bandar yang sibuk dan best untuk berjalan-jalan atau berehat di taman yang tenang ini.

Kepada yang mahu outdoor photoshoot terutamanya untuk gambar kahwin, taman ini sesuai sangat untuk mengambil gambar yang mahu berlatang belakang alam semulajadi. Kepada yang kaki OOTD boleh consider untuk melawat kesini.

Anda tidak akan berasa rugi pergi sini sebab masuk ke taman ini adalah percuma. Dibuka dari pukul 5:00 pagi sehingga 8:00 malam pada setiap hari.

 

Street Art Penang

Street Art Penang

Anda pasti sudah tahu yang Pulau Pinang atau lebih spesifik di bandar Georgetown memang terkenal dengan karya seni jalanan.

Banyak karya-karya yang menarik yang boleh anda temui disini. Salah satu kawasan yang anda tidak mahu terlepas ialah Armenian Street. Tempat wajib pergi jika anda mahu ambil gambar yang menarik.

Street Art Penang ni kawasannya besar, jadi bersedia dengan kamera anda dan tangkap gambar sepuas-puasnya.

 

The Top Komtar

The Top Komtar

Kredit Foto: The Top Penang

Anda boleh naik ke salah satu bangunan ikonik di Penang iaitu The Top Komtar dan mengambil gambar dari atas dengan berlatang belakang bandar Georgetown. Mengambil gambar di jambatan kaca separuh bulat iaitu Rainbow Skywalk yang berada di tingkat 68.

Mahu pemandangan lebih cantik, anda datang pada waktu malam. Harga tiket masuk Rainbow Skywalk boleh tahan harganya, jadi gunakan masa sebaiknya jika pergi ke tempat ini.

Selain Rainbow Skywalk, banyak lagi tarikan best yang lain ditawarkan kepada pengunjung.

 

Upside Down Museum

Upside Down Museum

Kredit: Upside Down Museum

Banyak muzium yang ada di Penang, Upside Dowm Museum adalah salah satu muzium yang anda tidak mahu terlepas untuk pergi.

Jika kita lihat dari namanya, kita tahu keunikan tempat ini ialah perabot dan segala peralatan atau objek yang ada disini semuanya terbalik.

Pelbagai hiasan bilik yang menarik seperti bilik tidur, dapur dan banyak lagi yang ditawarkan kepada para pengunjung.

Tempat yang menyeronokkan untuk meluangkan masa bersama keluarga atau kawan-kawan sambil bergambar sakan di sini. Anda boleh melihat gelagat masing-masing untuk bergaya ketika mahu bergambar.

Bacaan Lain Yang Menarik: Muzium Menarik Di Penang

 

Rumah Agam Peranakan Pulau Pinang

Rumah Agam Peranakan Pulau Pinang

Kredit: Supanut Arunoprayote

Merupakan sebuah rumah agam yang dijadikan muzium untuk dikunjungi para pelancong. Bila melawat muzium ini anda akan belajar, mengetahui dan menerokai serba sedikit mengenai sejarah dan budaya masyarakat Peranakan di Pulau Pinang.

Rumah agam ini yang dibina pada sekitar abad ke 19, telah dipulihara dan dijadikan muzium dengan menempatkan pelbagai koleksi untuk tatapan umum yang berkunjung ke sini.

Anda boleh melihat koleksi seperti barang kemas, perabot dan banyak lagi. Luangkan sedikit masa anda untuk melawat tempat ini.

 

Bukit Bendera

bukit bendera

Kredit Foto: Penanghill

Tidak lengkap percutian anda ke Penang jika tidak pergi ke bukit Bendera. Boleh dikatakan ia antara tempat wajib untuk anda lawati!

Bila anda sudah sampai diatas, anda dapat melihat pemandangan indah bandar Georgetown. Sambil melayan panorama cantik, anda boleh OOTD. Terdapat beberapa spot menarik untuk anda bergambar. Selain itu, anda boleh berjalan kawasan sekitar sambil layan panorama yang indah dan suhu yang nyaman.

Naik ke bukit Bendera ini ada tiga cara iaitu:

  • Funikular
  • Hiking
  • Jeep (Dari Botanical Garden)

Cuma peringatan untuk anda, jika anda pergi pada hujung minggu atau cuti sekolah, tempat ini boleh sesak dengan pengunjung. Yang kurang best adalah anda kena beratur panjang dan menunggu agak lama untuk naik dan turun Bukit Bendera jika menaiki funikular.

 

The Habitat

The Habitat

Kredit: The Habitat Penang Hill

Jika anda mahu cuci mata dengan melihat kehijauan hutan, The Habitat adalah tempat yang harus anda pergi. Ia merupakan salah satu tempat yang menarik di Penang jika anda mahu dekatkan diri dengan alam. Ianya terletak di Bukit Bendera. Jika anda ke Bukit Bendera, anda boleh singgah sebentar dan melawat tempat ini. 

Perlu diingatkan anda perlu membeli tiket untuk masuk ke The Habitat. Tiketnya boleh dibeli secara online. Kepada yang suka alam semulajadi, tempat ini berbaloi untuk anda dilawati.

Bersiar-siar sambil mengambil gambar dengan dikelilingi hutan kehijauan yang berusia jutaan tahun pasti buat anda teruja.

 

Kampung Agong

Kampung Agong

Kredit Foto: Kg Agong (Facebook)

Anda kaki bergambar? Kampung Agong adalah salah satu tempat yang wajib anda pergi sesuai untuk para penggemar OOTD.

Kalau anda mahu bergambar berlatar belakang panorama kampung, disini memang ‘perfect spot’. Kawasan yang menawarkan pemandangan pokok kelapa dan padi ini memang sesuai untuk anda yang mahu ber OOTD.

Malah, banyak prop menarik seperti sarang burung yang besar yang boleh digunakan untuk anda bergambar sakan. Tiket masuk pun tidak terlalu mahal.

Selain bergambar, ada aktiviti lain yang anda boleh layan dan habiskan masa ketika berada disini.

 

Pantai Batu Ferringhi

Pantai Batu Ferringhi

Jika anda mencari tempat bergambar dengan pemandangan pantai dan laut, Pantai Batu Ferringhi wajib dijadikan destinasi pilihan anda.

Merupakan salah satu pantai yang cantik dan cukup terkenal dikalangan pengunjung yang bercuti ke Pulau Pinang. Tetapi pantainya semakin hilang seri akibat hakisan yang berlaku.

Bukan sahaja pantai yang best untuk mengambil gambar tetapi banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Aktiviti yang popular adalah sukan air seperti bermain jet ski, banana boat, mandi manda, parasailing.

Di sekitar pantai mempunyai beberapa pilihan penginapan jika anda mahu bermalam di kawasan sini. Banyak juga restoran-restoran untuk anda singgah.

Belah malam ada pasar malam yang menjual pelbagai barang, sesuai untuk yang mahu bershopping.

 

Taman Negara Pulau Pinang

Taman Negara Pulau Pinang

Taman Negara Pulau Pinang atau juga dikenali sebagai ‘Bay of Glowing Amber’, merupakan taman negara yang terkecil di Malaysia.

Selain The Habitat, tempat ini juga salah satu destinasi yang popular jika anda seorang yang pencinta alam dan ingin melihat keindahan dan kehijauan hutan.

Kepada yang kaki jungle trekking, pasti tidak mahu terlepas untuk merasai sendiri pengalaman di kawasan hutan taman negara ini. Selain jungle trekking, aktiviti lain seperti bird watching, memancing dan juga berkhemah.

Malah, yang lebih menarik bukan sahaja anda akan merasai pengalaman suasana hutan tetapi terdapat juga kawasan tepi pantai yang cantik.

 

Rugi kalau pergi Pulau Pinang tidak pergi salah satu tempat ini. Lebih banyak tempat anda boleh pergi, lagi banyak gambar menarik boleh muat naik ke akaun media sosial anda.

Ada banyak lagi tempat menarik untuk dilawati di Penang. Ada yang kami terlepas mengenai tempat menarik untuk OOTD di Penang? Sila kongsi di ruang komen.

Selamat Bercuti!

Kongsi:
Save on your hotel - hotelscombined.com

Leave a Reply