Penginapan Terbaik Di Tanah Rata

12 Penginapan Terbaik Di Tanah Rata Cameron Highlands

  • Post comments:0 Comments
  • Reading time:17 mins read
  • Post last modified:July 24, 2022
  • Post author:
*Di laman ini mungkin mengandungi pautan ‘affiliate’, yang bermaksud bahawa kami akan menerima komisen kecil jika anda mengklik salah satu pautan produk. Tidak dikenakan bayaran lebih jika membeli produk melalui link kami. Terima kasih atas sokongan anda*

Adakah anda merancang untuk ke tanah tinggi di Pahang ini dan anda memilih untuk menginap di sekitar Tanah Rata?

Sebenarnya banyak hotel, resort, guesthouse atau apartment yang menarik untuk anda pilih, jadi kami akan menolong anda dengan menyenaraikan 11 penginapan terbaik di Tanah Rata Cameron Highlands yang boleh anda cuba untuk percutian anda seterusnya.

Tiny Boutique Habitat

Kredit Foto: Agoda

Sebuah penginapan yang cantik dan besar. Homestay yang berkonsepkan English style ditambah dengan cuaca sejuk, membuatkan seolah-olah anda bercuti di luar negara.

Malah, sekitar kawasan homestay dihiasi pelbagai jenis tanaman bunga menambah lagi kecantikan tempat ini. Bolehlah anda nak berOOTD.

Jangan lepaskan peluang untuk merasa pizza yang dibakar menggunakan kayu api. Unit disini terhad jadi tempah awal jika anda mahu menginap disini.

Century Pines Resort

Kredit Foto: Century Pines Resort

Sebuah hotel yang popular di kalangan pengunjung yang bercuti ke Cameron. Pelbagai kemudahan disediakan dan mempunyai bilik yang selesa.

Lokasinya yang strategik menyebabkan ramai yang memilih untuk menginap disini. Hotel berdekatan dengan kedai makan dan kedai runcit. Boleh berjalan kaki sahaja jika ingin mencari makanan di luar.

Tambahan, hotel ini berdekatan dengan Taman Agroteknologi MARDI.

Hotel Casa De La Rosa

Kredit Foto: Agoda

Salah satu kelebihan hotel ini ialah ia berada di tepi jalan utama. Jadi mudah untuk anda kemana-mana. Malah, hotel ini terletak antara Brinchang dan Tanah Rata dan dekat dengan pasar malam Cameron.

Menawarkan pelbagai jenis bilik untuk tetamu. Yang pasti biliknya selesa untuk anda menginap disini.

Anda boleh pertimbangkan hotel ini jika bercuti bersama keluarga.

Hotel De' la Ferns

Kredit Foto: Hotel De’la Ferns

Sebuah hotel menarik yang menawarkan seni bina gaya Tudor Inggeris. Sama seperti Hotel Casa De La Rosa, penginapan ini juga terletak di antara dua pekan utama di Cameron Highlands iaitu Brinchang dan Tanah Rata.

Penginapan ini mempunyai pemintaan yang tinggi daripada pengunjung yang mahu bercuti di Cameron. Tempat parking pun agak besar memudahkan untuk para tetamu.

Avillion Cameron Highlands

Kredit Foto: Avillion Cameron Highlands

Hotel yang berkonsepkan moden kontemporari untuk seni bina dan dekorasinya. Menawarkan 100 bilik yang besar dan selesa.

Bangunan hotel bersambung dengan Cameron Fair yang merupakan sebuah mall di Tanah Rata. Kedai runcit pun berdekatan sahaja.

Sesiapa yang mahu mencari hotel di pekan Tanah Rata, hotel ini boleh masukkan dalam senarai anda.

Heritage Hotel Cameron Highlands

Kredit Foto: Heritage Hotel Cameron Highlands

Sebuah hotel butik di Cameron yang mempunyai gaya Tudor seperti Hotel De’ la Ferns dan ianya terletak di atas bukit. Anda boleh layan pemandangan yang cantik, menarik dan mendamaikan ketika menginap di hotel ini.

Bilik besar, banyak fasiliti untuk kegunaan para pengunjung, dan tidak perlu pening memikirkan mengenai parking kerana ia berada dalam kawasan hotel.

Kawasan sekitar yang kehijauan buat anda rasa tenang. 

Zenith Cameron

Kredit Foto: Zenith Cameron

Bila bercakap mengenai Hotel Zenith, tentu ramai yang tahu mengenai hotel ini. Terdapat 3 cawangan iaitu di Kuantan, Putrajaya dan kini yang terbaru di Cameron Highlands.

Penginapan yang moden dan mewah, yang menawarkan bilik yang cantik dan cukup selesa serta menawarkan pelbagai kemudahan dan fasiliti untuk keselesaan para tetamu di hotel ini.

Hotel bertaraf 5 bintang, jadi harga satu malam agak mahal. Kalau anda ada duit lebih boleh cuba menginap disini.

Cameron Highlands Resort

Kredit Foto: Cameron Highlands Resort

Resort yang mempunyai persekitaran yang indah, dan dalaman elegan yang menjanjikan kemewahan, romantik dan klasik. Senibina dan dekorasi yang bercirikan ‘english style’ membuatkan ia dikenali sebagai ‘cebisan kecil England di Asia’.

Anda bermain golf? Resort ini terdapat padang golf 18 lubang untuk para tetamu. Disini juga terdapat spa untuk manjakan diri anda.

Menawarkan 56 bilik serba mewah dan luas yang pasti menjanjikan pengalaman menarik untuk anda.

Smokehouse Hotel Cameron Highlands

Kredit Foto: Smokehouse Hotel Cameron Highlands

Penginapan yang bangunannya berkonsepkan colonial dengan keindahan taman sekelilingnya yang dihiasi pokok bunga akan membuat anda merasa seperti bercuti di luar negara.

Bangunan yang dibina pada tahun 1937 ini sangat popular dikalangan pelancong. Hotel ini sesuai kepada yang mahu honeymoon dan juga kepada sesiapa yang mahu mencari ketenangan di Cameron Highlands.

Dekorasi bilik dan dalamannya digayakan dengan gaya klasik.

Kredit Foto: Highlanders Garden Guesthouse

Bukan sahaja selesa tetapi kawasan sekitar yang dikelilingi dengan kehijauan yang indah, boleh buat anda terasa tenang bila menginap di homestay ini.

Lokasinya dekat dengan pekan Tanah Rata, jadi tidak susah untuk mencari kedai.

Walaupun dekat dengan jalan utama tetapi kawasannya tidak terlalu sesak, tidak terlalu serabut dan rasa tenang disini.

Fathers Guesthouse

Kredit Foto: Fathers Guesthouse

Mempunyai rating reviews yang tinggi sudah memberi gambaran bahawa penginapan ini boleh dimasukkan dalam list anda.

Father’s Guesthouse menawarkan bilik yang selesa dan bersih. Harganya pun berpatutan untuk satu malam.

Penginapan ini berkongsi bilik air. Jika anda yang mahu lebih privasi boleh cuba menginap di Fathers Guesthouse Bungalow.

Seronok kalau datang bersama keluarga atau kawan-kawan.

Sleepbox Hotel

Kredit Foto: Sleepbox Hotel

Sleepbox hotel adalah sebuah hotel kapsul. Sebuah penginapan yang boleh anda cuba untuk merasa ala-ala seperti berada di Jepun. Penginapan ini menjadi tumpuan untuk golongan backpackers. Tambahan, sesuai untuk yang travel solo atau bersama kawan.

Penginapan yang murah, sesuai kepada yang tiada bajet yang tinggi untuk menginap di Cameron Highlands.

Lokasinya di Tanah Rata dan cuma lima minit berjalan kaki dari terminal bas. Menyediakan ruang santai untuk anda lepak dengan kawan atau bergaul dengan tetamu yang lain.

Banyak hotel menarik di Tanah Rata. Jadi, mana satu pilihan anda?

Mungkin anda boleh kongsikan pengalaman menginap salah satu penginapan di atas atau mungkin ada penginapan lain yang anda rasa menarik untuk untuk dikongsi. Sila komen di ruang komen untuk panduan pembaca yang lain.

Selamat bercuti!

Kongsi:
Save on your hotel - hotelscombined.com

Leave a Reply