Tempat Menarik di Port Dickson

14 Tempat Menarik di Port Dickson Selain Daripada Keindahan Pantainya

  • Post comments:0 Comments
  • Reading time:17 mins read
  • Post last modified:March 23, 2024
  • Post author:
*Di laman ini mungkin mengandungi pautan ‘affiliate’, yang bermaksud bahawa kami akan menerima komisen kecil jika anda mengklik salah satu pautan produk. Tidak dikenakan bayaran lebih jika membeli produk melalui link kami. Terima kasih atas sokongan anda*

 

Port Dickson merupakan salah satu destinasi di dalam Malaysia terletak di Negeri Sembilan yang sentiasa menjadi perhatian umum untuk dijadikan tempat percutian para pelancong. Terutamanya pengunjung yang berada di sekitar Lembah Klang kerana perjalanannya tidak jauh.

Selain terkenal dengan beberapa pantai yang cantik dan tidak pernah lekang dengan pengunjung, Port Dickson juga banyak destinasi ataupun tempat lain yang boleh dikunjungi jika bercuti ke sana.

Jadi, mari kita lihat beberapa tempat menarik di Port Dickson yang anda boleh lawati sepanjang bercuti di sini.

Bukit Batu Putih

Bukit Batu Putih

Bukit Batu Putih ialah salah satu destinasi yang sesuai bagi penggemar aktiviti mendaki bukit. Terletak di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan Port Dickson.

Bukit Batu Putih boleh dikatakan terkenal kerana pemandangan yang boleh dilihat dari atas sangat cantik dan memukau para pendaki. Pemandangan laut yang boleh dilihat dari puncak pasti menghilangkan rasa penat mendaki itu.

Kemudahan awam juga disediakan disini seperti tandas di pintu masuk dan juga terdapat gerai yang menjual minuman dan makanan ringan.

Ia merupakan destinasi yang sangat sesuai untuk mereka yang ingin menghilangkan stress dengan melakukan aktiviti pendakian sambil melihat tumbuhan hijau. Malah, menjadi salah satu tempat tarikan untuk melihat matahari terbit dengan trek pendakian yang tidak terlalu ekstrem.

Digalakkan untuk datang kesini pada hari biasa kerana kehadiran pengunjung sangat ramai pada musim cuti.

 

Pulau Burung

Kredit: portdickson.info

Pulau Burung ini kecil dan lokasinya bersebelahan dengan Pantai Cahaya Negeri. Ianya adalah Pulau Burung yang dipenuhi dengan pokok bakau.

Ia hanya lebih kepada melihat pemandangan sambil melihat laut yang luas dan tenang. Anda tidak perlu risau kerana terdapat laluan pejalan kaki yang selesa disitu.

Menariknya, terdapat menara tinjau untuk para pengunjung naik sendiri keatas dan melihat pemandangan yang indah terutama sekali pada waktu senja. Kawasan ini memang akan ramai pada waktu senja kerana semua ingin melihat matahari terbenam.

Jambatan yang menjadi jalan penghubung ke Pulau Burung ialah salah satu tempat paling ramai pengunjung ambil gambar matahari terbenam disitu.

Berita baik kepada para pemancing kerana Pulau Burung juga merupakan tempat yang sesuai untuk anda menjalankan hobi anda sambil menenangkan fikiran dari kerja. Alang-alang kalau sudah sampai Port Dickson, singgah ke Pulau Burung memang tidak merugikan.

 

Uncle Wong Happy Farm

Uncle Wong Happy Farm

Kredit: Uncle Wong Happy Farm

Uncle Wong Happy Farm ialah sebuah tempat bercuti bagi peminat aktiviti lasak dan juga aktiviti outdoor. Namanya sahaja sudah gembira, jadi pasti pengalaman berada disini mengujakan.

Kalau anda bosan dengan percutian yang biasa, anda boleh datang ke Lukut dimana Uncle Wong Happy Farm ini terletak dan merasai percutian yang laur biasa.

Pelbagai aktiviti yang ditawarkan disini seperti berkayak, ATV, dan juga paddle boat. Pelancong dapat berkayak atau menaiki paddle boat disini sambil dikelilingi pokok di sekitarnya. Pengalaman yang pasti sangat seronok.

Kalau anda teringin untuk mencuba aktiviti ATV tetapi sebagai seoarang ‘beginner’, Uncle Wong Happy Farm ialah yang terbaik kerana jalan yang digunakan ialah laluan kelapa sawit yang tidak berapa mencabar. 

Selain itu, disini juga terdapat perkhidmatan lain seperti tapak untuk berkhemah dan juga BBQ. Anda boleh datang untuk ‘staycation’ bersama rakan-rakan mahupun keluarga dihujung minggu. Tempat ini juga sesuai kalau anda mahu buat team building.

 

Rumah Terbalik Port Dickson

Rumah Terbalik Port Dickson

Kredit: Rumah Terbalik Port Dickson

Rumah Terbalik ialah salah satu destinasi yang sesuai untuk semua yang suka bergambar. Di Malaysia memang terdapat banyak rumah terbalik, dan Port Dickson merupakan salah satu lokasi yang mempunyai rumah terbalik ini.

Nama pun rumah terbalik, jadi sudah pasti dekorasi di tempat ini terbalik. Malah, mempunyai tempat bergambar yang ‘mind blowing’, sesuai untuk tangkap gambar lain dari yang lain sebagai memori disini.

Kalau anda seorang yang mahir dalam mengambil gambar, sudah pasti hasil gambar nampak menarik. 

Kalau datang ke Port Dickson, anda boleh merancang untuk singgah ke sini membawa anak-anak. Sudah pasti mereka akan sangat teruja. Rumah Terbalik Port Dickson ini terletak di Jalan Coral Walk, Jalan Pantai Port Dickson.

 

Pusat Ikan Hiasan Port Dickson

Pusat Ikan Hiasan Port Dickson

Kredit: Rumah Terbalik Port Dickson

Rugi kalau datang ke Port Dickson tetapi tidak singgah ke Pusat Ikan Hiasan Port Dickson. Bukan sahaja tiket kemasukan percuma tetapi banyak info-info menarik yang boleh anda perolehi ketika berkunjung ke tempat ini.

Terletak di Pantai Teluk Kemang, anda boleh melihat pelbagai jenis spesis hidupan marin seperti ikan, kuda laut, batu karang dan bermacam lagi.

Nak tengok penyu pun ada. Jadi, sesiapa yang duduk berdekatan dengan Port Dickson tidak lagi perlu pergi jauh ke Terengganu untuk melihat penyu.

Ibu bapa boleh membawa anak-anak kesini pada waktu lapang, dijamin mereka pasti gembira sambil boleh belajar tentang hidupan laut.

 

Alive 3D Art Gallery

Alive 3D Art Gallery

Kredit: Segar City

Selain Rumah Terbalik Port Dickson, satu lagi tempat menarik untuk mengambil gambar adalah Alive 3D Art Gallery. Mudah saja untuk mencari galeri ini kerana lokasinya yang terletak di kawasan rumah kedai.

Bayaran untuk kemasukan juga adalah sangat berbaloi dengan pengalaman yang baru dan menarik boleh didapati di Alive 3D Art Gallery.

Sesiapa yang suka bergambar sangat berbaloi untuk kesini sebab tempat bergambar semua memang unik dan nampak ‘real’ jika benar cara tangkapannya. 

Tempat yang harus dikunjungi bersama anak-anak jika datang ke Port Dickson, mereka pasti gembira melihat banyak lukisan menarik disitu.

Anda digalakkan untuk merancang jadual percutian anda kesini sebaiknya untuk mengelakkan bersesak semasa bergambar.

 

Wild West Cowboy (Mini Theme Park)

Wild West Cowboy (Mini Theme Park)

Kredit: Segar City

Lokasinya mudah saja untuk dicari iaitu berdekatan dengan Alive 3D Gallery PD. Wild West Cowboy ialah sebuah taman tema ‘indoor’ yang menyediakan pelbagai tarikan yang seronok seperti 5D Motion Adventure & 7D Interactive Movie yang memberikan pengalaman seperti anda berada dalam movie tersebut.

Permainan untuk kanak-kanak juga menarik seperti Rider Boat, Wild West Desert Explorer serta banyak lagi yang lain yang pastinya seronok untuk mereka.

Tips dia untuk bergembira disini ialah pergi dalam satu kumpulan kerana kebanyakan aktiviti disitu lebih seronok jika bermain dalam satu kumpulan.

Di sini juga terdapat permainan ‘Escape Room’ yang mempunyai tema berbeza untuk dimainkan. Wajib masuk ke Escape Room kerana ia sebuah permainan yang seronok sambil meluangkan masa bersama. 

 

Rumah Api Cape Rachado

Rumah Api Cape Rachado

Kredit: Majlis Perbandaran Port Dickson

Rumah Api Cape Rachado ialah sebuah rumah api yang dibina sejak zaman penjajah dahulu dan antara rumah api yang tertua di Malaysia. Nama lain bagi Rumah Api Cape Rachado ialah Rumah Api Tanjung Tuan.

Rumah api ini terletak tidak jauh dari Hotel Lexis Hibiscus, jadi kalau anda menginap di hotel itu boleh singgah sebentar ke Rumah Api Cape Rachado.

Menariknya disini, pengunjung yang datang boleh melihat pemandangan yang cantik dan luas di atas puncak itu.

Untuk sampai ke rumah api tersebut, anda tidak perlu mendaki terlalu tinggi. Jadi, kalau ibu bapa yang ingin membawa anak-anak kesini juga sesuai sahaja.

Suasana sepanjang perjalanan sebelum sampai ke puncak juga dipenuhi dengan kehijauan pokok yang cukup menenangkan.

 

Muzium Lukut

Muzium Lukut

Kredit: Chongkian

Muzium Lukut ialah sebuah muzium yang dibina untuk mempamerkan dan menceritakan tentang asal usul Kota Lukut di Negeri Sembilan dan juga sejarah tentang bijih timah di negara Malaysia.

Bagi penggemar sejarah, Muzium Lukut ialah salah satu tempat yang harus dikunjungi jika datang ke Port Dickson ini.

Paling menakjubkan disini ialah masih terdapat kesan peninggalan seperti perigi walaupun sudah bertahun lamanya. Terdapat juga pelbagai artifak dan bahan pameran di Muzium Lukut yang dapat memberi maklumat kepada para pengunjung.

Kemasukan ke dalam muzium ini juga percuma sahaja. Jadi, kalau sudah datang Port Dickson marilah singgah ke Muzium Lukut melihat monumen bersejarah.

 

Muzium Tentera Darat

Muzium Tentera Darat

Kredit: Muzium Tentera Darat

Dengar nama sahaja sudah tahu bahawa muzium ini penuh dengan ketenteraan. Muzium yang sangat menarik untuk dilawati dengan pelbagai bahan pameran, replika dan juga banyak informasi berkaitan ketenteraan yang boleh dibaca oleh para pengunjung.

Menariknya, muzium ini terbahagi kepada beberapa galeri yang setiap satunya membawa cerita tersendiri. Kalau dah sampai sini wajib untuk pergi ke semua sudut muzium ini kerana dijamin tidak akan menyesal malah kagum dengan pameran tersebut.

Di Muzium Tentera Darat juga terdapat terowong yang mempunyai jarak perjalanan lebih kurang 142-meter yang dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) bagi tujuan pemantauan dan keselamatan kepada pengunjung yang datang.

 

PD FOREST SG MENYALA (Pusat Edu-Ecotourism)

PD FOREST SG MENYALA

Kredit: Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan

PD Forest Sungai Menyala atau sebelum ini dikenali sebagai Pusat Edu-Ecotourism terletak di Si Rusa Negeri Sembilan yang hanya 12 km saja dari Bandar Port Dickson.

Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti treking, melihat hidupan flora dan fauna, merentas hutan, penyelidikan dan banyak lagi.

Trek laluan untuk basikal juga disediakan disini bagi sesiapa yang ingin berbasikal. Senang cerita memang PD Forest ini destinasi yang sangat sesuai untuk meluangkan masa bersama keluarga mahupun aktiviti ‘team building’ kerana bermacam jenis aktiviti boleh dilakukan.

Kemudahan yang disediakan di PD Forest Sungai Menyala juga sangat bagus. Antaranya ialah surau, dorm, sewa basikal, bilik VIP, dewan taklimat, dewan makan, dan tempat letak kenderaan untuk keselesaan pengunjung disitu.

 

Aurora Park Port Dickson

Aurora Park Port Dickson

Aurora Park merupakan satu-satunya petting zoo yang mempunyai haiwan yang mencuit hati serta pameran LED terbesar di Malaysia. Terbahagi kepada taman haiwan dan taman hiasan lampu dan juga mempunyai rabbit terbesar di Malaysia dan diimport dari Holland.

Taman hiburan ini menawarkan pelbagai aktiviti dan tarikan yang cukup istimewa. Malah, menyediakan permainan yang menarik perhatian kanak-kanak seperti tembakan panah, mini soccer, mini trampoline, mini Skytrex.

Aurora Park juga mempunyai 2 slot waktu operasi yang berbeza iaitu dibuka pada waktu siang dan juga waktu malam. Waktu operasi seperti berikut:
1) Petting zoo – 10 am sampai 11pm

2) Pameran LED – 7pm sampai 11pm

Waze ke Aurora Park Port Dickson: https://waze.com/ul/hw22mvgnqj

 

PD Ostrich & Pets Show Farm

PD Ostrich & Pets Show Farm

Kredit: PD Ostrich & Pets Show Farm

Merupakan sebuah zoo dimana anda boleh melihat pelbagai haiwan disini tetapi dengan kawasan lebih kecil. Tetapi tarikan utama semestinya burung unta.

Menakjubkan disini anda boleh masuk dalam kandang burung unta itu sendiri dan juga haiwan lain dan memberi mereka makan secara dekat.

Anda sebagai pelancong yang baru pertama kali melihat burung unta pasti teruja melihatnya dan boleh bergambar sepuasnya dengan jarak sangat dekat. Tidak cukup dengan itu, anda boleh lihat telur burung unta yang sememangnya besar.

Disini juga terdapat binatang lain seperti kuda, arnab, burung dan banyak lagi.

 

PD Waterfront

PD Waterfront

Kredit: PD Waterfront

PD Waterfront destinasi yang sesuai untuk mereka yang ingin santai dihujung minggu bersama keluarga. Salah satu kawasan yang sesuai untuk melihat matahari terbenam.

Anda boleh makan di restoran berdekatan seperti Mcdonald, Starbucks ataupun beberapa kedai makan lain. Bukan selalu dapat nikmat makan tepi pantai.

Pengunjung yang tinggal di hotel berhampiran boleh  keluar malam dan bersiar-siar ambil angin dan lepak di kawasan ini. PD Waterfront juga tempat yang sesuai kepada kaki pancing.

 

Kalau anda mahu bercuti ke Port Dickson tetapi mahu melawat tempat-tempat yang menarik selain dari keindahan pantainya, senarai di atas boleh membantu anda.

Selamat bercuti!

Kongsi:
Save on your hotel - hotelscombined.com