Penginapan Menarik di Malaysia Yang Kelihatan Seperti di Luar Negara

17 Penginapan Menarik di Malaysia Yang Kelihatan Seperti di Luar Negara

  • Post comments:0 Comments
  • Reading time:19 mins read
  • Post last modified:June 12, 2023
  • Post author:
*Di laman ini mungkin mengandungi pautan ‘affiliate’, yang bermaksud bahawa kami akan menerima komisen kecil jika anda mengklik salah satu pautan produk. Tidak dikenakan bayaran lebih jika membeli produk melalui link kami. Terima kasih atas sokongan anda*

Tahukah anda, terdapat beberapa penginapan menarik di Malaysia yang kelihatan seperti di luar negara? Di Malaysia pun anda boleh menempah penginapan yang persekitarannya atau reka bentuk bangunannya yang boleh buat anda berasa seperti di luar negara.

Dapatlah sedikit sebanyak mengubat hati yang lara kerana tidak dapat melancong ke oversea.

Berikut kami senaraikan hotel, villa atau resort yang boleh anda tempah untuk pengalaman percutian anda seterusnya.

Colmar Tropicale Berjaya Hills

Kredit Foto: colmartropicale

Menginap di sebuah hotel yang memberi anda pengalaman seperti berada di salah sebuah bandar di Perancis iaitu bandar Colmar. Menikmati penginapan yang damai dan menyegarkan.

Colmar Tropicale tempat staycation yang sesuai untuk mendapatkan udara yang nyaman.

Malah, tempat ini menawarkan pemandangan yang cantik dan mempersonakan.

Lokasi: Bukit Tinggi, Bentong Pahang

The Chateau

Kalau anda nak tahu perkataan ‘chateau’ dalam bahasa Perancis adalah istana. Malah, anda boleh lihat resort ini seperti istana Perancis pada zaman abad ke-18.

Luaran seperti istana lama tetapi di dalam menawarkan kemudahan dan perabot yang mewah.

Boleh bawak pasangan anda untuk menyambut anniversary di penginapan ekskulif ini. Pasti puas hati.

Lokasi: Bukit Tinggi, Bentong Pahang

The Lakehouse

Kredit Foto: The Lakehouse

Hotel butik menawan yang diilhamkan dengan gaya Inggeris. Duduk sini sambil minum teh ditambah dengan cuaca yang nyaman, boleh nak feeling seperti berada di UK.

Tempat yang menawarkan bilik dan suite yang bergaya dengan hiasan antik.

Boleh tahan harganya untuk satu malam tapi sekali sekala bawak pasangan atau keluarga anda kesini apa salahnya jika mampu.

Lokasi: Cameron Highlands, Pahang

Amanje Resort

Kredit Foto: The Amanjena Resort

Penginapan yang popular di Melaka kerana kelihatan seperti di di sebuah tempat popular di Greece iaitu Santorini.

Keunikan reka bentuk bangunan dan pemilihan warna biru putih yang memang sama seperti berada di Santorini.

Tunggu apa lagi, nak pergi Greece mahal, jadi bawa keluarga anda bercuti kesini!

Lokasi: Masjid Tanah, Melaka

Casa Del Rio

Kredit Foto: Casa Del Rio

Anda mencari penginapan ekslusif dan mewah di Melaka? Hotel Casa Del Rio boleh dimasukkan dalam senarai anda.

Seni bina dan suasana di hotel 5 bintang ini diilhamkan dengan gaya Mediterranean. 

Lokasi Casa Del Rio begitu strategik iaitu terletak di tepi Sungai Melaka dan tidak jauh dengan tempat-tempat menarik seperti Jonker Street.

Hotel pun bertaraf 5 bintang, harga pasti 5 bintang juga. 

Lokasi: Taman Kota Laksamana, Melaka

Riviera Suites

Kredit Foto: Riviera Suites

Tidak semua orang mampu untuk menginap di hotel Casa Del Rio, jadi kami senaraikan salah satu hotel di Melaka juga yang harga menginap untuk satu malam tidak terlalu mahal.

Yang uniknya, design luar hotel ini seakan akan ada senibina Perancis. 

Jadi kepada yang tiada bajet untuk hotel yang mahal-mahal, boleh la cuba menginap disini.

Lokasi: Taman Pulau Melaka, Melaka

Humble Hobbit Home

Kredit Foto: Humble Hobbit Hoe

Tempat ini ala seperti berada di Hobbiton New Zealand yang diinspirasi dari filem The Lord Of The Rings.

Jadi orang Malaysia tidak perlu terbang jauh ke New Zealand kerana kita mempunyai versi kita sendiri yang berada di Kundasang.

Ditambah dengan pemandangan gunung yang memukau pasti memberi pengalaman percutian yang menarik.

Lokasi: Kundasang, Sabah

Wind Paradise Mongolian Yurt

Nak merasa duduk di khemah Mongolia? Anda tidak perlu untuk pergi Mongolia, pergi Kundasang saja, anda dah dapat merasa duduk di khemah ala-ala Mongolia yang agak luas.

Ditambah, berada di tempat yang udara sejuk dan nyaman. Kalau di Kundasang, bila waktu malam boleh tahan sejuknya.

Yang pasti penginapan ini menawarkan pemandangan yang memukau.

Lokasi: Kundasang, Sabah

Sipadan Kapalai Dive Resort

Maldives Malaysia, inilah perkataan atau gelaran yang layak diberi untuk tempat ini untuk menunjukkan kecantikkannya seperti di Maldives.

Buat apa pergi Maldives jika di Sabah kejernihan air dan kecantikan pemandangannya setanding luar negara.

Penginapan ini amat sesuai untuk yang mahu honeymoon di Sabah.

Lokasi: Semporna, Sabah

Eastern & Oriental Hotel

Hotel Eastern & Oriental atau ramai orang memanggilanya ‘E and O’, merupakan penginapan klasik dan mewah yang popular di Georgetown, Pulau Pinang. 

Hiasan dalam hotel ini digayakan dengan dekorasi klasik serba mewah. Senibina bangunan seperti bangunan Inggeris.

Kepada yang bercadang mahu honeymoon atau bercuti ke Penang, boleh cuba menginap di hotel ini.

Lokasi: Georgetown, Pulau Pinang

Macalister Mansion

Kredit Foto: McAlister Mansion

Penginapan ini merupakan sebuah rumah agam yang dibina pada awal tahun 1900-an oleh Gabenor British.

Sebab itu kita tengok bangunan ini ada gaya kolonial tahun 1900-an. Nampak klasik dari luar tetapi dekorasi serba moden dan mewah didalam.

Hanya terdapat 8 bilik ditawarkan kepada pengunjung dan setiap bilik mempunyai tema tersendiri.

Lokasi: Georgetown, Pulau Pinang

The Edison

Kredit Foto: The Edison

Sama seperti McAlister Mansion, penginapan ini adalah sebuah rumah agam yang juga dibina pada awal 1900-an. Kemudian diubahsuai menjadi hotel yang menarik.

Digayakan gabungan seni bina klasik dan reka bentuk dalaman moden. Hotel ini memang cantik.

Hotel ini pun berada di Georgetown, jadi senang nak pergi tempat-tempat menarik yang ada di Penang.

Lokasi: Georgetown, Pulau Pinang

Ipoh Bali Hotel

Kredit Foto: Ipoh Bali Hotel

Mahu merasa suasana seperti di Bali, anda boleh ke hotel ini. Kalau tengok pada nama hotel pun sudah menunjukkan yang penginapan ini dekorasinya memang mengikut gaya Bali.

Tempat untuk percutian yang tenang dan santai untuk merehatkan minda dan badan anda.

Manjakan diri anda dengan perkhidmatan spa yang disediakan disini.

Lokasi: Ipoh, Perak

The Tudor

Kredit Foto: The Tudor

Penginapan ini adalah hotel butik bercirikan Inggeris yang berada di Ipoh. Ia merupakan sebuah banglo yang besar yang diubahsuai menjadi sebuah hotel yang awesome.

Mempunyai dekorasi yang cantik ala-ala Inggeris. Jika anda bercuti ke Ipoh pasti anda tidak mahu terlepas untuk menginap disini.

Kerana lokasinya yang strategik iaitu berada di bandar Ipoh, anda juga mudah untuk melawat ke kedai makanan yang menarik di sekitar Ipoh.

Recommended!

Lokasi: Ipoh, Perak

Villa Samadhi

Kredit Foto: Villa Samadhi

Kepada orang Lembah Klang tidak perlu pergi jauh untuk merasai villa mewah ini kerana tempat ini terletak di Kuala Lumpur. Tak banyak penginapan mewah begini di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur.

Digayakan dengan hiasan buluh seakan anda berada di Bali. Dan villa ini sesuai untuk yang nak honeymoon.

Terletak hanya beberapa minit pemanduan dari tempat tarikan seperti menara berkembar petronas dan menara KL, menginap disini pasti buat anda tidak sedar bahawa anda berada di tengah-tengah Kuala Lumpur.

Diingatkan tempat penginapan ini tidak dibenarkan masuk untuk bayi atau kanak-kanak kerana ingin mengekalkan suasana yang damai.

Lokasi: Kuala Lumpur

Riccarton Capsule Hotel

Hotel kapsul atau juga dikenali sebagai hotel pod, sebuah konsep penginapan yang popular di Japan. 

Jenis penginapan yang unik dan harga untuk menginap tidak terlalu mahal. Tempat seperti ini kebiasaannya sesuai yang untuk sesiapa yang solo travel dan orang muda.

Dan, penginapan seperti ini tidak sesuai untuk yang pentingkan privasi kerana kemudahan seperti tandas dan tempat mandi akan berkongsi sesama tetamu.

Kami rasa sesiapa yang ada Claustrophobia, penginapan ini memang tidak sesuai untuk korang. Boleh nak rasa vibes seperti berada di Jepun.

Lokasi: Titiwangsa, Kuala Lumpur

The Bed KLCC

Kredit Foto: The Bed KLCC

Hotel ini sama sahaja dengan konsep hotel kapsul tetapi mempunyai ruang bilik yang lebih besar sedikit.

Tempat ini berdekatan dengan tempat tarikan utama seperti KLCC dan Bukit Bintang.

Hotel minimalis ini juga mudah diakses dengan menggunakan pengangkutan awam. Jadi tidak pening untuk cari parking bila bawa kenderaan sendiri.

Lokasi: Vortex KLCC, Kuala Lumpur

Ha, ada tak penginapan daripada senarai di atas yang menarik perhatian anda untuk percutian anda seterusnya? Kalau ada, tak payah fikir panjang, ada duit, ada masa terluang, kasi jalan!

Mungkin anda ada senarai penginapan lain yang menarik untuk dikongsi. Boleh cadangkan di ruang komen. Selamat Bercuti!

Kongsi:
Save on your hotel - hotelscombined.com

Leave a Reply