Ladang Lebah Terbaik Di Cameron Highlands

3 Ladang Lebah Terbaik Di Cameron Highlands Untuk Anda Kunjungi

  • Post comments:0 Comments
  • Reading time:6 mins read
  • Post last modified:May 12, 2022
  • Post author:
*Di laman ini mungkin mengandungi pautan ‘affiliate’, yang bermaksud bahawa kami akan menerima komisen kecil jika anda mengklik salah satu pautan produk. Tidak dikenakan bayaran lebih jika membeli produk melalui link kami. Terima kasih atas sokongan anda*

Selain melawat ladang teh dan strawberi, melawat ladang lebah juga salah satu aktiviti yang menarik untuk dilakukan ketika bercuti ke Cameron Highland. Ia menjadi tarikan pelancong yang bercuti ke Cameron.

Mungkin selama ini anda hanya melihat di kaca televisyen tetapi kini anda boleh tengok dengan lebih dekat bagaimana cara pembiakan lebah. Tambahan, anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang lebah dan penghasilan madu.

Mari kita lihat tiga ladang lebah terbaik di Cameron Highlands untuk pengalaman yang lebih menarik ketika bercuti di tempat sejuk ini.

Highlands Apiary Farm, Bee Farm, Strawberry Farm

Highlands Apiary Farm

Kredit Foto: palanivell (Instagram)

Ladang lebah ini terletak di Habu, Ringlet. Dari jalan utama anda akan masuk ke Jalan BOH iaitu jalan yang sama untuk ke Ladang Teh Boh Habu. Jika anda ke Ladang Teh Boh Habu, boleh luangkan masa untuk singgah di Highlands Apiary Farm.

Tapi kalau anda tidak mahu ke Ladang Teh Boh, anda boleh saja singgah ke ladang lebah ini kerana lokasinya tidak jauh selepas anda keluar dari jalan utama dan masuk ke Jalan BOH.

Lebih menarik, ladang ini menggabungkan ladang lebah dengan ladang strawberi. Selain anda boleh membeli pelbagai produk berasaskan madu dan cenderahati lain di kedai mereka, anda juga boleh petik buah strawberi.

Sudah memadai anda luangkan masa 30 minit ke 1 jam.

Lokasi: Location: Jalan BOH, Tanah Rata, 39000 Ringlet, Pahang

Bayaran Masuk: Percuma

 

Cameron Tringkap Bee Farm

Cameron Tringkap Bee Farm

Kredit Foto: ethannvd1 (Instagram)

Tidak susah untuk mencari lokasi tempat ini kerana ia berada di tepi jalan utama di Tringkap. 

Terdapat muzium lebah mini dimana anda boleh belajar dan mengetahui lebih lanjut mengenai cara madu lebah dihasilkan dan juga khasiat mengambil madu. Anda boleh membeli pelbagai jenis produk madu yang berkualiti. Malah, disini juga terdapat ladang strawberi yang kecil yang menyediakan aktiviti memetik dan anda boleh membeli buah strawberi.

Tarikan popular yang dekat dengan tempat ini adalah Rose Valley.

Tempat ini boleh menjadi sibuk dan sesak dengan pengunjung ketika musim cuti.

Lokasi: Lot F121, Jalan Besar Bee Farm, Tringkap, 39010, Pahang

Bayaran Masuk: Percuma


Bacaan Lain:

3 Taman Bunga Ros Di Cameron Highlands – Peminat Bunga Ros Kena Pergi!


Ee Feng Gu Bee Farm

Ee Feng Gu Bee Farm

Kredit Foto: Ee Feng Gu (Facebook)

Ladang lebah yang paling popular di Cameron Hihglands. Lokasinya juga strategik, tidak jauh dengan Kea Farm, berdekatan dengan jalan masuk ke Ladang Teh Boh Sungai Palas dan berdekatan dengan beberapa hotel yang terkenal di Brinchang seperti Nova Highlands Hotel.

Kawasan ladang dikelilingi dengan tumbuhan, jadi memang seronok nak berjalan sambil belajar serba sedikit mengenai lebah dari penjaga lebah yang berpengalaman disini.

Sama seperti ladang lebah yang lain, berbagai jenis produk berasaskan madu dan cenderahati boleh didapati disini. Jangan risau, madu disini dijamin berkualiti untuk dibeli oleh anda.

Lokasi: Green Cow, No 75, Batu 43, 39100, Pahang

Bayaran Masuk: Percuma

 

Kongsi:
Save on your hotel - hotelscombined.com

Leave a Reply