Tempat Paintball di Lembah Klang

9 Tempat Paintball di Lembah Klang Untuk Anda Cuba

  • Post comments:0 Comments
  • Reading time:10 mins read
  • Post last modified:March 23, 2024
  • Post author:
*Di laman ini mungkin mengandungi pautan ‘affiliate’, yang bermaksud bahawa kami akan menerima komisen kecil jika anda mengklik salah satu pautan produk. Tidak dikenakan bayaran lebih jika membeli produk melalui link kami. Terima kasih atas sokongan anda*

 

Paintball bukanlah sukan atau aktiviti yang popular di kalangan rakyat Malaysia tetapi aktiviti ini mempunyai peminatnya yang sendiri.

Aktiviti paintball ini terkenal dikalangan remaja, tidak mengira sama ada lelaki mahupun wanita. 

Ia merupakan salah satu aktiviti yang seronok dilakukan bersama kawan-kawan. Jika anda atau rakan anda tiada idea untuk aktiviti hujung minggu di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, paintball boleh dimasukkan dalam senarai aktiviti anda.

Mari kita lihat beberapa tempat paintball di Lembah Klang yang menarik untuk anda cuba.

Canyon Paintball, Petaling Jaya

Canyon Paintball, Petaling Jaya

Kredit Foto: Canyon Paintball

Hanya kira-kira 10 minit jaraknya dari Pusat Beli-Belah 1 Utama, Canyon Paintball menjadi nama sudah tidak asing lagi bagi pengunjung Petaling Jaya dan sekitarnya. Padang paintball seluas 20 hektar ini menyediakan kualiti servis permainan yang sangat mengujakan bagi “first timers”.

Menariknya di sini, Canyon menyediakan pakej “Low Impact Paintball” bagi yang pertama kali ingin menyesuaikan diri dengan bentuk permainan ini. Kerana saiznya yang kecil, dan impak kelajuannya yang amat rendah berbanding tembakan paintball biasa menjadikan ia pilihan bagi kanak-kanak juga.

Katakan apa sahaja jenis aktiviti paintball yang ada di kepala seperti perlawanan paintball, team building atau sebagainya, Canyon Paintball pasti boleh merealisasikannya dalam permainan paintball anda.

 

Battlefield Paintball, Rawang

Battlefield Paintball, Rawang

Kredit Foto: Battlefield Paintball

Siapa sangka kawasan kebun kecil yang dipenuhi dengan pokok-pokok pisang, timbunan tayar dan besi lama, ada sebuah “hot spot” paintball di Rawang. Battlefield Paintball sesuai seperti namanya benar-benar membawa pengunjung pada medan kombat yang sebenar.

Bukan sahaja membawa simbolik dengan pemakaian baju celoreng hijau ala tentera bagi semua pengunjung yang ingin bermain, malah ia juga menyediakan pakej yang sangat murah dan berpatutan.

Memang tidak rugi merasai pengalaman mendebarkan di sini, kerana setiap kali tembakan dari paintball marker, pasti akan bergema di telinga.

 

Paintball Valley Bukit Lagong, Batu Caves

Paintball Valley Bukit Lagong, Batu Caves

Kredit Foto: Paintball Valley Lagong

Sedang yang lain lebih suka membuka medan paintball di hiruk-pikuk bandar, Paintball Valley Bukit Lagong lebih selasa dengan suasana tenang dan santai di tengah kampung. Seakan-akan masuk ke dunia permainan video PUBG, pemain akan berhadapan dengan suasana hutan yang terbuka dengan beberapa halangan yang mencabar.

Surau dan tandas juga disediakan. Bila sudah penat bermain paintball, ada sungai yang bersih untuk anda berendam. Memang tempat yang seronok untuk melakukan aktiviti di hujung minggu.

Apa yang pasti keselamatan amat dijaga untuk setiap pengunjung bahkan hutan yang menjadi lokasi berharga ini turut dipelihara dengan sangat baik dan selamat untuk diterokai.

 

Dusun Ali King Paintball, Gombak

Dusun Ali King Paintball, Gombak

Kredit Foto: Dusun Ali King Paintball

Ali King Paintball kawasan yang cukup strategik bersebelahan dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Ia menyediakan 3 jenis padang paintball untuk anda cuba sendiri dan yang pasti tentu sangat menarik di tengah-tengah dusun buah-buahan seluas 10 hektar. Bermain di kawasan dusun, sudah tentu tidak akan rasa teriknya panas matahari.

Untuk kemudahan tidak perlu risau kerana ia menyediakan lengkap surau, tandas, dan cafe untuk anda berehat ketika berada disini.

 

Kombat Zone Paintball, Ampang

Kombat Zone Paintball, Ampang

Kredit Foto: Kombat Zone Paintball

Lokasinya hanya kira-kira 15 minit dari Zoo negara, Kombat Zone Paintball menghidangkan pengunjungnya dengan tarikan 2 jenis mood padang. Anda boleh pilih sama ada padang paintball jenis Cherry Valley atau Barrel City.

Selain itu, 4 jenis mood permainan paintball juga sudah tentu akan membuat anda rambang mata memilih sama ada Capture The Base, Key Game, Grab and Win, dan Zombie.

Tempat ini sesuai untuk membuat event kerana mampu menampung ramai orang pada satu-satu masa. Sesuai untuk membuat event kepada mana-mana syarikat yang mahu buat team building.

 

Mudtrekker Paintball Park, Shah Alam

Mudtrekker Paintball Park

Kredit Foto: Mudtrekker Paintball Park

Jika pusat paintball yang lain suka mendedahkan pengunjung dengan lokasi hutan merimbun yang hijau tetapi Mudtrekker Paintball Park berani dengan menukar selera permainan di atas pasir yang putih bersih atau lumpur yang meleket. 

Mudtrekker Paintball Park di Shah Alam dilengkapi dengan pelbagai jenis padang yang berbeza dan mencabar fizikal dan mental seperti SPEEDBALL, WILD WILD WEST, dan banyak lagi.

Bagi yang ingin serius dalam sukan paintball ini, jangan risau kerana mereka menyediakan juga servis mengajar dengan harga yang berpatutan di bawah Paintball Academy. Apa yang penting, pulang nanti tidak akan kembali dengan tangan kosong kerana pengalaman yang cukup berharga nanti boleh menambah skill dalam sukan paintball.

Selain di Shah Alam, tempat permainan paintball ini juga terdapat di Pulau Carey. Kedua-duanya menyediakan tarikan yang berbeza di atas satu nama pusat paintball yang sama.

 

Sri Awana Paintball Park, Bangi

Sri Awana Paintball

Kredit Foto: Sri Awana Paintball Park

Teringin mahu mencuba padang paintball ala-ala padang sukan? Sri Awana Paintball mungkin pilihan yang terbaik untuk anda cuba menjejakkan kaki di sini.

Susun aturnya yang seolah-olah sebuah pertandingan kejohanan paintball moden menyebabkan orang ramai yang lebih sukakan padang yang lurus, rata, tidak berhutan, berlumpur, atau berpasir untuk memegang paintball marker dan bersiap sedia untuk menembak.

Bunker besar yang menjadi perlindung di atas padang semasa bermain menjadikan ia lebih menarik, teratur, cantik, dan berwarna-warni. Harganya adalah sangat berpatutan dan murah dengan segala kemudahan yang ada disediakan.

 

Cyberjaya Paintball Park, Cyberjaya

Cyberjaya Paintball Park, Cyberjaya

Kredit Foto: Cyberjaya Paintball Park

Tidak perlu diperkenalkan lagi, Cyberjaya Paintball Park yang berkedudukan di lokasi berdekatan dengan Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya dan Multimedia Universiti (MMU) Cyberjaya sudah lama mempunyai tarikannya yang tersendiri.

Sepanjang 30 minit dari Kotaraya Kuala Lumpur melalui lebuhraya MEX, sangat berbaloi bagi anda yang mahu melakukan aktiviti sukan paintball ini seharian bersama rakan-rakan yang menyukai aktiviti ekstrem berkumpulan.

5 jenis padang mood paintball yang ditawarkan seperti Paintball Basic Field, Urban Assault, Hamburger Hill, Sahara, dan Gua Musang. Lapar sasar Cyberjaya Painball cukup lengkap dengan infrastrukturnya yang berkualiti, bersih, dan selesa. Boleh main sehingga tidak ingat dunia jika anda menikmati padangnya disini.

 

Southern Legion Paintball, Kajang

Southern Legion Paintball, Kajang

Kredit Foto: Kelab Southernlegion Paintball

Suasananya yang tenang, hijau di pandang, dan redup dari terik mentari membawa sesiapa yang berkunjung ke Southern Legion Paintball akan datang lagi untuk bermain. Bahkan, tidak cukup dengan itu layanan yang diberikan sangat ramah dan mesra sehingga tidak terasa kekok sekiranya yang baru pertama kali berjinak dalam sukan ini.

Membawa daya tarikannya yang tersendiri sebagai medan tempur paintball yang bersifat semangat kesukanan dan perkongsiaan tips dari sifu yang berpengalaman. Pemilik tempat ini akan memastikan sebelum pengunjung memasang jaket perlindungan, mereka akan diberikan tips-tips berguna untuk turun bermain paintball.

Selepas penat bermain tidak perlu risau untuk mencari tempat makan dan solat kerana banyak gerai atau restoran berhampiran.

 

Tunggu apa lagi, ajak rakan anda untuk melakukan aktiviti ini. Pasti dapat memberi keseronokkan ketika meluangkan masa bersama waktu hujung minggu.

Kongsi:
Save on your hotel - hotelscombined.com

Leave a Reply