Muzium Menarik Di Melaka

10 Muzium Menarik Di Melaka

  • Post comments:0 Comments
  • Reading time:12 mins read
  • Post last modified:March 23, 2024
  • Post author:
*Di laman ini mungkin mengandungi pautan ‘affiliate’, yang bermaksud bahawa kami akan menerima komisen kecil jika anda mengklik salah satu pautan produk. Tidak dikenakan bayaran lebih jika membeli produk melalui link kami. Terima kasih atas sokongan anda*

 

Melaka sebuah negeri yang tidak lekang dengan kehadiran pelancong dari dalam mahupun luar negara dek kerana mempunyai banyak tempat dan pantai yang menarik.

Lihat saja apabila musim cuti tiba, pasti ramai orang berpusu-pusu untuk bercuti dan meluangkan masa bersama keluarga di negeri yang terkenal sebagai sebuah negeri bersejarah.

Dikenali dengan bandar bersejarah, pasti Melaka juga terdapat banyak muzium yang tidak kurang hebatnya sama seperti di negeri lain dan semestinya wajib untuk disinggah apabila bercuti ke sana.

Jadi, mari kita lihat beberapa muzium menarik di Melaka yang boleh dilawati apabila bercuti di sana.

Muzium Istana Kesultanan Melaka

Muzium Istana Kesultanan Melaka

Kredit: Azuladnan

Jika anda peminat atau seorang pencinta sejarah, Muzium Istana Kesultanan Melaka ialah satu destinasi yang wajib untuk dikunjungi.

Anda boleh bergambar di luar bangunan muzium ini yang mempunyai reka bentuk yang sangat unik dan membawa anda merasakan bagai berada di zaman dulu.

Terletak di tengah bandar iaitu di Jalan Kota, Bandar Hilir yang juga tidak jauh dari A Famosa.

Muzium Istana Kesultanan Melaka ini merupakan sebuah muzium yang menunjukkan pelbagai replika yang menunjukkan serba sedikit berkaitan sejarah Kesultanan Melaka.

Semua digalakkan untuk datang menerokai sendiri keunikan muzium ini sambil belajar info yang menarik dan berfaedah tentang sejarah Melaka dan juga negeri lain.

Bayaran untuk masuk ke dalam muzium ini juga berpatutan seiring dengan pengalaman yang diperolehi para pengunjung.

Mempunyai banyak tempat untuk pengunjung bergambar.

 

Muzium Samudera (Replika Flor De La Mar)

Muzium Samudera

Kredit: jetsun

Namanya saja sudah menarik minat orang untuk melihat Muzium Samudera ini iaitu sebuah replika bernama Replika Flor De La Mar.

Muzium ini juga terletak di Bandar Hilir yang berdekatan dengan Menara Taming Sari. Rupanya terdapat juga muzium lain di Bandar Hilir selain daripada muzium Istana Kesultanan Melaka.

Kemasukan bagi muzium ini ialah sangat berbaloi dengan pengalaman yang bakal diperolehi disitu.

Melihat luaran muzium sahaja sudah merasa kagum dan terpesona dengan replika berupa kapal Portugis yang pasti sentiasa penuh dengan pelancong untuk bergambar disitu.

Nama pun muzium, jadi sudah tentu banyak sejarah yang dipamerkan tentang Melaka dan zaman kegemilangannya.

Terdapat banyak pameran yang berbentuk arca, foto dan juga poster berkenaan sejarah Melaka.

 

Muzium Sejarah & Ethnografi

Muzium Sejarah & Ethnografi

Kredit: Muzium & Galeri Melaka

Muzium Sejarah & Etnografi merupakan salah satu muzium paling menarik di Melaka dengan tarikannya tersendiri. Muzium ini terletak di bangunan kolonial Stadthuys, di pusat bandar Melaka iaitu Bandar Hilir.

Ia dikatakan salah satu muzium yang baik untuk mengetahui dengan lebih mendalam sejarah tentang Melaka. Terdapat dua tingkat yang membahagikan barang pameran disitu.

Mempunyai banyak bahan pameran yang boleh dilihat seperti peralatan muzik klasik, koleksi barangan porselin, pelbagai bentuk senjata, arca, dan pelbagai lagi yang menunjukkan sejarah penubuhan Melaka pada zaman penjajahan.

Perkara menarik tentang muzium ini ialah dengan mengenakan satu bayaran sahaja untuk tiket kemasukan, anda dapat memasuki muzium lain yang juga berada di dalam perkarangan kawasan lawatan.

 

Muzium Kapal Selam

Muzium Kapal Selam

Kredit: Chongkian

Kapal Selam yang dahulunya digunakan oleh TLDM kini telah ditukar dijadikan tempat pelancongan iaitu sebagai Muzium Kapal Selam yang bersejarah.

Muzium ini terletak di Pantai Berlian, Klebang yang juga berdekatan dengan Pantai Klebang.

Sesiapa yang ingin merasa sendiri bagaimana keadaan di dalam kapal selam, anda boleh datang berkunjung kesini.

Dengan harga yang berbaloi akan dapat merasa memasuki kapal selam yang sebenar dan bukannya replika semata.

Pengalaman yang diperolehi sangat mengujakan terutamanya bagi yang pertama kali masuk pasti terkejut dengan keadaan sebenar di dalam kapal selam tersebut yang sempit itu.

 

Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia

Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia

Kredit: Chongkian

Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia atau nama pendeknya Muzium TLDM ialah satu kewajipan bagi para pencinta dunia ketenteraan terutamanya berkaitan TLDM untuk datang berkunjung ke muzium ini.

Konsep bagi muzium ini semestinya berkaitan dengan sejarah Tentera Laut Diraja Malaysia sesuai dengan nama muzium tersebut.

Banyak pameran-pameran yang hebat dan juga berinformasi seperti bekas aset yang diguna oleh pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia, gambar-gambar laksamana, pangkat TLDM dan banyak lagi.

Anda masuk sahaja muzium, anda akan terus nampak helikopter yang sangat gah dipamerkan disitu. Ibu bapa digalakkan untuk datang kesini supaya mampu memupuk sifat patriotik dalam diri mereka sambil belajar serba sedikit tentang TLDM.

Lokasi muzium TLDM ini berdekatan dengan muzium Samudera. Jadi, anda boleh masuk ke dua muzium yang berbeza tanpa perlu berjalan jauh.

 

Muzium Kastam Melaka

Muzium Kastam Melaka

Kredit: Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Muzium ini juga lokasinya berdekatan bersebelahan Muzium TLDM dan Muzium samudera dan ia dibina semasa pemerintahan British. 

Muzium ini mempamerkan pelbagai bentuk pameran, antaranya barang rampasan, barangan berkaitan kastam, dan juga banyak informasi melibatkan sejarah kastam.

Barang larangan yang dulunya dirampas pasti mengujakan para pengunjung untuk melihatnya.

Muzium ini merupakan idea yang sangat bijak untuk ditubuhkan kerana dapat mendedahkan bahawa Melaka sebagai Pelabuhan penting pada zaman dulu.

Banyak yang boleh dipelajari dari muzium ini tentang Jabatan Kastam di Malaysia.

 

Muzium Senibina Malaysia

Muzium Senibina Malaysia

Kredit: Jabatan Muzium Malaysia

Boleh dikatakan semua muzium di Melaka tertumpu di Bandar Hilir kerana ia adalah sebuah tempat di Melaka yang banyak tempat bersejarah.

Begitu juga dengan bangunan muzium bewarna merah disitu iaitu Muzium Senibina Malaysia.

Muzium tersebut adalah merupakan bangunan yang digunakan oleh pihak Belanda sebagai pusat pentadbirannya pada zaman dulu.

Sesiapa yang mempunyai minat akan Arkitek atau senibina, anda boleh datang ke sini untuk melihat dan belajar tentang pameran yang menggambarkan reka bentuk seni bina di Malaysia.

Bayaran masuk yang juga sangat berpatutan pasti menjadikan lawatan ke muzium ini sangat berbaloi. Muzium Senibina ini dibuka setiap hari (kecuali isnin pertama setiap bulan) bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

 

Muzium Rakyat

Muzium Rakyat

Kredit: Uwe Aranas

Muzium Rakyat ialah salah satu muzium yang terdapat di Melaka. Bangunan muzium ini banyak tingkat dan di dalamnya juga terdapat muzium lain iaitu Muzium Layang-Layang, Muzium Kecantikan & Galeri 3D.

Bayaran untuk masuk ke dalam muzium ini juga sangat berbaloi kerana banyak info dan pengetahun yang dapat diperolehi. Belum masuk lagi ke dalam muzium, anda sudah boleh bergambar dengan patung dinasour yang besar di hadapan bangunan.

Seperti kebanyakan muzium lain, disini juga banyak pameran cumanya untuk Muzium Rakyat konsep yang diguna ialah lebih bebas dimana ia merangkumi aspek pentadbiran, pelancongan, infrastuktur dan juga pertanian.

Jika anda kurang berminat, jangan bimbang kerana di dalam bangunan itu juga terdapat muzium lain yang anda boleh lawati.

 

Muzium Hang Tuah / Hang Tuah Center

Hang Tuah Center

Kredit: Hang Tuah Center

Muzium yang berlatarkan nama seorang yang sangat dikagumi iaitu Hang Tuah terletak di Kampung Duyong dimana ianya dikatakan mempunyai kaitan yang rapat dengan Hang Tuah dan mengikut sejarah ia merupakan tempat kelahirannya.

Tidak dinafikan tempat dan bangunan muzium yang cantik dan mempunyai aura zaman dulu ini pasti menjadi tarikan untuk pengunjung datang kesini.

Tambahan pula, banyak spot untuk anda berOOTD. Anda boleh bergambar dengan berlatarkan rumah tradisional Melaka yang mempunyai keunikan tersendiri sambil melihat barang pameran.

 

Muzium Warisan Baba & Nyonya

Muzium Warisan Baba & Nyonya

Kredit: Chongkian

Generasi kini mungkin kurang pengetahuan atau pendedahan terhadap Baba dan Nyonya ini.

Muzium Warisan Baba & Nyonya ini berfungsi untuk mengekalkan warisan budaya kaum tersebut dari pupus ditelan zaman.

Pelancong wajib untuk singgah ke Muzium Warisan Baba & Nyonya ini kerana muzium ini mempamerkan pelbagai hiasan barangan antik, pakaian, kelengkapan Baba & Nyonya yang telah terpelihara sejak beberapa generasi. Anda juga dapat mempelajari sejarah tentang Baba & Nyonya dengan lebih mendalam.

Bagi sesiapa yang suka hiasan estetik, muzium ini salah satu tempat sesuai untuk dikunjungi. Anda pasti kagum dengan kecantikan dan keunikan barangan dan hiasan disitu.

 

Tidak dinafikan mmang banyak muzium menarik di Melaka untuk anda dilawati. Sekali sekala ketika bercuti ke Melaka boleh melawat muzium-muzium ini. 

Selamat Bercuti!

Kongsi:
Save on your hotel - hotelscombined.com