Tempat Menarik Di KL Dan Selangor

13 Tempat Menarik Di KL Dan Selangor Untuk Aktiviti Hujung Minggu

*Di laman ini mungkin mengandungi pautan ‘affiliate’, yang bermaksud bahawa kami akan menerima komisen kecil jika anda mengklik salah satu pautan produk. Tidak dikenakan bayaran lebih jika membeli produk melalui link kami. Terima kasih atas sokongan anda*

Bosan menghabiskan masa hujung minggu anda dengan hanya berjalan di pusat beli-belah? Sebenarnya banyak lagi tempat yang menarik untuk dilawati bersama keluarga dan insan tersayang di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Disini kami senaraikan 13 tempat menarik di KL dan Selangor untuk anda habiskan masa hujung minggu dengan aktiviti yang menyeronokkan.

Aquaria KLCC

Aquaria KLCC

Kredit Foto: Aquaria KLCC

Tidak sah kalau seumur hidup tidak pergi Aquaria KLCC walaupun sekali. Ianya sangat popular dan merupakan salah satu akuarium yang terbesar di Asia Tenggara. 

Disini terdapat lebih kurang 5,000 hidupan air tawar dan air laut pelbagai spesies yang sudah pasti menarik perhatian pengunjung.

Antara tarikan utama di Aquria KLCC ialah terowong underwater yang mempunyai escalator bergerak berukuran 90 meter sambil melihat ikan berenang di atas kepala. Tidak kurang dengan itu, pertunjukan memberi makan kepada ikan jerung dan hidupan lain juga terdapat disini.

Bagi mereka yang ingin mencuba sesuatu yang lain dari lain, anda boleh menyelam bersama ikan jerung. Tetapi jika anda tidak mempunyai lesen diving, Cage Rage disediakan untuk anda melihat pelbagai jenis ikan dengan lebih dekat.

Petrosains, The Discovery Centre

Petrosains

Kredit Foto: Petrosains, The Discovery Centre

Menjadi kebiasaan bagi rombongan sekolah untuk merasai pengalaman memasuki Petrosains ini. Tetapi tidak dinafikan Petrosains juga telah menjadi tempat popular kini untuk dilawati tidak kira umur ataupun status.

Petrosains berkonsepkan explorasi kepelbagaian sudut sains ataupun dikenali sebagai The Discovery Center. Banyak aktiviti dan permainan yang boleh dilakukan. Anda boleh melihat pelbagai bentuk eksperimen dan pameran. Lebih menakjubkan anda juga boleh sentuh atau merasai sendiri teknologi ataupun alatan.

Di Petrosains, staff juga akan melakukan eksperimen ataupun demonstrasi kepada para pengunjung. Ibu bapa digalakkan untuk membawa anak-anak ke sini supaya mereka dapat belajar dan meneroka sains dan teknologi.

Tarikan lain di Petrosains ialah meneroka di ‘Diorama Geomasa’ ataupun kata lainnya meneroka ke zaman purba. Anda akan berasa seperti anda berada pada zaman 200 juta tahun dahulu di mana terdapat beberapa spesies dinasour yang dipamerkan disini. Ini pasti mengujakan bagi sesiapa yang baru pertama kali melihatnya.

Taman Burung Kuala Lumpur

Taman Burung Kuala Lumpur

Kredit Foto: Taman Burung Kuala Lumpur

Taman Burung KL ini merupakan taman burung yang terbesar di Malaysia dimana ianya boleh menempatkan lebih dari 2000 ekor burung yang terdiri daripada 200 spesies dari dalam ataupun luar negara.

Burung-burung dalam taman ini dibiarkan bebas berterbangan dalam kawasan mereka yang telah terbahagi kepada 4 zon mengikut jenis burung tersebut. Lebih menyeronokkan ialah burung yang dibiarkan bebas tersebut adalah jinak jadi anda boleh bergambar dalam jarak yang dekat bersama burung tersebut.

Tidak sah kalau pergi Taman Burung KL tidak menonton Bird Show. Ia diadakan di dalam Kawasan zon 4 sekitar pukul 12.30 tengah hari dan 3.30 petang. Anda dapat melihat pelbagai pertunjukan.

Taman Rama-Rama Kuala Lumpur

Taman Rama-Rama Kuala Lumpur

Kredit Foto: Taman Rama-Rama Kuala Lumpur

Habis menjelajah Taman Burung KL boleh pergi pula Taman Rama-Rama Kuala Lumpur dimana kedua taman tersebut tidak jauh antara satu sama lain.

Taman Rama-Rama KL merupakan taman rama-rama paling besar didunia buat masa ini dengan berkeluasan 80,000 kaki persegi yang dapat memuatkan lebih kurang 5,000 rama-rama pelbagai warna dan spesis. Tambahan, terdapat galeri yang memberi info menarik untuk para pengunjung.

Tidak kurang dengan itu, banyak tanaman flora dan hijau daun serta kolam-kolam ikan seperti ikan koi yang menjadikan Taman Rama-Rama KL ini lebih menarik dan berbaloi untuk dilawati.

Dengan keluasan yang besar ini pasti agak letih untuk berjalan berterusan tapi anda tidak perlu bimbang kerana di situ terdapat pondok kecil untuk berehat sambil menikmati pemandangan taman yang menarik.

Zoo Negara

Zoo Negara

Kredit Foto: Frostpolar (Wikimedia Commons)

Zoo Negara adalah salah satu tarikan utama di Kuala Lumpur. Rugilah jika tidak mengambil peluang untuk melihat berbagai jenis haiwan yang terdiri daripada 400 spesies, iaitu burung, reptilia, mamalia, amfibia dan juga ikan. Jadi sudah pasti banyak haiwan boleh dilihat yang mampu memberi pengalaman yang luar biasa.

Harga adalah sangat berbaloi dengan segala jenis haiwan yang boleh anda lihat seperti zirafah, gajah, penguin, kangaroo, burung enggang, haiwan reptilia seperti ular dan banyak lagi.

Seperti kebanyakan tempat lain, Zoo Negara juga menyediakan pertunjukan haiwan yang berlangsung di Show Amphitheatre. Antara pertunjukan haiwan tersebut ialah singa laut, burung, orang utan dan lain-lain.

Anda juga boleh melakukan majlis di dalam Zoo Negara mengikut kepada terma dan syarat. Antara majlis yang dibenarkan ialah Birthday Party, Family day dan Majlis Perkahwinan.

Farm In The City

Farm In The City

Kredit Foto: Farm In The City

Farm In The City lebih kurang seperti Zoo Negara dimana anda boleh melihat pelbagai haiwan disini tetapi ia lebih berkonsepkan Petting zoo. Disini anda dapat memberi makan dan bermesra lebih dekat dengan haiwan.

Paling menakjubkan anda juga boleh berada di dalam satu kandang yang sama dengan haiwan tersebut. Haiwan-haiwan di Farm In The City hampir kesemuanya adalah jinak dan dibiarkan bebas, jadi tidak perlu risau.

Jika anda berpeluang, anda dapat melihat kura-kura gergasi yang berusia lebih kurang 40 tahun dan merupakan antara salah satu spesies kura-kura terbesar di dunia. Anda boleh memberi makan kepada mereka sama seperti binatang lain juga.

Lebih menarik Pony Ride juga disediakan untuk kanak-kanak jika mereka ingin menunggangnya. Ini sudah pasti mengujakan untuk mereka mencuba menaikinya.

(Bacaan Lanjut Farm In The City)

Skytrex Sg. Congkak

Skytrex Sg Congkak

Kredit Foto: Skytrex Adventure

Skytrex Sg Congkak adalah tempat yang paling sesuai kepada penggemar aktiviti lasak. Ianya terletak di Sungai Congkak, Hulu Langat Selangor.

Selain Skytrex Langkawi dan Melaka, Skytrex Sg Congkak juga tidak kurang hebatnya dengan aktiviti-aktiviti yang disediakan.

Antara tarikan utama Skytrex Sg Congkak ialah flying fox. Jumlah bilangan flying fox yang dibina disitu juga banyak dan mencabar seperti di Skytrex Langkawi dan Melaka. Lebih menarik, terdapat flying fox disini antara yang terpanjang berbanding flying fox di Langkawi dan Melaka iaitu kira-kira 110 meter. Jadi kepada penggemar flying fox, ini adalah peluang anda untuk merasai keseronokan tersebut.

Pengunjung ditawarkan dua pakej iaitu River Thrill dan Rapid Extreme. Anda boleh pilih mengikut kesesuaian dan ketahanan diri.

Skytrex Sg Congkak adalah tempat sesuai untuk meluangkan aktiviti hari minggu disamping dapat menghilangkan stress dan tekanan kerja dengan melihat pemandangan hijau ketika melakukan aktiviti.

Canyon Paintball, Petaling Jaya

Canyon Paintball, Petaling Jaya

Kredit Foto: Canyon Paintball

Sukan paintball merupakan salah satu aktiviti lasak yang menyeronokkan untuk bermain bersama rakan-rakan.

Canyon Paintball yang berada tidak jauh dari Pusat Beli-Belah 1 Utama, menjadi tempat tumpuan kepada peminat-peminat sukan paintball yang berada di kawasan sekitar Lembah Klang.

Malah, tempat yang berkeluasan 20 hektar ini sesuai untuk anda yang mahu buat team building.

Jangan tunggu lagi, hujung minggu boleh serbu tempat ini.

Jom Baca: Tempat Paintball di Lembah Klang Untuk Anda Cuba

Escape Petaling Jaya

Escape Park PJ

Kredit Foto: Escape Petaling Jaya

Adakah anda tahu di Paradigm Mall Petaling Jaya mempunyai taman tema tertutup iaitu Escape Park. Escape Park Petaling Jaya ialah berkonsepkan mesra pengunjung dimana semua boleh bermain disitu dari semua peringkat umur.

Dalam Escape PJ terdapat banyak aktiviti yang menyeronokkan dan menguji tahap ketahanan diri kepada pengunjung. Antara aktiviti yang dimiliki disini ialah Aerobat, Airbag, Atan’s Leap, Banana Flip, Jumping Jack dan banyak lagi.

Jika anda ingin merasa aktiviti ala-ala di kampung seperti zaman dulu, anda boleh mencuba Coco Climb yang pasti dapat menggamit kenangan lama.

Escape Park PJ ialah tempat sesuai untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan.

District 21

District 21

Kredit Foto: District 21

District 21 merupakan Indoor Adventure Theme Park yang terletak di dalam pusat membeli belah IOI City Mall Putrajaya dengan keluasan 70,000 kaki persegi. 

Kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang suka aktiviti lasak juga boleh membawa mereka ke sini kerana ianya tidak terhad untuk dewasa sahaja.

Terdapat pelbagai tarikan permainan disini yang sesuai untuk dewasa mahupun kanak-kanak. Antaranya ialah wall climbing, roller glider, the maze, pump track, low rope, free fall, tubby ride, dan banyak lagi.

Diingatkan juga untuk memakai pakaian yang bersesuaian dan berkasut ketika bermain disitu. Selain itu, kemudahan sewa loker juga disediakan untuk kemudahan menyimpan barang.

Tasik Putrajaya

Tasik Putrajaya

Kredit Foto: Roderick Eime (Flickr)

Tasik Putrajaya terletak di tengah-tengah Putrajaya yang menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik dan sesuai untuk meluangkan masa di situ pada hujung minggu.

Dikenali sebagai lokasi yang mempunyai banyak aktiviti air boleh dilakukan disitu. Antaranya ialah berkayak dimana ia merupakan aktiviti paling popular dan digemari oleh kebanyakan orang. Selain itu, jika anda ingin santai, anda juga boleh menaiki cruise mengelilingi tasik tersebut dan melihat keindahan Putrajaya.

Selain itu, anda juga boleh berkelah di pesisiran tasik bersama keluarga ataupun kawan. Ianya Kawasan yang sangat sesuai kerana disitu udara yang nyaman di samping pemandangan yang cantik untuk bergambar.

i-City Shah Alam

i-City Shah Alam

Kredit Foto: i-City Shah Alam

Salah satu tempat yang terkenal dan menyeronokkan untuk dilawati di Shah Alam. Disini terdapat banyak tempat menarik seperti Snowalk dimana anda dapat merasa musim sejuk yang mencecah sehingga -5 darjah celsius dan merasai pengalaman bermain dengan salji.

Seterusnya, disini juga terdapat taman tema air i-City jika anda ingin bermandi-manda. Taman tema air i-City terkenal dengan permainan Ultimate Tornado yang merupakan gelongsor air yang besar. Tempat khas untuk kanak-kanak juga disediakan untuk mereka bermain. Mereka pasti seronok dengan permainan disitu.

Pada waktu malam, i-City diterangi dengan lampu-lampu Led pelbagai bentuk yang sangat cantik untuk bergambar. Ia dikenali dengan nama City of Digital Lights yang pasti menarik perhatian orang ramai. Tarikan lain disitu juga adalah permainan seperti Ferris Wheel, Superswing dan banyak lagi.

Muzium Polis Diraja Malaysia

Muzium Polis Diraja Malaysia

Kredit Foto: Muzium Polis Diraja Malaysia

Muzium Polis Diraja Malaysia terletak di Jalan Perdana, Kuala Lumpur. Tempat yang sangat sesuai untuk dilawati bagi siapa yang berminat dengan sejarah dan mempelajari lebih mendalam tentang sejarah polis.

Antara tarikan utama muzium ini ialah mempamerkan lebih dari 3,000 senjata dan artifak berkaitan polis pada zaman dahulu. Antara yang dipamerkan ialah pistol, meriam, kereta kebal, dan banyak lagi yang lain yang menunjukkan sejarah polis dari zaman kesultanan Melayu sehingga sekarang.

Kemasukan adalah percuma dan merupakan tempat yang sangat sesuai untuk membawa anak-anak supaya mereka dapat menambah ilmu pengetahuan tentang sejarah kepolisan.

Muzium Tekstil

Muzium Tekstil

Kredit Foto: Muzium Tekstil

Bangunan klasik dan unik yang terletak di Kuala Lumpur ini ialah Muzium Tekstil yang telah diubah suai dimana sebelum ini pernah digunakan oleh pelbagai jabatan dan institusi.

Seperti kebanyakan muzium lain, disini terdapat pameran pelbagai koleksi dan juga artifak bersejarah. Muzium ini terbahagi kepada empat galeri, dua di tingkat bawah dan selebihnya di tingkat pertama.

Antara koleksi gelari disini ialah Galeri Pelangi yang mempamerkan bahan siap seperti batik, koleksi baba nyonya, sutera, benang meas dan manik-manik. Baju-baju yang terhasil dari kulit pokok, kain pua kumbu dan juga baju manik juga dipamerkan.

Seterusnya, Galeri Teluk Berantai mempamerkan kain tenun, songket, kain limar, sulaman kelingkan dan banyak lagi jenis bahan tekstil lain. Tidak kurang dengan itu, Galeri Ratna sari ini berbeza sedikit dimana disini mempamerkan barang-barang perhiasan diri pelbagai kumpulan etnik di Malaysia yang diperbuat daripada emas, perak, tembaga dan lain-lain.

Galeri terkahir yang dipamerkan disini ialah Galeri Pohon Budi dimana ia mempamerkan pakaian yang diperbuat dari kulit kayu, sutera dan serat tumbuhan oleh masyarkat zaman lalu. Jadi, jika anda ingin tahu lebih lanjut berkunjunglah ke Muzium Tekstil dengan tiket kemasukan berharga RM2. 

Banyak tempat menarik untuk dilawati bagi menghabiskan masa hujung minggu anda. Kalau anda rasa ada tempat lain yang menarik, boleh kongsi dengan pembaca lain.

Selamat Bercuti!

Kongsi:
Save on your hotel - hotelscombined.com