Bercuti ke Cameron Highlands pasti menjanjikan percutian yang menyeronokkan sama ada bercuti bersama keluarga atau kawan.
Selain udara yang nyaman, terdapat tarikan yang menarik di Cameron seperti ladang teh dan strawberry. Jadi tidak hairan jika tempat percutian ini yang sesak ketika hujung minggu atau musim cuti sekolah.
Kini, terdapat tarikan yang semakin popular di kalangan pengunjung yang bercuti ke Tanah Tinggi Cameron iaitu Cameron Flora Park.
Kepada yang memang suka bergambar, anda boleh masukkan tempat ini dalam senarai anda wajib pergi jika ke Cameron.
Kredit Foto: ch_flora_park (Instagram)
Cameron Flora Park
Flora Park terletak di Kea Farm. Jadi tidak sukar untuk anda mencari tempat ini. Kalau anda sukakan bunga, pasti anda tidak mahu melepaskan peluang untuk datang ke taman bunga ini.
Anda akan dikelilingi pelbagai bunga yang cantik, spot yang menarik untuk ber OOTD dan disediakan tempat untuk berpicnic di dalam kawasan taman bunga. Setiap sudut taman itu ditanam dengan pelbagai jenis bunga yang berwarna-warni.
Bagi pakej yang disediakan untuk picnic, anda bolehlah mengikuti akaun Instagram atau laman web mereka untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej-pakej yang disediakan.
Kredit Foto: ch_flora_park (Instagram)
Selain ladang teh dan strawberry, taman bunga ini juga boleh menjadi tarikan utama di Cameron Highlands.
Kepada pasangan yang nak honeymoon atau mahu menyambut anniversary di Cameron Highlands, tempat ini amat sesuai untuk anda pergi. Boleh nk feeling romantik di taman bunga dengan pasangan anda.
Cara ke Flora Park
Mahu ke sini anda tidak boleh membawa kereta. Anda akan dibawa naik dengan kenderaan yang disediakan oleh pihak Flora Park.
Harga dan Cara Tempah Slot
Masuk kesini anda kena tempah slot. Ini kerana mungkin tidak mahu terlalu sesak pada setiap masa. Ada dua pilihan masa, 2 jam setiap slot:
- 10AM hingga 12PM
- 2PM hingga 4PM
Tempahan slot boleh dilakukan dengan menghubungi di IG mereka.
Entrance fees untuk masuk ke Flora Park:
- Dewasa: RM50
- Kanak-Kanak: RM 25 (4-12 tahun)
- 3 tahun kebawah percuma
Mungkin boleh berlaku perubahan harga, boleh menghubungi mereka untuk mengesahkan bayaran yang dikenakan.
Bagi menempah slot untuk pakej picnic juga boleh menghubungi di IG mereka.
Pesanan Kepada Pengunjung
Sedikit pesanan kepada pengunjung yang mahu ke Cameron Flora Park:
- Harga untuk masuk ke sini agak premium, jika anda betul mahu masuk gunakan 2 jam yang diberi sebaik mungkin. Bagi sesetengah orang mungkin agak mahal, yang penting tepuk dada tanya poket.
- Kawasannya berbukit atau banyak tangga, jadi tidak sesuai untuk yang sakit lutut atau yang berkerusi roda.
Kredit Foto: ch_flora_park (Instagram)
Ikuti IG mereka untuk sebarang kemaskini info mengenai Flora Park. Mungkin anda boleh masukkan dalam ‘bucketlist’ anda jika ke Cameron Highlands.
Rancang perjalanan anda sebaiknya dan selamat bercuti!