Penginapan berkonsepkan glamping ini memang semakin popular di Malaysia. Tidak ketinggalan di Kundasang terdapat beberapa tempat glamping menarik yang anda kena cuba.
Jadi, kalau anda nak ‘upgrade’ sikit pengalaman anda dengan mencuba penginapan yang lain dari yang lain di Kundasang, cuba untuk bermalam atau menginap secara glamping. Sekali sekala bolehlah tukar angin, asyik menginap di homestay atau chalet yang biasa-biasa saja.
Pada waktu pagi anda boleh melihat keindahan kawasan lembah atau menikmati pemandangan gunung. Pada waktu malam anda boleh melihat bintang-bintang yang berkelipan sambil melayan kesejukan di sini. Ia satu pengalaman yang menyeronokkan.
Disini kami senaraikan empat tempat Glamping menarik di Kundasang untuk anda cuba ketika bercuti di tempat sejuk ini. Jom bercuti bersama family atau rakan anda!
Umea Glam Kundasang
Kredit Foto: Umea Glam Kundasang
Umea Glam Kundasang ini antara penginapan popular di kalangan pengunjung yang mahu bercuti ke Kundasang, terutamanya mereka yang mahu menginap berkonsepkan Glamping. Dan Umea adalah Glamping dome pertama di Kundasang.
Seperti yang dinyatakan di laman web mereka, tempat ini dibina oleh 4 orang rakan kongsi. Nama tempat Glamping ini diambil dari nama sebuah bandar di Sweden dan kisahnya anda boleh pergi ke website mereka untuk ketahui lebih lanjut.
Umea mempunyai empat domes untuk anda pilih iaitu GALLIVARE, KIRUNA, NARVIK dan ABISKO. Telah disediakan katil serta perabot lain dan setiap kubah mempunyai perabot dan susun atur perabot yang sedikit berbeza.
Dari dalam kubah pun anda boleh melihat pemandangan lembah di depan mata anda! Boleh nak lepak bersama rakan-rakan atau keluarga anda.
Syameens Glamping Dome
Kredit Foto: Syameens Glamping Dome
Kawasan Glamping yang sedikit ke atas bukit, menambah lagi keseronokkan ketika berada disini. Boleh layan view yang cantik pada siang hari. Pada waktu malam boleh melihat lampu-lampu rumah/kediaman yang berada di bawah bukit.
Sama seperti glamping yang lain, tempat ini juga menyediakan kemudahan yang sesuai untuk keselesaan anda.
Kalau bernasib baik, anda juga berpeluang untuk mengalami kabus di kawasan penginapan ini ketika waktu awal pagi. Dan jangan terlepas peluang untuk melihat Gunung Kinabalu, iaitu dari jam 6.00 pagi ke 10.00 pagi (bergantung) sebelum diliputi dengan awan.
Pada awal pagi boleh minum kopi panas sambil layan Gunung Kinabalu, ditambah dengan cuaca sejuk. Pasti layan!
The Cloud Kinabalu
Kredit Foto: The Cloud Kinabalu
Sama seperti tempat glamping yang lain, The Cloud pun menawarkan pemandangan yang menarik ketika bercuti disini. Malah, ramai yang review pemandangan sini memukau dan instagramable. Jadi ia salah satu alasan kenapa anda kena cuba untuk menginap disini.
Penginapan ini juga berada dekat dengan jalan besar, tidak perlu untuk memandu jauh ke dalam dan lebih mudah untuk ditemui.
Mungkin pada tarikh yang anda nak pergi domes sudah penuh ditempah, jangan risau The Cloud Kinabalu juga ada menawarkan penginapan chalet yang tidak kurang hebatnya untuk anda menginap di tempat ini.
Anda boleh pertimbangkan untuk bercuti disini!
Tullynaw Glamping
Kredit Foto: Tullynaw Glamping
Tempat Glamping yang terakhir ini bukan di Kundasang tetapi di Pekan Nabalu, kira-kira 20 KM dari Kundasang. Kenapa kami masukkan juga dalam senarai?
Ada dua sebab kenapa kami masukkan dalam senarai walaupun glamping yang menarik ini tidak berada di Kundasang. Satu, adalah kerana Glamping ini tidak jauh dari Kundasang. Jadi, kalau anda menginap disini sekalipun, anda masih boleh untuk pergi tempat-tempat menarik di Kundasang. Kedua, tempat yang menarik serta pemandangan dari sini memang cantik, memang wajib kena masukkan sebagai pilihan untuk yang mencari penginapan yang tenang.
Pada ketika ini, Tullynaw hanya mempunyai dua Domes sahaja iaitu Tulan Dome dan Tadau Dome. Tulan Dome hanya sesuai untuk 2 orang manakala Tadau Dome mempunyai dome yang lebih besar sedikit, sesuai untuk 4 orang. Jadi, pastikan anda menempah lebih awal untuk mengelakkan sebarang kekecewaan.
Ia merupakan tempat yang sangat sesuai kepada yang mencari ketenangan sambil melayan panorama indah Gunung Kinabalu.
Kalau anda dapat lihat, keempat-empat tempat glamping di Kundasang ini, berkonsepkan khemah berbentuk dome.
Dan, kalau penginapan yang berkonsepkan Glamping ini, biasa unitnya tidak banyak. Jadi pastikan untuk menempah dengan lebih awal untuk mengelakkan anda tidak dapat bermalam di salah satu unit glamping ini disebabkan penuh pada tarikh yang anda nak pergi.
Anda kena ingat Kundasang antara lokasi yang menjadi tumpuan pelancong tempatan dan juga luar negara. Jadi bukan rakyat Malaysia saja yang bercuti disini. Jadi rancang percutian anda sebaiknya. Selamat bercuti!