Tempat Makan Wajib Untuk Anda Cuba Di Terengganu

6 Tempat Makan Wajib Untuk Anda Cuba Di Terengganu

*Di laman ini mungkin mengandungi pautan ‘affiliate’, yang bermaksud bahawa kami akan menerima komisen kecil jika anda mengklik salah satu pautan produk. Tidak dikenakan bayaran lebih jika membeli produk melalui link kami. Terima kasih atas sokongan anda*

 

Bukan sahaja terkenal dengan pelbagai tempat yang menarik untuk dilawati tetapi Terengganu juga menjadi salah satu destinasi ‘syurga makanan’ kepada pelancong. Nasi dagang, keropok lekor dan bermacam lagi makanan yang enak yang ada di negeri ini.

Sebenarnya banyak kalau nak sebut kedai makan yang best dan sedap. Tapi, kami senaraikan enam tempat makan wajib untuk anda cuba di Terengganu kerana kedai-kedai ini sangat popular di kalangan pelancong.

Jadi, teruskan membaca!

Nasi Dagang Atas Tol

Nasi Dagang atas Tol

Kredit Foto: Nasi Dagang Atas Tol

Tidak sah bercuti ke Terengganu tanpa makan nasi dagang. Kalau nak rasa kedai nasi dagang yang sedap boleh ke Nasi Dagang Atas Tol. Kedai makan ini port sarapan yang sangat popular di Terengganu. 

Penduduk tempatan memanggil kedai ini dengan Nasi Dagang Atas Tol Tepi Kubur kerana lokasinya yang bersebelahan dengan kubur. Dibuka seawal 6.00 pagi dan biasanya habis dalam pukul 11.00 pagi.

Menu utama semestinya nasi dagang dan anda pasti mahu mencuba minuman ‘signature’ disini iaitu Teh Ais Madu/Teh Ais Ombak Rindu. 

Pada hujung minggu atau cuti sekolah pasti akan ramai orang, jadi memang kena sabar beratur sebelum anda dapat makan di sini.

 

Suerasa Nasi Kerabu (Jalan Sultan Sulaiman)                                              

Suerasa Nasi Kerabu

Kredit Foto: Fathiah Ramli

Restoran Suerasa Nasi Kerabu atau sebelum ini dikenali sebagai Fauzi Nasi Kerabu ini bukan level biasa. Restoran ini pernah tersenarai top destinasi terpilih dalam World Street Food Congress pada tahun 2017. Dengan pencapaian yang diterima ini tidak hairan kedai ini pasti dikunjungi ramai orang dan mendapat tempat di hati para pengunjung.

Kalau anda mencari kedai nasi kerabu yang sedap di sekitar Kuala Terengganu, kedai ini seharusnya terletak di tempat pertama dalam senarai anda. Pelbagai lauk yang boleh anda pilih untuk dimakan bersama dengan nasi kerabu. Salah satu lauk yang anda mesti cuba ialah ayam dan daging panggangnya.

 

Restoran Singgang Budu

Restoran Singgang Budu

Kredit Foto: Singgang Budu

Sekarang kita lihat pula restoran yang popular untuk makan tengahari di Terengganu iaitu Restoran Singgang Budu. 

Menyajikan pelbagai masakan kampung yang sedap dan menyelerakan dan disediakan mengikut citarasa Pantai Timur. Sesuai dengan namanya, menu popular adalah masakan singgang tetapi terdapat banyak lauk pauk yang lain yang pasti dapat membuka selera anda. 

Walaupun masakan singgang ini nampak ringkas tetapi kalau makan bersama budu dan ulam, pasti membuka selera sesiapa sahaja yang meminati masakan kampung.

Mempunyai kawasan kedai luas dan parking mudah, memberi keselesaan kepada para pengunjung. Anda kena datang dan rasa sendiri bermacam lauk yang sedap disini.

 

Kedai Makang Belagoangin

Kedai Makang Belagoangin

Kredit Foto: Kedai Makang Belagoangin

Kedai Makang Belagoangin, satu lagi tempat makan yang menyediakan menu masakan kampung yang sedap-sedap belaka. Meriah dengan pelbagai jenis lauk pasti buat anda rambang mata nak memilih. Kalau boleh nak rasa semua!

Selain namanya yang unik, tempatnya juga menarik kerana berada di tepi sawah. Sambil makan boleh layan pemandangan sawah. Memang betul-betul rasa suasana kampung bila makan di sini.

Kedai ini ramai pengunjung, jadi jangan datang lewat sgt kalau tak mahu lauk pauk licin dan habis.

 

Firdausy Seafood Corner

Firdausy Seafood Corner

Firdausy Seafood Corner, sebuah kedai makan yang terkenal bukan sahaja kerana makanan laut yang sedap tetapi tempatnya yang strategik. Kedai ini berada di sebelah dengan Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Oleh kerana itu, ia menjadi lokasi para pengunjung yang mahu makan ikan celup tepung.

Kawasan restoran yang selesa, besar dan kalau anda bernasib baik, ketika anda makan boleh melihat kapal terbang mendarat atau berlepas. Masa kami makan, nampak pesawat AirAsia berlepas.

Pelbagai pilihan makanan goreng tepung disajikan di restoran Firdausy Seafood ini. Nak ke sini pun tak susah dari Kuala Terengganu, dan tidak jauh dari Pantai Teluk Ketapang. Lepas makan anda boleh bersiar-siar ke pantai pula.

 

Warung Pok Nong

Warung Pok Nong

Kredit Foto: WARONG POKNONG ICT

Terdapat banyak warung yang menyajikan pelbagai hidangan laut seperti sotong celup tepung yang sedap tetapi yang paling popular dan menjadi kegemaran orang ramai ialah Warung Pok Nong. Orang luar yang bercuti ke Terengganu pasti akan singgah kesini.

Tambahan, pelbagai jenis minuman yang ada dalam menu untuk anda rasa seperti ais jagung, air kelapa muda dan juga ais kacang. Memang layan bila makan ikan atau sotong celup dengan sos yang sedap untuk minum petang.

Kalau anda pergi sewaktu cuti sekolah dan terlalu ramai orang, malah anda tidak sanggup untuk menunggu, banyak lagi kedai celup tepung yang sedap yang anda boleh pergi.

 

Jadi, kedai mana anda sudah rasa makanannya? Pandangan anda mengenai kedai di atas? 

Kalau anda sudah rasa kesemua tempat makan yang disebut di atas, boleh teruskan untuk mencuba ke kedai makan menarik yang lain. Banyak sebenarnya kedai makan yang sedap dan enak untuk anda cuba di Terengganu.

Rasa sedap ke tidak ini bergantung juga kepada individu. Ada yang kata sedap, ada yang kata okay saja dan ada juga yang kata tidak sedap dan tidak berbaloi. Cuba pergi dan rasa sendiri kedai mana yang kena dengan selera anda.

Selamat bercuti!

Kongsi:
Save on your hotel - hotelscombined.com