Penginapan Unik di Kundasang

4 Penginapan Unik di Kundasang Untuk Anda Cuba

  • Post comments:0 Comments
  • Reading time:6 mins read
  • Post last modified:February 29, 2024
  • Post author:
*Di laman ini mungkin mengandungi pautan ‘affiliate’, yang bermaksud bahawa kami akan menerima komisen kecil jika anda mengklik salah satu pautan produk. Tidak dikenakan bayaran lebih jika membeli produk melalui link kami. Terima kasih atas sokongan anda*

 

Bila bercuti ke Sabah, salah satu destinasi yang menjadi pilihan ramai orang sama ada mahu bercuti bersama keluarga, kawan-kawan mahupun untuk company trip adalah Kundasang.

Terletak di kaki Gunung Kinabalu, ia menawarkan keindahan alam yang mempersonakan dan udara segar yang menyegarkan. Ditambah dengan pelbagai tarikan menarik untuk para pelancong, jadi tidak hairan ia menjadi destinasi pelancongan yang popular di Sabah.

Kundasang adalah destinasi yang sempurna untuk melarikan dari hiruk-pikuk kehidupan seharian. Bolehlah kalau anda nak rehatkan minda untuk beberapa hari.

Selain itu, Kundasang juga menawarkan pelbagai penginapan yang menarik untuk anda bermalam. Tetapi pada entri kali ini kami akan senaraikan empat penginapan unik di Kundasang yang boleh anda cuba. Jadi, anda boleh merasai pengalaman percutian yang berbeza ketika berada di Kundasang.

Hidden Hill

Hidden Hill

Kredit Foto: Hidden Hill Kundasang

Nak feeling seperti berada di Negara Matahari Terbit, anda boleh rasa vibes itu di Sabah sahaja. Hidden Hill, homestay yang terletak di Kundasang ini merupakan penginapan yang unik kerana berkonsepkan Jepun.

Ketika berada di kawasan homestay ini, anda dapat melihat hiasan luaran dan dalaman ada sedikit berkonsepkan seperti di Jepun. Lebih menarik anda boleh menyewa pakaian tradisional masyarakat Jepun. Ini masanya untuk anda bergambar dan dapatkan kenangan ketika bercuti di Kundasang.

Jadi, sambil anda menginap dengan suasana seperti di Jepun, anda juga dihidangkan dengan pemandangan Gunung Kinabalu dari homestay ini. Memakai pakaian Kimono ditambah dengan berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu, pasti gambar anda lain dari yang lain.

Hidden Hill Kundasang adalah penginapan yang sempurna untuk menikmati ketenangan dan keindahan alam di Kundasang.

 

Humble Hobbit Home

humble hobbit home

Kredit Foto: Humble Hobbit Home

Anda peminat cerita ‘The Lord of the Rings’? Kalau ya, pasti anda tahu mengenai sebuah perkampungan Hobbit yang dapat dilihat dalam cerita tersebut. Dari cerita itu, kita dapat melihat rumah pondok kecil yang comel dan cantik. 

Jadi, anda tidak perlu nak ke Hobbiton di New Zealand untuk merasai pengalaman itu, kerana anda dapat merasainya di Kundasang iaitu di ‘HUMBLE HOBBIT HOME’!

Bagaimana pula dengan view dari penginapan ini? Jangan risau, Humble Hobbit Home yang terletak di lereng bukit menawarkan pemandangan pergunungan yang cukup mempesonakan dan indah. Malah, para pengunjung dapat melihat Gunung Kinabalu hanya dari tingkap penginapan. Jika bernasib baik ketika itu tiada kabus, pemandangan yang memukau Gunung Kinabalu dapat dilihat.

Walaupun anda tidak tahu mengenai cerita ‘The Lord of the Rings’, yang pasti anda kena cuba untuk merasai keunikan bermalam disini. 

 

Wind Paradise Mongolian Yurt

wind paradise mongolian yurt

Kredit Foto: Wind Paradise Mongolian Yurt

Kalau penginapan di atas kami cakap tidak perlu nak ke New Zealand untuk merasa rumah Hobbit, kali ini anda tidak perlu nak ke Mongolia untuk merasa pengalaman duduk di dalam khemah yang unik ini.

Penginapan berkonsepkan Yurt iaitu sebuah khemah yang berbentuk bulat ini telah digunakan beribu tahun lamanya oleh orang nomad Mongolia. Anda boleh rasa sedikit pengalaman itu di Kundasang.

Khemahnya sesuai untuk 2 hingga 4 orang. Boleh ajak rakan anda untuk menginap disini. Mungkin nak rasa pengalaman berbeza ketika bercuti di tempat sejuk ini.

 

Syameen’s Homestay & Glamping

Syameen’s Homestay & Glamping

Kredit Foto: Syameen’s Homestay & Glamping

Penginapan yang berkonsepkan Glamping ini memang tidak asing lagi, anda boleh jumpa penginapan ini di beberapa tempat di Malaysia. Trend Glamping menjadi semakin popular, dan di Kundasang pun anda boleh merasai pengalaman itu. 

Kawasan Syameen’s Homestay & Glamping ini dibina di atas bukit, menambah lagi keseronokan ketika bercuti disini. Tambah mengujakan, pengunjung dapat menyaksikan keindahan kawasan sekeliling dari tempat penginapan ini.

Jangan risau, jika anda bernasib baik, boleh layan view Gunung Kinabalu dari tempat penginapan saja. Anda boleh lihat keindahan Gunung Kinabalu dari jam 6.00 pagi ke 10.00 pagi (bergantung) sebelum diliputi dengan awan.

Unit glamping yang ditawarkan tidak banyak, siapa cepat dia dapat. Kalau anda berminat untuk menginap disini pastikan book dengan lebih awal terutamanya jika anda bercadang untuk pergi ketika musim cuti sekolah.

Bacaan lain: Tempat Glamping Menarik di Kundasang

 

Kalau anda berhasrat untuk bercuti ke Kundasang pada masa akan datang, sekali sekala bolehlah pertimbangkan penginapan yang lain dari yang lain yang kami senaraikan di atas. Dapat merasai kelainan ketika bercuti di tempat nyaman ini.

Tetapi, tidak kisah anda menginap dimana pun, yang paling penting nikmati saja kesejukan udara pergunungan sambil menikmati keindahan alam disini. Selamat bercuti!

Kongsi:
Save on your hotel - hotelscombined.com

Leave a Reply