Taman Bunga Ros Di Cameron Highlands

3 Taman Bunga Ros Di Cameron Highlands – Peminat Bunga Ros Kena Pergi!

  • Post comments:0 Comments
  • Reading time:6 mins read
  • Post last modified:May 21, 2022
  • Post author:
*Di laman ini mungkin mengandungi pautan ‘affiliate’, yang bermaksud bahawa kami akan menerima komisen kecil jika anda mengklik salah satu pautan produk. Tidak dikenakan bayaran lebih jika membeli produk melalui link kami. Terima kasih atas sokongan anda*

 

Selain melawat ladang teh atau strawberi, sekali sekala pergi taman bunga ros di Cameron Highland juga merupakan aktiviti yang seronok untuk dilakukan. Terutamanya kepada peminat bunga ros, pasti tidak mahu melepaskan untuk pergi dan melihat pelbagai jenis bunga ros yang cantik belaka.

Bukan sahaja boleh melihat bunga disini tetapi anda boleh mengambil gambar berlatar belakang bunga-bunga yang cantik dan berwarna-warni di sekitar taman.

Kepada pencinta bunga, teruskan membaca untuk melihat tiga taman bunga ros yang menarik untuk anda kunjungi.

O&R Garden

O&R Garden

Kredit Foto: O&R Garden Cameron Highlands

O&R Garden ialah singkatan nama untuk Orchid & Rose Garden dan uniknya O&R Garden ini bukan sahaja fokus kepada bunga ros, tetapi disini juga terdapat pelbagai jenis orkid. Malah koleksi bunga orkid disini lebih banyak berbanding bunga ros. 

Terletak di Kea Farm, O&R Garden dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang. O&R Garden merupakan taman bunga di lembah kecil antara Copthorne Cameron Highlands dan Cameron Square. Beberapa tarikan menarik yang berdekatan dengan tempat ini iaitu Butterfly Garden dan Ee Feng Gu Bee Farm.

Selain ros dan orkid, di O&R Garden juga terdapat pelbagai jenis bunga liar yang lain seperti periuk kera. Jika anda bernasib baik, anda juga boleh melihat 20 variasi bunga raya pelbagai warna kembang mekar di O&R Garden. Bunga Daisy juga ada di O&R Garden dengan variasi warna merah, oren, kuning, pink atau putih.

Memang berbaloi bagi pencinta bunga untuk menghabiskan masa di sini.

Maklumat Tambahan:

Lokasi: Kea Farm, Cameron highlands

Harga tiket: RM 6 (dewasa), RM4 (kanak-kanak)

 

Robertson Rose Garden

Robertson Rose Garden

Kredit Foto: wayne_weien1990

Di Robertson Rose Garden terdapat lebih daripada 100 jenis bunga ros yang mempunyai pelbagai warna dan spesis. Selain daripada bunga ros, terdapat juga bunga-bunga lain seperti bunga matahari, bunga raya, bunga teluki dan terdapat juga pelbagai jenis kaktus disini.

Lebih menarik lagi anda boleh membeli pokok bunga dan pokok kaktus yang terdapat disini. Anda bukan sekadar dapat menikmati pemandangan dan mengenali pelbagai jenis pokok bunga ros, anda juga boleh memilikinya!

Robertson Rose Garden ini terletak di lereng bukit dan mempunyai pemandangan yang sangat cantik. Namun diingatkan bahawa jalan untuk ke sini agak mencabar kerana laluannya yang sempit. Ini kerana perjalanan kesini menggunakan jalan yang sama jika anda mahu ke Boh Tea Centre Sungai Palas. Namun perjalanan anda akan sangat berbaloi setelah anda sampai ke sini.

Maklumat Tambahan: 

Lokasi: Brinchang, Cameron Highlands

Harga tiket: Percuma


Bacaan Lain:

10 Penginapan Terbaik Di Brinchang Cameron Highlands


Rose Valley Farm

Rose Valley Farm 

Kredit Foto: Rose Valley Farm

Rose Valley merupakan taman bunga ros terbesar yang terdapat di Genting Highland. Terletak di Tringkap Cameron Highlands, Rose Valley ini mempunyai 450 jenis ros dengan pelbagai bentuk, saiz dan warna. Di Rose Valley anda berpeluang melihat bunga ros yang sukar ditemui seperti ros hitam, rose tanpa duri yang mempunyai 20 bau yang berlainan, ros mini dan pelbagai jenis ros yang pelik dan unik anda boleh lihat disini.

Selain bunga ros, terdapat juga bunga-bunga unik yang terdapat disini seperti camelia, lily dan beberapa jenis lagi pokok bunga unik dan sukar untuk ditemui. Kaktus, buah-buahan, sayur-sayuran dan strawberry juga ada di jual disini.

Tarikan menarik yang berdekatan dengan tempat ini ialah Cameron Tringkap Bee Farm. Salah satu ladang lebah yang menarik untuk anda kunjungi.

Maklumat Tambahan:

Lokasi: Tringkap, Cameron Highlands

Harga tiket: RM5 (dewasa), RM2 (kanak-kanak)

 

Tambahan: Rose Centre Cameron Highlands

Terdapat lagi satu tempat yang mengfokuskan hanya menjual pokok bung ros iaitu Rose Centre Cameron Highlands. Tempat ini juga popular untuk sesiapa yang ingin membeli pokok bunga ros. Pelbagai pilihan jenis pokok bunga ros yang cantik untuk anda beli.

Kongsi:
Save on your hotel - hotelscombined.com

Leave a Reply