Selain dari bonus dan beberapa faedah lain, percutian syarikat atau company trip juga salah satu cara terbaik yang boleh dilakukan sebagai penghargaan kepada pekerja atas usaha mereka dalam meningkatkan prestasi syarikat.
Malah, ia juga memberi peluang kepada pekerja untuk bersantai dan bercuti dengan rakan sekerja mereka. Dengan cara ini, ia membantu dalam membina hubungan yang lebih rapat antara pekerja.
Mari kita lihat 8 destinasi percutian menarik di Malaysia untuk company trip. Boleh buat rujukan untuk masa hadapan.
Kundasang
Kalau kita bercakap mengenai bercuti ke Sabah, ramai yang akan bercerita mengenai bercuti ke Kundasang. Ini kerana Kundasang adalah destinasi popular ketika bercuti ke negeri ini. Malah, ianya merupakan tempat menarik untuk membuat percutian syarikat atau rombongan.
Bukan saja dibawa ke tempat menarik di Kundasang, anda juga akan pergi ke beberapa tempat menarik di sekitar Kota Kinabalu.
Kundasang menjadi tumpuan kerana udara yang nyaman dan anda dihidangkan dengan pemandangan indah. Anda boleh bergambar berlatar belakang Gunung Kinabalu. Tempat wajib anda kena pergi ialah Dairy Farm, yang dianggap suasananya seperti di New Zealand.
Pakejnya yang tidak terlalu mahal, menjadikan banyak syarikat atau badan kerajaan memilih Kundasang sebagai destinasi pilihan walaupun harga tiket flight ke Sabah seperti yang kita ketahui boleh tahan juga harganya.
Semporna
Ramai orang sudah tahu bahawa pulau-pulau di Semporna sering dikenali sebagai Maldives Malaysia. Pulau-pulau yang cantik dan air laut yang jernih kebiruan, pastinya akan memberikan pengalaman yang menarik kepada sesiapa yang bercuti kesini.
Di semporna banyak pilihan penginapan, ada yang di mainland dan atas air. Kalau bercuti ke sini anda kena rasa untuk bermalam di resort atas air. Baru lengkap percutian ke Semporna.
Jika anda memilih untuk menginap resort atas air, ianya tidak murah. Selain itu, kebanyakkan penginapan atau resort atas air mempunyai bilik yang terhad, sesuai untuk percutian yang tidak ramai.
Mungkin founder-founder yang nak reward staf boleh pertimbangkan untuk bawa mereka kesini.
Kuching
Sebuah destinasi yang jarang orang sebut bila bertanya tentang tempat percutian di Malaysia tetapi sebenarnya Kuching menawarkan banyak tempat yang best untuk diterokai.
Bila bercuti ke Kuching, banyak perkara anda boleh tahu mengetahui tentang budaya dan masyarakat yang berbilang kaum yang ada disini.
Kuching pasti menjadi destinasi yang tidak boleh dilepaskan bagi pengunjung yang ingin merasai keindahan dan keunikannya. Jadi jangan lupa untuk cadangkan ke bos anda untuk buat trip ke ibu negeri Sarawak ini.
Pulau Perhentian
Kepada yang sukakan percutian pulau, anda kena pergi ke Perhentian. Ianya sebuah pulau di Terengganu yang cantik sehinggakan ada beberapa laman web dari luar memasukkan Pulau Perhentian dalam blog mereka sebagai ‘Best Islands In Asia’.
Pulau Perhentian terkenal kerana kecantikan pantai berpasir yang putih dan air laut yang jernih.
Biasalah kalau ke pulau aktiviti wajib adalah snorkeling. Tetapi di Perhentian pada waktu malam juga ada akiviti menarik seperti pertunjukkan api jika anda stay dekat area Long Beach.
Perhentian tidak dibuka sepanjang tahun dek kerana musim tengkujuh. Biasanya pulau akan tutup dari bulan 11 hingga bulan 2.
Pulau Redang
Selain Perhentian, Pulau Redang juga merupakan salah satu pulau terindah di Malaysia yang juga terkenal dengan pantainya yang berpasir putih dan air laut yang jernih.
Keindahan alam semula jadi yang disajikan oleh Pulau Redang menjadikannya destinasi yang sangat popular di kalangan pelancong dan penyelam di Malaysia. Anda boleh menikmati keindahan terumbu karang di perairan sekitar Pulau Redang.
Sama seperti Perhentian, Pulau Redang juga terletak di negeri Terengganu. Jadi pulau ini juga akan tutup ketika musim tengkujuh.
Bacaan lain:
Destinasi Percutian Menarik Luar Negara Untuk Company Trip
Pulau Langkawi
Pulau Langkawi, merupakan salah satu destinasi paling terkenal di kalangan pelancong dari dalam dan luar negara.
Banyak tarikan menarik di Langkawi seperti kereta kabel yang akan sentiasa menjadi tumpuan pelancong. Malah, pulau ini sangat sesuai untuk semua lapisan umur, tak kira tua ataupun muda.
Walaupun pernah dikritik bercuti di Langkawi lebih mahal berbanding bercuti di Hatyai tetapi masih ramai yang mahu bercuti ke pulau ini yang dikenali dengan jolokan ‘Permata Kedah’.
Cameron Highlands
Jika mencari destinasi yang menarik serta udara yang sedikit sejuk dan nyaman di semenanjung Malaysia, tidak lain tidak bukan adalah Cameron Highlands.
Tempat pelancongan yang sesak dengan pengunjung tidak kira ketika cuti hujung minggu atau cuti umum / sekolah.
Cameron Highlands menawarkan banyak tarikan menarik seperti ladang teh, kebun strawberi, tempat makan yang best dan banyak lagi. Lagi best jika pergi pada musim cuti sekolah, boleh jalan-jalan ke pasar malam Golden Hills.
Cameron Highlands menawarkan percutian yang santai dan sesuai untuk melarikan diri sebentar dari kesibukan kerja.
Genting Highlands
Jika anda mencari percutian yang singkat, Genting Highlands antara destinasi yang boleh anda pertimbangkan.
Tambahan, percutian ini sesuai untuk yang berada di sekitar Lembah Klang kerana masa untuk pergi ke pusat peranginan ini tidak mengambil masa yang lama.
Terdapat beberapa tempat menarik di Genting Highlands tetapi yang wajib anda kena pergi ialah ke taman tema – Genting Skyworld Theme Park. Terdapat juga beberapa penginapan menarik untuk anda menginap semalaman.
Sebenarnya banyak destinasi menarik di Malaysia untuk anda buat company trip. Tetapi yang di atas adalah antara destinasi popular. Kalau ada bajet lebih mungkin boleh pertimbangkan ke luar negara. Selamat bercuti!