Penginapan Terbaik Di Brinchang

10 Penginapan Terbaik Di Brinchang Cameron Highlands

  • Post comments:0 Comments
  • Reading time:14 mins read
  • Post last modified:April 10, 2022
  • Post author:
*Di laman ini mungkin mengandungi pautan ‘affiliate’, yang bermaksud bahawa kami akan menerima komisen kecil jika anda mengklik salah satu pautan produk. Tidak dikenakan bayaran lebih jika membeli produk melalui link kami. Terima kasih atas sokongan anda*

Selain Tanah Rata, Brinchang juga salah satu pekan yang terkenal di Cameron Highlands. Malah, di Brinchang juga banyak tempat popular dan menarik untuk dilawati seperti Ladang Teh Boh Sungai Palas.

Kalau percutian anda seterusnya ke Tanah Tinggi Cameron untuk menginap di sekitar Brinchang, ini beberapa pilihan penginapan terbaik yang boleh anda pilih.

Kea Garden Guest House

Kredit Foto: Kea Garden Guest House 

Merupakan salah satu penginapan popular di Brinchang. Hiasan landskapnya dan terdapat taman bunga yang menawarkan pemandangan yang cantik. Tempat yang strategik kerana berdekatan dengan Kea Farm dan beberapa tempat menarik yang lain seperti Sheep Sanctuary dan Flora Park.

Kalau nak pergi ke Kea Farm memang dekat sangat, anda boleh jalan kaki sahaja. Jadi senang kalau anda nak shopping buah-buahan dan sayuran yang segar. 

Kalau anda bercuti secara solo atau berdua, boleh cuba Kea Garden Mini Chalet. Penginapan berkonsep seperti pondok, lebih kecil dan murah, tetapi anda kena berkongsi bilik air.

Hotel Flora Plus

Kredit Foto: Hotel Flora Plus

Sebuah hotel butik dengan hiasan dekorasi yang cantik dan menarik. 

Kedudukan hotel strategik, banyak kedai makan yang berdekatan yang boleh diakses dengan berjalan kaki sahaja. 

Hotel ini adalah antara hotel butik yang terkenal di Cameron. Ianya juga mempunyai akses wifi percuma. Parking percuma juga disediakan untuk tetamu.

Wan Alyasa Hotel

Kredit Foto: Wan Alyasa Hotel

Sama seperti Hotel Flora Plus, hotel ini juga berdekatan dengan banyak kedai. Ini kerana lokasi antara dua hotel ini berdekatan sahaja.

Dekorasi hotel agak unik kerana diserikan dengan menggunakan motosikal antik di sekitar hotel. Memang lain dari yang lain. Harga juga berpatutan dengan bilik yang ditawarkan.

Tarikan paling popular yang berdekatan dengan hotel ini adalah Big Red Strawberry Farm.

Nova Highlands Hotel

Kredit Foto: Nova Highlands Hotel

Oleh kerana ianya penginapan jenis apartment, jadi anda akan ditawarkan bilik yang luas, selesa dan sesuai untuk yang bercuti bersama keluarga.

Yang menariknya, hotel ini boleh akses terus ke shopping mall iaitu Cameron Square. Jadi senang kalau anda mahu shopping barang atau membeli makanan. 

Lokasi hotel yang strategik kerana berdekatan dengan tempat tumpuan pelancong seperti butterfly farm, bee farm dan strawberry farm. Malah, hotel ini berdekatan dengan susur masuk ke Ladang Teh Boh Sungai Palas.

Parkland Apartments

Kredit Foto: Parkland Apartments

Satu lagi penginapan jenis apartment yang boleh anda cuba di Brinchang. Lokasinya mudah untuk dicari dan berdekatan dengan pekan Brinchang. Senang dan tidak perlu pergi jauh untuk cari barang atau makanan.

Apartment yang luas dan tidak perlu risau mengenai parking disini kerana disediakan untuk tetamu.

Ulasan dari Agoda, Booking.com dan google oleh pengunjung yang pernah menginap disini juga agak tinggi. Boleh pertimbangkan untuk bermalam disini.

Copthorne Hotel Cameron Highlands

Kredit Foto: Copthorne Hotel Cameron Highlands

Salah satu faktor orang memilih hotel ini kerana lokasinya berdekatan dengan Kea Farm. Kea Farm ini tempat wajib pergi jika ke Cameron Highlands. Hotel paling popular di Brinchang.

Pelbagai jenis bilik yang selesa untuk dipilih para pengunjung. Hotel ini yang berada di altitud tinggi berbanding hotel lain, memberikan pemandangan sekeliling yang cantik dan indah. Sesuai untuk bersantai dan tenangkan minda.

Susah nak lihat hotel di Cameron yang mempunyai kolam renang tetapi Copthorne Hotel adalah salah satunya yang mempunyai kolam renang (indoor).

Hotel Rosa Passadena

Kredit Foto: Hotel Rosa Passadena

Hotel ini berada di tengah-tengah pekan Brinchang. Lokasinya memudahkan anda untuk mencari tempat makan atau kedai untuk membeli barang.

Biliknya selesa untuk bermalam di hotel ini. Hotel Rosa Passadena menawarkan tiga jenis bilik tetamu iaitu bilik standard, deluxe dan superior. Benda asas seperti wifi percuma ada disediakan dan sesetengah bilik yang mempunyai tab mandi.

Bab parking, kalau anda pergi hari biasa tiada masalah tapi kalau waktu cuti sekolah/umum atau hari minggu mungkin susah nak cari parking.

Smurf Inn Homestay

Kredit Foto: Tulip Hotel & Apartment

Tema dekorasi di penginapan ini berkonsepkan English Style. Memang nampak cantik dan anda bolehlah nak rasa seperti berada di luar negara. Boleh jalan-jalan dan mengambil gambar di kawasan sekitar sebab memang cantik tempat ini.

Hotel ini menyediakan penginapan yang selesa dengan harga yang berpatutan. Jenis bilik untuk standard dan deluxe, biliknya tidak besar. Kalau bercuti dengan keluarga, pastikan ambil jenis bilik selain standard dan deluxe. 

Bilik yang ditawarkan terhad, jika anda mahu menginap disini ketika musim cuti, pastikan tempah awal.

Sunlight Suite

Kredit Foto: Sunlight Suite

Mahu mencari tempat yang tenang dan tenteram di Brinchang, boleh cuba di Sunlight Suite. Sama ada anda datang bersama pasangan, kawan atau keluarga, pasti ada pakej yang sesuai untuk anda menginap disini.

Pakej untuk sewa banglo yang boleh memuatkan lebih 20 orang juga disediakan. Anda boleh ke laman web Sunlight Suite untuk melihat lebih detail mengenai pakej yang disediakan.

Tempat penginapan yang selesa, mempunyai pemandangan yang cantik dan laman yang luas jika mahu melakukan sebarang aktiviti. Bab parking pun tiada masalah kerana disediakan tempat parking kepada pengunjung yang menginap disini.

Strawberry Park Resort

Kredit Foto: Strawberry Park Resort

Lokasinya yang juah dari kesibukan pekan, sesuai untuk percutian yang privasi dan memberi ketenangan ketika menginap disini. Malah, menawarkan persekitaran yang menyegarkan dan pemandangan yang cantik dan indah. 

Kemudahan seperti spa, kolam renang dan beberapa kemudahan lain yang ditawarkan menjadikan Strawberry Park Resort sebuah penginapan mewah yang ada di Brinchang. Hiasan perabot yang moden dan kemas serta bilik yang selesa menjadikan resort ini popular dikalangan pengunjung yang bercuti ke Cameron Highlands.

Kepada yang mencari penginapan yang best untuk berbulan madu di Cameron, boleh masukkan resort ini dalam senarai anda.

Selesai menyenaraikan beberapa penginapan terbaik di Brinchang Cameron Highlands. Harap dapat membantu untuk percutian anda yang seterusnya ke Cameron Highlands.

Selamat bercuti!

Kongsi:
Save on your hotel - hotelscombined.com