Menara KL merupakan sebuah bangunan ikonik kebanggaan rakyat Malaysia. Bangunan ini bukan sahaja berperanan sebagai bangunan telekomunikasi, tetapi juga sebagai tarikan pelancong kerana terdapat pelbagai aktiviti menarik disediakan kepada pengunjung.
Kepada orang Lembah Klang yang tidak tahu nak pergi mana hujung minggu atau orang luar yang mahu bercuti di ibu negara Malaysia ini, anda boleh pergi kesini.
Ini 8 tempat menarik di Menara Kuala Lumpur yang boleh anda lawati.
Observation Deck
Kredit Foto: Menara Kuala Lumpur
Mahu melihat keindahan pemandangan Bandaraya Kuala Lumpur dari atas? Anda boleh dapat pengalaman itu dengan pergi Menara Kuala Lumpur.
Disediakan binokular untuk digunakan para pengunjung untuk melihat panaroma indah di setiap pelusuk Bandaraya KL.
Tempat ini kawasan tertutup, jadi tidak perlu untuk risau mengenai cuaca sama ada hujan atau panas terik.
SkyDeck
Kredit Foto: Menara Kuala Lumpur
Ini lagi satu tempat best dan yang mahu merasai pengalaman yang berbeza, anda patut pergi ke SkyDeck. Berbeza dengan observation deck, ianya kawasan deck terbuka dan terdedah kepada cuaca. Tempat ini akan ditutup ketika hujan.
Yang seronoknya, anda boleh layan panorama sambil merasai angin dan udara yang nyaman.
Ia terletak pada 300 meter dari tanah, menawarkan pemandangan yang indah pada waktu pagi dan lebih indah di waktu malam.
SkyBox (Glassbox)
Kredit Foto: Menara Kuala Lumpur
Salah satu tarikan yang anda tidak mahu terlepas iaitu SkyBox.
Pada ketinggian 300 meter, ia sebuah kotak yang dikelilingi sepenuhnya dengan kaca, dimana akan memberi anda pengalaman yang unik.
Selain melihat pemandangan, anda tidak mahu terlepas untuk berOOTD. Boleh muat naik banyak gambar ke media sosial anda.
Kalau anda membeli tiket ke SkyDeck dari Klook, harga tiket itu termasuk dengan melawat tempat ini.
Tower Walk 100
Kredit Foto: Menara Kuala Lumpur (FB)
Tower Walk 100 ini merupakan tarikan terbaru di Menara KL. Jadi masih ramai yang belum mencuba aktiviti menarik ini.
Anda berjalan melalui platform yang disediakan di luar bangunan Menara KL. Maksud ‘100’ merujuk bahawa anda berada pada ketinggian 100 kaki (30.48 meter) di atas tanah ketika melakukan Tower Walk.
Jadi, adakah anda berani berjalan 100 kaki di atas tanah?
Zoo Mini
Kredit Foto: Menara Kuala Lumpur (FB)
Anda pencinta haiwan atau mahu bawa anak- anak melihat haiwan? Anda boleh pergi ke Mini Zoo. Anak anda pasti suka dan seronok untuk melihat pelbagai jenis haiwan yang ada disini.
Bukan sahaja boleh melihat dan bergambar secara dekat tetapi anda boleh memegang dan memberi makan kepada haiwan tersebut. Pasti memberi pengalaman yang menyeronokkan kepada anak-anak anda.
Hujung minggu boleh Pergi!
Rumah Terbalik
Kredit Foto: Menara Kuala Lumpur (FB)
Salah satu spot menarik dan lain dari yang lain untuk bergambar. Warga lembah Klang tidak perlu pergi jauh-jauh seperti ke Melaka atau Port Dickson untuk merasa pengalaman rumah terbalik.
Dengan menggunakan konsep ‘Cottage House’, bukan sahaja rumah terbalik tetapi dekorasi seperti perabot juga terbalik.
Datang bersama rakan atau keluarga untuk meluangkan masa bersama dan ambil gambar yang menarik.
KL Forest Eco Park
Kredit Foto: Frostpolar (Wikimedia Commons)
Terokai dan nikmati alam semulajadi di tengah-tengah Bandar Kuala Lumpur. Bayangkan la sekitarnya mempunyai bangunan yang tinggi tetapi pada masa yang sama anda boleh menikmati pemandangan yang penuh kehijauan.
Anda pasti tidak mahu terlepas untuk menyusuri kawasan hijau ini dengan berjalan di titi gantung atau canopy walk.
Hujung minggu boleh lari sekejap dari kesibukan kota dan tenangkan minda. Salah satu taman yang menarik di KL untuk dilawati.
Restoran Atmosphere 360
Kredit Foto: Menara Kuala Lumpur
Menjamu selera sambil melihat permandangan yang cantik di Restoran Atmosphere 360.
Menawarkan pelbagai jenis hidangan buffet dari makan tengah hari, minum petang dan juga makan malam. Sesuai untuk makan bersama keluarga atau makan malam yang romantik bersama pasangan.
Terdapat etika pemakaian yang harus diikuti kepada para pengunjung iaitu smart casual (rujuk di laman web mereka).
Buat masa ini restoran ditutup!
Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan di Menara KL. Tunggu apa lagi, boleh pergi dan merasai sendiri pengalaman menyeronokkan.
Senarai tempat yang kami tidak sediakan link untuk beli tiket online, anda boleh beli secara walk-in.
Selamat bercuti!