Pulau Menarik di Sekitar Langkawi

7 Pulau Menarik di Sekitar Langkawi Untuk Dilawati

  • Post comments:0 Comments
  • Reading time:9 mins read
  • Post last modified:October 15, 2022
  • Post author:
*Di laman ini mungkin mengandungi pautan ‘affiliate’, yang bermaksud bahawa kami akan menerima komisen kecil jika anda mengklik salah satu pautan produk. Tidak dikenakan bayaran lebih jika membeli produk melalui link kami. Terima kasih atas sokongan anda*

 

Langkawi merupakan tempat pelancongan yang menarik untuk dikunjungi. Statistik dari lembaga pembangunan Langkawi (LADA) menunjukkan lebih kurang 3 juta orang melawat Langkawi setiap tahun.

Pelbagai tempat tarikan menarik yang boleh anda lawati dan pelbagai aktiviti menarik anda boleh buat. Selain itu, adakah anda tahu terdapat beberapa pulau terkenal yang berhampiran dengan Langkawi?

Dalam artikel ini kami senaraikan tujuh pulau menarik di sekitar Langkawi untuk pengalaman percutian menarik bersama orang tersayang.

Pulau Dayang Bunting

Pulau Dayang Bunting

 

Sesiapa yang ke Langkawi, pasti akan kesini. Pulau Dayang Bunting adalah pulau kedua terbesar selepas Pulau Langkawi.

Selain terkenal dengan kisah dongengnya, mungkin pulau ini mendapat nama daripada gunung  yang kelihatan seperti wanita sedang mengandung.

Dalam perjalanan ke sini anda akan dapat melihat bentuk gunung yang menyerupai seorang wanita yang sedang baring dengan bentuk muka, dada dan perut yang sedang bunting.

Malah, tempat ini terkenal dengan tasik air tawar yang besar.

Mempunyai pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan, antaranya mendaki bukit dan aktiviti air di tasik seperti berkayak, mandi, dan mengayuh paddle boat. 

 

Pulau Tuba

Pulau Tuba

Kredit: Ruzana Azhar

Hanya bersebelahan dengan Pulau Dayang Bunting, ia merupakan salah satu destinasi pelancongan yang menarik di Kedah. Sama seperti Pulau Langkawi, ia mempunyai penduduk yang mendiami pulau ini.

Pulau Tuba kaya dengan keindahan flora dan fauna, pasti ia tempat yang menyeronokkan kepada yang suka kepada alam semulajadi. Malah, terdapat beberapa tarikan yang menarik untuk dikunjungi seperti Gua Wang Buluh, Gua Kelawar Pulau Tuba, dan banyak lagi.

Anda boleh bermalam disini kerana mempunyai beberapa penginapan yang boleh anda pilih. Sekali sekala lari sebentar dari Tanah Besar Langkawi dan rasai suasana yang tenang di Pulau Tuba.

 

Pulau Payar

Pulau Payar

Kredit Foto: Katja Hasselkus

Pulau Payar atau Taman Laut Pulau Payar adalah salah satu pulau tercantik yang berada di sekitar Langkawi. Pulau yang cantik dengan airnya yang sangat jernih.

Popular dengan aktiviti snorkeling dan menyelam kerana airnya yang jernih dan pelbagai jenis ikan yang ada di sini.

Ada 3 cara untuk ke sini:

  1. Dari jeti Kuah, Langkawi (1 jam)
  2. Dari jeti Kuala Kedah (30 min)
  3. Dari Pulau Pinang (2 jam)

Kos untuk pergi ke sini agak mahal. Jadi tidak pelik jika anda ke sini, anda melihat kebanyakkan pelancong adalah dari negara luar.

Oleh kerana ini taman laut yang dilindungi, aktiviti memancing tidak dibenarkan dan jika ingin menyelam kena minta kebenaran terlebih dahulu.

 

Pulau Beras Basah

Pulau Beras Basah

Kredit Foto: consigliere ivan

Pulau Beras Basah adalah salah satu pulau untuk tempat untuk bersantai sambil menikmati pantai pasir putih dengan perairan biru jernih.

Menjadi salah satu pulau paling terkenal yang terletak di hujung barat Langkawi, dan terkenal di kalangan pengunjung tempatan dan dari luar negara.

Pulau ini sesuai untuk anda yang ingin mencari ketenangan.

Jangan berharap untuk mempunyai aktiviti air yang menarik disini. Tidak ada aktiviti yang anda boleh lakukan disini selain mandi, bermain pasir dan menikmati permandangan yang indah.

Dan cara untuk ke sini, biasanya dengan menggunakkan pakej ‘island hopping’ iaitu selain melawat pulau ini, anda akan pergi melawat ke beberapa pulau lain.


Bacaan Lain:

Hotel Butik Terbaik di Langkawi


Pulau Singa Besar

Pulau Singa Besar

Pulau Singa Besar terletak di antara Pulau Dayang Bunting dan Pulau Beras Basah. Walaupun nama pulau terdapat nama singa, anda tidak akan menemui singa.

Tetapi terdapat beberapa hidupan liar yang boleh anda temui seperti helang, monyet, tikus, burung enggang, ular, dan burung merak yang berkeliaran bebas di pulau itu.

Pelancong lebih tertarik untuk mengunjungi pulau ini dengan menyertai pakej ‘island hopping’, di mana bot akan berhenti di satu tempat untuk melihat burung helang.

 

Pulau Paradise 101

paradise 101 langkawi

Kredit Foto: Paradise 101

Sebuah pulau kecil buatan manusia tetapi menjadi salah satu tarikan utama kepada pengunjung yang bercuti ke Langkawi. 

Pulau persendirian ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik kepada para pengunjung. Nak lepak dan santai sahaja pun boleh. Terdapat banyak spot yang cantik untuk bergambar.

Tidak kira sama ada anda pergi bersama keluarga, pasangan atau rakan, tempat ini menarik untuk dikunjungi.

(Bacaan lebih lanjut mengenai Pulau Paradise 101)

 

Rebak Island

Rebak Island

Kredit Foto: Hotelscombined

Jika anda ingin mencari ketenangan, pulau ini sesuai untuk anda. Pulau persendirian terpencil yang berkeluasan 390 ekar.

Dikelilingi hutan, terdapat resort yang menawarkan percutian pulau eksklusif dengan pantai peribadi, marina dan bilik yang dihiasi perabot menarik.

Tidak ada yang menarik disini selain tempat untuk bersantai dan mencari ketenangan.

Bagi mencari aktiviti yang menarik, anda kena keluar dari sini. Sama ada mengikuti ‘island hopping’ atau pergi ke tanah besar Langkawi.

 

Senarai diatas merupakan antara pulau popular yang berada di sekitar Langkawi. Pilihlah pulau mana yang anda ingin pergi, dan ‘enjoy your vacation’. Selamat Bercuti.

 

Kongsi:
Save on your hotel - hotelscombined.com

Leave a Reply